Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2010-10-04

Sketching My Campus Life Part. 1

Semester 1 tahun 2008 (Where the tales begin...)


Hari ini dalam sejarah, merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke UMP. UMP? Ape tu? Swasta ke kerajaan? Dah lama ke? Bagus ke situ? Tak pernah dengar pun... Camtu la selalunya soalan yang member-member aku tanya bila aku cakap pasal UMP. Sampai berbuih-buih aku jawab soalan dorang neh. Dan aku tak marah pun dorang tanya soalan camtuh. Sebab aku sendiri pun tak pernah kenal UMP sebelum ni. Dalam borang UPU pun, aku xpernah ambik bab pasal UMP ni sebab nafsu aku lebih berselera terhadap universiti-universiti lain yang lebih terkenal. Yang selalu orang sebut-sebut. Dan aku langsung tak tahu di situlah bakal terciptanya suatu kisah yang paling aku susah nak lupakan dalam sejarah hidup aku...

Aku ingat lagi, hari pertama pendaftaran, suasana kat UMP meriah giler. Semua orang sibuk bekejar ke sana-sini dengan urusan masing-masing. Aku cuma ikut jek arahan sorang kakak tuh bila aku bagitau sebab aku datang kesini. Selesai daftar, aku mengekor sorang abang neh. Tak tahula dia ni staff ke fasi untuk tunjuk-tunjuk bilik hostel aku. Dan kesian kat abang aku(bukan abang fasi tuh), sebab dia pikul beg besar aku tuh sampai ke tingkat 3. Sampai berpeluh-peluh. Kesian. Haha. Patutnya UMP sediakan tukang pikul beg. Senang sket. Tapi xpelah, sape suruh badan abang aku besar dan jadi abang. Ngahahaha.

Kat bilik, 1st roomate yang aku jumpa, Ijok. Haha. Ijok, haihh... aku dah macam terlupa dah yang ko la roomate pertama yang aku jumpa. Ijok pun same gak, abang dia anto. Dan abang dia muka sebijik cam dia. Siyes beb. Hahaha... (gelak?)

Sepanjang orientation week, xbeh pun. So, aku malas nak cite. Minggu kedua tuh, baru la aku dapat masuk dalam kelas. Tu pun tak kenal saper-saper lagi. Cuma ijok, godak(sebab aku pernah bersembang dengan dia masa orientation week), dan saper ntah lagi. Aku tak kenal sangat. Kelas pertama, English For Communication. Pn. Azlinda yang ajar. Salah sorang lecturer yang paling sporting. Entah lah, sebab macam semua lecturer-lecturer bahasa kat UMP neh memang sempoi kot. Nanti la aku citer pasal tuh. First kelas, biasalah, ice breaking. Dan pada masa tu, Cuma hade separuh jek dari budak-budak kelas aku yang sekarang ni. Sebab ni baru 1st intake. Dan memang tak ramai. Sebab dorang tak kenal kot UMP neh. Katak bawah tempurung macam aku neh la.

Dalam kelas hari tuh, memang aku naik kepala sket la. Kelas english beb. Memang peberet neh. Terus aku maen spiking-spiking landen. Bebudak tuh dah anti dah dengan aku. Haha. Teros dorang cop aku budak skema. Shit! Weh2, baik korang cakap jek dulu aku camtuh, mungkin aku akan insaf sket maser tuh. Neh tak, diam jek. Haha... Dan akibatnya bebudak neh seme pakat-pakat undi aku jadi wakil kelas. Dan aku yang memang tak suka jadi ketua kelas, terus aku point bo untuk jadi wakil. Dan baru-baru ni aku dapat tahu, Bo memang bengang giler masa aku cadangkan nama dia tuh. Haha... Blah la Bo... dongdongdong... Hahahahaha...

Pastuh, budak-budak 2nd intake pun masuk. Dan kami memang tak ambik maser yang lama untuk ngam satu kepala. Memang cepat masuk. Ntah la. Sebab perangai kami lebih kurang sama jek kot. Dan aku masa tuh masih lagi poyo skema. Haihh... kalo la aku boleh reversekan balik masa ke sem 1, memang aku kutuk-kutuk aku yang masa tuh. Poyo la sangat. Haha.



Babyface jek memasing... Haha...



Aksi bigbro semasa menunggu lecturer datang ke kelas... Erkk... Sem 1 dulu memang kitaorang selalu g kelas awal...



Aku tak ingat neh kat mne... tapi, mudenya lah aku... hahaha...


Snapshot kat pancing... budak2 neh pegi... dan aku tak ingat cemane aku leh termiss trip neh... shit...


Tunggu lecturer lagik?? rajinnye lah korang... Setengah jam lagi awal dari lecturer oo... Haha...


sape lagi pendek? kanan ka kiri? ngah3...


