Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2011-10-11

Siapa yang taknak pergi kan?

Salah seorang sahabat merangkap budak kelas merangkap budak batch diploma merangkap budak batch degree aku sedang berada ditempat yang pastinya menjadi idaman setiap orang Islam di dunia ni...





Dan sungguh, tadi terbelek gambar-gambar kat facebook, aku pun turut merasa hati meronta-ronta untuk pergi ke tempat tu...





Kepada saudara Mohd Hafiz Bin Mohd Nor, mudah-mudahan ko dipermudahkan segala urusan semasa mengerjakan ibadah haji disana... Amin...




(p/s: alip, fatah, nizam, smart blog korg... baru pas g usha tadi... hehe...)

2011-10-10

Einstein sebenarnya salah!

-Perkara yang aku bakal kongsikan ni, akan ubah hidup korang buat selama-lamanya... pembaca di bawah umur 13 tahun diminta untuk mendapatkan pengawasan daripada ibubapa sebelum membaca entry ni sehingga habis-



Aku bukanlah seorang genius... tapi aku akhirnya terfikir tentang satu perkara neh yang aku tak penah sedar selama ni... dan aku baru sedar pasal perkara ni malam tadi... sewaktu aku sedang mandi, then satu idea dengan pantasnya menerjah ruang fikiran aku... aku terhenti sekejap... lantas sambung mandi... dan bila aku ondaway balik ke bilik, aku tepuk dahi... dan berpatah balik pergi ke bilik air... sebab? aku terlupa gosok gigi... haihhh...


Bila aku dah kat dalam bilik, aku terus fikirkan pasal idea tu.. .sama jugak bila sedang makan, sedang berangan-angan, sedang berfikir... dan pagi tadi, bila aku kat dalam kereta on da way nak pergi kelas pun, aku masih fikirkan pasal idea tersebut...


dan tahu apa idea yang aku fikirkan?

Einstein sebenarnya SALAH tentang idea cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi...

Einstein telah kemukakan general theory of relativity yang mana memang sah-sah salah sebab dia menyatakan bahawa segala yang ada di cakerawala ni terjadi secara semula jadi walaupun kita semua telah sedia tahu bahawa ALLAH S.W.T. yang ciptakan semua ni...

dan dalam general theory of relativity tuh, Einstein turut sebutkan tentang cahaya adalah benda yang bergerak paling laju kat dunia neh... lantas menyimpulkan cahaya bergerak lebih laju dari bunyi... dan kat sini la aku nak buktikan Einstein sekali lagi salah... kerana aku tahu, dan korang pun tahu, tapi mungkin kita tak perasan ataupun kita sengaja buat-buat tak perasan... Padahal perkara ni sentiasa bermain-main dalam kehidupan seharian kita...

Dan Einstein, kalau ko hidup lagi sekarang ni, aku nak cakap satu perkara jek kat ko... kerana teori cahaya bergerak lebih laju ko tuh, sebenarnya aku dapat sangkalkan... dan untuk pengetahuan ko, sebenarnya,






DUIT BERGERAK KELUAR LEBIH LAJU DARI CAHAYA... ahaks...

k lah, sekian pengarutan untuk petang neh... salam...

(p/s: nak g usha but jap... duit pt dah di approvekan... muehehe...)

tenung mata dia lelame dan korang akan nampak diri korang mse tua nanti... haha...

2011-10-04

This Best Bro... =)

2011-10-01

yesterday is everyday



And it seems like yesterday it was just a dream, just memories...


"One tree can start a forest, one smile can start a friendship, one touch can show you care. 
If a friend can make life worth living for, then how would you say for friends?"




‎(17 ‎Julai ‎2008, ‏‎10:25:24)





(06 Oktober 2009, 11:02:46) 





(12 ‎November ‎2010, ‏‎12:45:18)


(02 ‎Oktober ‎2011, ‏‎17:15:35)



"Time and words can't be recalled, even if it was only yesterday"

2011-08-04

Terkilan di Bulan Ramadhan


tadi aku pergi semayang jumaat kat masjid kat kampung... on daway masuk masjid tuh ternampk la satu balang berpenutup kaler merah... lebih kurang cam balang orang isi kuih muih tuh... tapi bukan yang berbentuk cam tupperware, tapi lebih kepada bentuk cam silinder... kat sebelah balang tuh hade satu kertas yang dilekatkan kat lantai...

aku pun pelik gak kan, tetibe jek hade balang plus kertas diletakkan betul2 dihadapan tangga pintu masjid... aku g la bce... nak solat sunat pn bilal tengah dok azan... rupa-rupanya aku nampak sorang hamba ALLAH ni sedang memohon pertolongan... die ni India.. tapi aku tak sure la dia India Muslim ataupun tidak... kat kertas tuh hade salinan ic die...