Aku masih ingat lagi masa kelas Pn. Azlinda, yang mana kami kena formkan satu group dalam 4-5 orang untuk mempersembahkan sesuatu untuk The King. Dan insan yang bertuah menjadi raja pada masa tu tak lain dan tak bukan adalah Rosin... hahahaha... Syaratnya, persembahan tu mestilah dapat memikat hati raja. Kalau raja tidak suka, mereka-mereka ini akan dihumbankan dalam penjara. Kebanyakan group-group kami mempersembahkan beraneka macam benda. Ada yang berlakon, ada yang berpuisi, ada yang menghadiahkan kerusi beroda untuk raja dan macam-macam lagi la. Tapi yang paling aku susah nak lupakan, persembahan kumpulan bigbro yang menari. Hahahaha... menari? (angguk2).. Hahahahahaha... Ok2, dengan berbackgroundmusickan lagu Warisan Wanita Terakhir, bigbro ngan ahli kumpulan dia pun terus menari-nari seolah-olah ngahahahahaha... aku dah takleh nak taip, korang tengok la video kat bawah neh. Hahahaha...


video


(p/s: audio kurang clear, siler pahamkan sendiri.)



Aku baru tahu kat universiti hade subjek tamadun islam dan tamadun asia tenggara(titas) yang mana ada satu masa tu kami terpaksa pergi ke sekolah-sekolah di sekitar negeri pahang untuk membuat program motivasi. Dan aku yang langsung tak pernah bermotivasi neh, tetiba kena pergi memotivasikan budak-budak. Pergi jelah. Dok kampus lelame, asek belajar belajar belajar, mau pecah kepala otak. Aku dah tak ingat nama sekolah tu hape. Sebab kebanyakan gambar kat situ, aku dah padamkan... Tambah pulak dengan laptop asek kena format jek. Haihhh... Rugi2... Tapi, kat situ hade satu insiden yang memang aku takleh nak lupakan. Sape la yang boleh lupakan, bila Godak dengan eksitednya menari tarian Chicken Dance yang berstep songsang. Main hentam jek. Haihhh... Godak2, dan terpaksa la adik-adik kat situ pulak yang tunjukkan balik kat die. Haha... Dan aku terjumpa sorang budak kat situ yang baru pindah dari negeri Kedah... Bangga2... =)


Majlis berbuka puasa, memang meriah. Itu free, ini free, dan yang paling best, event tuh dilangsungkan didalam dewan besar UMP. Tak macam yang baru-baru ni, dorang buat kat luar. Memang panas giler la. Serius xbeh. Btol, tak beh langsung. Sebab aku tak dapat pegi. Ciss... Tapi kan, kalau diingatkan balik, masa tu memang yang paling baik la. Aras 3 blok C10, kami seolah-olah macam dah kenal satu aras. Tolak bilik JPK(PeKa) jek. Ngeh3. Dan masa nak pergi tu, berbaju melayu berjalan dari KK1 ke dewan, budak-budak neh menjerit-jerit konon-konon macam tengah berarak mende la. Haha... Sekbek tak kena tangkap. Dan memang bodoh, sebab aku dah terdelete banyak gambar-gambar masa tuh... Haihhh...



Another 'babyface' snapshot... Miahahaha...


Perjalanan ke majlis berbuka puasa yang digembar-gemburkan seolah-olah sedang berarak...


Tapi yang paling manis, bila kami berkonvoi ke Air Terjun Berkelah. Bukan satu kelas la. Tapi dalam 1 kereta, 1 van, 1 motor... Cukup la. Watpe bebanyak. Sebelum pergi, kami singgah di rumah Mira untuk wat hape tah. Aku tak ingat lak. Dan itulah pertama kalinya kami singgah kat rumah Mira sebab lepas-lepas tu memang kerap jugak la kami pergi situ. Dan aku pun suka gak pergi rumah Mira sebab ayah dia asalnya orang Kedah. Tapi berpindah ke Pahang untuk menjadi peneroka. Dan bila aku ceritakan pasal tuh kat mak ngan ayah, dorang pun cakap yang dulu dorang pun hampir-hampir berpindah ke sana gak untuk jadi peneroka, tapi tak jadi. Kalo tak, mesti aku dah berjiran ngan Mira dah mase neh. Haha... Dan untuk sesaper yang berhajat nak berkenalan dengan Mira pasneh, sila berhubung secara terus dengan Bigbro. Mekaseh... muehehehehe...

Kat Berkelah, ada 3 insiden yang mana kalau benda tu dengan seriusnya terjadi, maybe suasana dalam kelas kami dah berubah dari sekarang. Serius neh. Jom kita ikuti kisah-kisah tersebut yang mana aku kenkadang nak tergelak kalau dipikirkan balik. Hahahaha... Tapi, untuk korang, ayuh kita ubah suasana insiden tuh jadi kritikal sket. Challoo...