daripada yang aku baca kat kertas yang dilekatkan dilantai tuh, hamba ALLAH neh sedang menderita penyakit apa aku tak tahu, tapi dari apa yang aku tengok, ada gambar dia sedang berdiri, dan dia memakai penutup kat kemaluan dia... dan di area bawah pusat dia tuh, kelihatan cam bengkak... besar bengkak tuh... then aku pun niat la dalam ati, lepas semayang nanti nak derma la untuk dia... sian pulak aku tengok...


so aku pun pergi cari port yg sesuai untuk dengar khutbah... sampai la habis semayang... lepas jek aminkan doa imam, aku ternampak la sorang jemaah kat kiri aku ni hulurkan tabung masjid (beselah kan, kalau lepas semayang tuh mesti hade orang hulur-hulur tabung neh supaya senang jemaah lain nak menabung).


aku pun kuarkan la duit yang aku bawak tadi, tak banyak pun, 3 ringgit jek... pastuh terus masukkan kat dalam tabung tuh... pastuh aku pun bangun la nak balik... masa tu lah baru aku terperasan balang berpenutup merah kat depan tangga masjid tadi... dan kebetulan pulak, lelaki yang dalam gambar tuh pun hade kat situ sekali nak mintak bantuan... dalam hati aku terpikir la.. .cemane la aku boleh terlupa untuk sedekah duit tadi tuh kat die... walaupun tak banyak, atleast boleh jugak bantu kan... tapi tulah... terderma kat tabung masjid pulak... tapi takpelah... mungkin hade sebab untuk semua nih... cuma aku terkilan sket la sebab tak dapat nak bantu die...


Untuk saudara kat masjid tadi... saya minta maaf sebab tak dapat nak membantu anda... tapi saya berharap, semoga anda akan memperoleh bantuan yang anda perlukan untuk menjalani pembedahan tersebut... dan diharapkan, pembedahan itu akan berjaya dengan langsungnya... dan jika anda seorang non-muslim, diharap suatu hari nanti ALLAH akan membuka pintu hidayah anda untuk memeluk Islam... InsyaALLAH... =)





-niat menulis bukan untuk cakap aku ni suka bersedekah... aku pun tak suka heboh-hebohkan mende neh takut riak datang... tapi apa yang aku taip ni, sekadar sesal kat dalam hati sebab tak dapat bantu seorang hamba ALLAH ni...-


salam...

2011-07-22

Abaikan entry ini


"Kawan la dulu... nanti senang nak pilih..." sindir abang aku masa mak aku tengah marah-marah sebab hade budak pempuan datang rumah hantar laksa... ekekeke...


"tau pun... nanti cari la yang rajin memasak... masak tak sedap takpa janji rajin memasak..." sindir kakak aku pulak bila aku puji(sindir) lauk yang dia masak sedap...


"just follow the flow mie..." kata-kata puitis dari aufa bila die (jeng3)... hahaha...


"takpelah... next sem kita belajar bersungguh-sungguh weh..." kata-kata ijok kat aku setiap kali lepas dapat result final exam... ekekeke...


ayat-ayat dorang neh salu terngiang-ngiang kat kpalehotak aku...




this is me...

ok laa... aku mengaku... aku tak pandai melukis... so abaikan pensil ditangan tuh...

ok2... aku mengaku lagi... aku kidal... abaikan pergerakan tangan kanan tuh...

hehehe...


sekian entry mengarut... =)

THE END

2011-07-18

Feels Unlucky? Look Around You




A friend of mine asked;

She : oit, bz tak? tolong aku sat.

Me : oit, tak pon... awat?

She : tolong aku sat. aku tengah down neh.

Me : lorh, awat pulak weh? ce cita ce cita...

She : selalu aku ok ja. tapi hari ni aku terasa sangat.

Me : hmm... awat? ada orang mengata kat ang ka?

She : Aku sedih bila semua orang asyik dok tanya awat badan aku kecik sangat. Aku tau aku ni memang kecik, pendek. tapi nak buat cemana, dah Allah jadikan aku macam ni. Aku terima ja la. Tapi janga la tanya kerap2 sangat.

Me : dahtu, ang marah kat orang yang tanya tu la ni?

She : tak marah pun. Aku tau, dia tak bersalah pun. Tapi bila semua orang asyik dok tanya camtu, aku terasa hati jugak. (chating ni agak panjang tapi aku terpaksa skip sebab personal).

Me : hmm... ok, camni la.. aku pun tak pandai sangat nak cerita... tapi aku tolong setakat yang aku reti saja la eh?

She : ok.

Me : First sekali, macam ang kata la... ALLAH yang jadikan ang macam ni... ok, ang tengok seluruh anggota badan ang... lengkap kan? ada kaki, ada tangan, boleh berjalan, boleh taip2 kat facebook kan? tak ada yang kurang kan? then, ang kena ingat, walaupun ang camni, tapi tak ada langsung orang yang tolak ang kan? ada tak orang yang secara directly hina ang sebab ang camni? takdak kan? dan depa semakin rapat ngan ang... ang kena tau... bila orang bertanyakan sesuatu kat kita, maknanya depa ambil berat pasal diri kita... dan bila ada orang ambil berat pasal diri kita, tu tandanya depa sayangkan kita...

She : ...

Me: camni la... kita selalu ingat yang semua yang terjadi kat diri kita, semua yang paling teruk... tak ada orang yang akan paham bagai semua tu la... tapi kita tak tau, sebenarnya ada orang yang dah lalui apa yang kita lalui tu 10 kali lebih teruk daripada apa yang kita alami... atleast ang patut bersyukur la... ang ada kehidupan... ada mak ada ayah, ada kawan-kawan, ada bf... tapi mungkin ada orang yang lebih bernasib malang daripada ang... mungkin dia kurang upaya, lepas tu tak ada mak ayah, dan semua orang asyik tolak dia ketepi... dan mungkin dia jugak tak ada sapa-sapa pun yang nak dengar masalah dia...


by this moment, i knew that she still doesn't got the confident she needs... so i told her...

Me : InsyaALLAH, suatu hari nanti ALLAH akan tunjukkan jugak apa kelebihan yang ada kat diri ang... =)

She : ok2, neway, tq weh. sebab sudi dengar.

Me : =)

a few day later, when she were doing her posting at Hospital (apa tah tak ingat dah), then a 17 years old boy admitted there... they get known each other well... until she asked him why he being hospitalized... then he said...

arghh payah tol taip dalam english... aku cite dalam bahse malayu je la... budak tuh cakap die dah selalu sangat dah ulang alik masuk hospital neh cuci darah... Sakit hape tah aku tak ingat pulak... dan membe aku neh tengok kat belakang tangan budak tuh dah penuh dengan parut-parut jarum untuk tambah air kot... budak tuh cakap die sedih sangat-sangat sebab tengok kawan-kawan die yang lain semua dapat belajar... dapat boleh buat apa yang diorang suka... tapi dia asyik dok ulang-alik keluar masuk hospital... dan dia lagi sedih tengok mak ayah dia terpaksa menjaga dia lagi walaupun dia dah berumur 17 tahun...

member aku yang perempuan neh cam terkesima kejap... so die pun kol aku cakap yang die rase ALLAH dah tunjukkan betapa bertuahnya dia...



"Kita selalu sangkakan bahawa kitalah yang paling susah... tapi kita tak tahu bahawa ada orang yang lebih susah dari kita."






feels youre unlucky enough than these kids?


THE END... tamatlah entry aku yang ke 100 ini... wuhhuuuu... haha... erk dan plis jangan benci aku lepas baca entry neh... aku bukan nak bagitau yang aku ni pandai sangat ke hape... tapi aku sekadar tolong nasihat seorang kawan... dan aku try share kat sini... =)


DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA...


salam...

2011-05-10

Kord Gitar Pulanglah Awi Rafael

aku tengok banyak tak banyak blog yang letak kord lagu neh... so aku pun explore la youtube, pastuh stalk 2, 3 blog yang ada kord lagu neh... pastuh aku ejas2 berdasarkan kord2 dorang je la... nak cari kord sendiri memang tak reti... erk, sape2 yang master tuh, tolong betulkan kalo salah... neh ikot telinga aku jek neh... hehehe...



Intro:
E G# Am
hooooo hooooo hoooo hooo


E G# Am
Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
A E
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
E G# Am
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
A E
Apa yang dia ada yang aku tak ada?



B
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Am
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
B
Haruskan aku pun tetap menantikanmu
Am
Berikan jawapan


Chorus:
E
Pulanglah sebelum ku runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu


E
Pulanglah sebelum ku runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu

Aku dah bingung


Bridge:

E G# Am
hooooo hooooo


E G# Am
Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
A E
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama


B
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Am
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
B
Haruskan aku pun tetap menantikanmu
Am
Berikan jawapan


E
Pulanglah sebelum ku runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu


E
Pulanglah sebelum ku runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu

Aku dah bingung



E G# Am
hooooo hooooo

B
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Am
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
B
Haruskan aku pun tetap menantikanmu
Am
Berikan jawapan

E
Runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu

E
Pulanglah sebelum ku runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu


E
Pulanglah sebelum ku runaway
Bm
Aku menanti kamu everyday
C#m
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Dm
Aku tak ingin tak perlu

Aku dah bingung



p/s: Apek Rafael? muehehehe...