· Insiden 1 :

Kami baru sampai. Dan ketika itu hujan tengah turun. Pengunjung-pengunjung lain semuanya dah balik sebab air terjun disitu memang laju kalau lepas hujan turun. Lepas semua dah pakai short jek, masing-masing pun pergi kat tempat yang air terjun dia tuh tinggi sket. Dan ketika itulah Bigbro mula beraksi. Dia dengan selambanya pergi terjun kat suatu kawasan yang agak dalam. Dan ape yang bestnya, walaupun dia dah lama berenang, tapi kedudukan dia langsung tak berubah dari tempat dia terjun tadi. Hahahahaha... Dan aku tak berapa ingat cemana dia berjaya naik ke atas balik... Tapi apa yang pasti, peristiwa tuh menjadi point penting yang kami masih gunakan turun-temurun sampaila ke sem 5 neh... Hahahaha...

· Insiden 2:

Dah puas memaku Bigbro, Bo pun turut mengambil tempat untuk berenang, dan bebudak neh dah bagi warning yang tempat yang Bo nak terjun neh dalam sket. Tapi Bo cakap dia cuma nak ukur kedalaman jek. Lalu dia pun berjalan la ke tempat tuh dalam keadaan tersengih-sengih kerang busuk. Budak-budak ni pun biar la dia dan bersembang-sembang balik. Dan bila dorang berpaling tengok Bo, dalam sekelip mata, Bo dah takde. Hilang. Dalam sekelip mata yang tak tahan tuh. Cam biskut jep. Kejap hade, kejap takde. Tengok-tengok dia dah terkapai-kapai kelemasan. Hahahaha... Nasib baiklah budak-budak sempat tengok Bo terkapai-kapai lagi. Kalo tak, mesti jalan cerita blog neh berbeza sket. Anyway, Bo, gudluck my brother in law... ehehehe...

· Insiden 3:

Gordak sedang berehat-rehat di tepian batu sambil bingung memikirkan tentang makan malamnya. Dikala itulah dia terlihat-lihat seekor itik yang tidak pandai berenang sedang kelemasan menuju kearahnya. Dan dengan sekali sentapan, beliau berjaya menyelamatkan itik tersebut. Lalu mereka berpelukan dan menangis kegembiraan. Akhirnya mereka bersahabat baik sehinggalah ke hari ini. The End. Ok, ending dia aku tambah. Dan kalau korang nak tau, itulah insiden ijok yang hampir-hampir lemas tapi berjaya diselamatkan oleh Gordak. Haha... Ok2, ijok baru jek lepas berenang dan berjaya berpaut pada suatu tunggul kat tengah-tengah kawasan air terjun tuh. Pastuh dia pun berenang balik pergi ke tepi-tepi batu sebab nak naik balik ke atas. Tapi, elok jek dia sampai kat batu-batu tuh, tangan dia licin. So, terkapai-kapai la dia kat situ. Sekbek la gordak tengah mencari makanan taim tuh lalu ternampak ijok. Maka, terselamatlah ijok. Haha.. Dan kalaulah gordak takde kat situ pada masa dan waktu tuh...

Kat situlah jugak terciptanya tarian I like to movin2 versi budak-budak neh. Haha... Video tuh kelakar, tapi aku takleh nak sharekan kat sini sebab terlampau seksi. Ternampak muscle-muscle kat badan kami neh masa tuh. Takut ada yang terpikat pulak nanti. Cehh... Ekekekeke...

Dan kalau korang nak tahu, sem 1 ni la saat dimana aku telah menerima gelaran yang mana terus menjadi popular sampailah ke hari neh. Terima kaseh ijok sebab ko... arrgghhhhh!!! Itik btol la... haihhh... kalo la ko tak ciptakan gelaran tuh... tapi, terima kasihlah sebab ko menghadiahkan gelaran neh kat aku... cam shit... haha...






Seram giler... haihhh...



Poyo la weh... Yusuff Tayyumm...



Baju tuck-in, kemeja, pakai kad matriks... Stendet la junior... ngahahaha...



Bergambo ngan prof mende tah nme dia kat majlis jamuan aidilfitri...


Dan kepada korang-korang, sila tunggukan part 2 nanti yang berkisarkan tentang kegilaan yang lebih teruk dari sem 1. Bagaimana Bigbro disimbah air teh basi, birthday bash yang gila-gila, kegilaan mengejutkan satu aras untuk bangun solat subuh, dan seribu satu lagi peristiwa manis dan masam.. Dan kalau korang rse entry neh boring, siler klik2 nuffnang aku... dari situ, aku akan tau korang boring dengan entry2 neh... Dan aku akan berhenti publish mende-mende camni dah pasneh... ngeh3...

Dan untuk pengakhiran part 1 neh, aku selitkan satu video yang diambil sewaktu kelas terakhir Pn. Azlinda. Layan weh.. beh neh... takkan ade lagi memori camneh... =)




video




Step up,
Leave those memories behind ,
Cause we know they will never fade away...
=)