2011-05-06

Puisi Aku Untuk Emak


aku taip puisi neh sambil dengar lagu selamat hari ibu - hujan... so kalo korang nk raser ape yang aku raser, do da same things... kalau nak la... heee... =)





بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َانِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Andainya aku diberi pilihan memilih satu perkataan diantara beribu,

Tentu sekali aku akan memilih namamu, ibu…

Kerana sekali namamu ku ucap, sepanjang hayat kekal bergema dihatiku…



Andainya aku diberi pilihan memilih satu dari sejuta manusia,

Tentu sekali akanku pilih insan yang bernama bonda,

Kerana hanya beliau yang mengajar aku erti sebenar cinta…



Andainya aku diberi pilihan memilih satu dari beratus santapan yang enak,

Tentunya aku akan memilih susumu wahai emak,

Kerana berkat susumu itulah yang menjadikan aku sebagai seorang yang kau gelar anak…



Andainya aku diberi pilihan memilih satu dari berjuta filem yang pernah dihasilkan,

Takkan aku lupa wahai ummi, babak aku dilahirkan,

Kerana disitulah bermulanya saat segala-gala untukku kau korbankan…



Andainya aku diberi pilihan memilih perasaan antara cinta, rindu, kasih dan sayang,

Tentulah aku akan memilih kesemua perasaan yang masih kekal sehingga sekarang,

Kerana rasa cintaku padamu tak pernah luntur sejak ku dilahirkan sehinggalah saat puisi ini kukarang…



Yang Benar,

ANAK PUAN MAHANI




p/s: mak, selamat hari ibu… ingat nak wat video cover… tapi tali gitar putus… so terpaksalah tulis puisi… =)


kadangkala kita sangka senyuman pasangan kitalah yang membina bahagia, tapi kita sentiasa lupa, bahawasanya senyum seorang ibulah ubat segala-galanya



till then, salam... =)


2011-05-04

Sketching My Campus Life Part 2


Semester 2... Apa yang boleh aku coretkan pasal semester ni, Cuma satu... ‘PERFECT!’. Tiada apa yang tak kena ngan semester ni... dan ketika ni la aku mula merasakan keseronokan kehidupan kampus... siyes beb, totally dalam sem ni, semua berubah... dan kalau boleh, aku nk balik ke semester ni... rindu hohoho...


Aku ingat lagi, bilik aku kat aras 3 blok C10, kat hujung sekali sebelah bilik ampaian yang mengadap kafe (masa tuh tingkap bilik belum di stril cam sekarang neh... kesian korang... muahahaha..), bilik yang sama cam sem 1, masih lagi ngan ijok, zaid dan imie... kalau waktu malam jek, tak kisah la ujung minggu ke, hari biasa ke, dalam pukul 12 malam cenggituh, pasti akan ada mamat kerinting , ag budak pekang ngka ngan abuya dok jamming kat atas birai tepi tangga tuh... dan aku yang maser tuh langsung tak minat bab2 gitar neh, tiap-tiap malam sebelum tidur dok maki dorang dalam hati... orang lain sebelum tido maafkan kesalahan orang, tapi aku sebelum tido mengutuk2 orang... haha...


Semester 2, we got a new members in our community... seekor kucing... namer? Izuan... muahahahahahaha... kesian bigbro... sori la aku terpilih nama ko maser tuh untuk dibagi kat anak kucing tersebut... desperate weh... ekekeke... dan aku raser, tu la permulaan budak-budak kami mula membela pet (kalau tak silap)... yang behnye, ada satu hari tuh budak-budak neh boleh g amek si izuan ni bawak naik aras 3 pastuh mandikan... nak buang kutu katenye... dan individu yang memiliki hati zalim sekeras batu kemenyan tu adalah ijok... sampai satu hari tertido si izuan ni sebab letih kena mandi... haha...


Sedikit snapshot gambo izuan dolu2... eh saper yang pegi ke KK1 skang jumpe lg tak kucen yg bercorak seperti beliau?



izuan... ahahaha...



hari izuan kena mandi... nampak sangat letihnye...



taim mengantuk pun kena kacau jugak... hahaha...



Dalam sem ni la kami kamcing gila dengan budak2 pekerja kafe Era Gemilang... dulu dorang keje kat kafe kk1... kafe paling ujung bersebelahan dengan payung putih... kalau turun makan ke hape ke, kafe dorang la yang kami selalu tuju... kenkadang dapat lauk pree, air pree... beh2... hehehe... dorang hade 3 ekor, alang, anep ngan spe tah sorang lagi, aku tak ingat... selalu kalau hade kes2 emergensi orang nak beranak ke hape, dorang selalu naik aras kami lepak2, mandi tido kat situ...


Ada satu malam tuh, kami bashkan besday am... patutnya malam sebelumnya tuh... tapi tak menjadi sebab kami baru balik dari maner tah... masing-masing letih dan takde mood... dan terpaksa la diganti dengan malam berikutnya tu... berbekalkan supply telur-telur mentah dari pekerja Era Gemilang, maka pakatan pun dimulakan... aku pun terlibat gak tau... ngeh3... kena act untuk tarik perhatian si adham ni supaya pergi kat main gate depan payung putih... dan alhamdulillah, berbekalkan lakonan yang mantap dan rupa paras seiras aaron aziz, lakonan aku berjaya weh... muahahaha... adham kena tangkap, pastuh kena ikat kat situ jugak... neh hade gambar-gambar yang aku kongsi untuk clearkan lagi imaginasi korang... hehehe...



beliaulah tok dalang... jgn ditanya kenapa dengan title tok tersebut... sebab beliau memang tok... hahaha...


erk, sisa-sisa minyak... dan benda neh untuk hape?


untuk budak kerinting neh... hahahaha...


Malangnya saat-saat kami enjoy dengan budak-budak kafe Era Gemilang tak lamer... ditengah-tengah sem tu, kafe kepunyaan dorang dah tamat kontrak dengan ump, so, dorang pun dh xleh nk keje kat situ lagi dah... malam last dorang keje kat situ, kami dah plan, nak kenakan dorang untuk kali yang penghabisan... ramai-ramai ambush geng-geng neh lepas dorang abeh keje.. pastuh ikat kat tangga kat tengah-tengah padang bersebelahan jalan raya tuh (centre antara makmal kimia ngan payung putih)... tapi tulah, dorang ikat tak kuat... so, kami-kami neh terpaksa melarikan diri dari dimandikan oleh telur mentah dari budak-budak yang nak balas dendam neh... hahaha... siap ader yang lari g masjid yang tak tahan tuh... ekekeke... btw, neh ader sket snap2 dari photo malam tu... banyak gambar yang tidak melepasi piawaian sirim untuk dipaparkan kat sini... =)


dua yang paling depan tuh budak2 kafe tersebut...


foto yang menggemparkan kami kerana tetiba hade makcik bertudung datang join masa buli alang, then 5 minit pastuh dia pun ilang... dan nasib kurang baik utk beliau kerana terpaksa mandi air tepung pulak pastuh... hahaha...



weh, korang terbaikk,,


Dan tidak dilupakan, beberapa malam sebelum tu, kami turut mengadakan festival, sempena untuk meraikan hari-hari terakhir budak 3 ekor tuh bekerja kat situ... yang mana, bersamaan dengan ex-gf godak, haha... xpe lah, sebabkan godak ngan budak tuh sudah bertitle ‘ex’, aku citer sebagai meraikan hari-hari terakhir budak2 kafe tu je lah... =)



masak-masak sendirik... ohohoi...


budak-budak giler...


yeahhh lauk dah siap dah redi nak mokon2... hohoho...


yang last part neh aku tak paham nape tetibe dorang jadikan ijok mangsa kek... hahaha...

Masa tuh kami sangat rapat dengan dua orang lecturer perempuan... Dorang bujang lagi masa tuh, cik fizah dengan cik akma... Memang kamcing giler la... Maybe sebab kepala dorang masuk dengan kepala kami kot... perangai gila jek... tp cik akma lagi lemah-lembut dan ayu dari cik fizah... dia punya senyuman... fullamak, boleh jadi angau weh... siyes wa cakap lu... dan aku nak tergelak bila bo tetiba bagi suggestion satu hari tuh masa kami tengah lepak-lepak... bo cakap, “eh, cuba korang bayangkan cik fizah dengan cik akma nyanyi lagu nobody...” hahahaha... bo... bo... tapi apapun, kitaorang still lagi respek dorang sebagai seorang lecturer...


dan atas berkat usaha dorang mengajar la... sem dua nih aku berjaya melepasi piawaian dekan... heeee... dan sebelum tamat sem, dorang ajak kelas kami buat bbq kat tc... siap tambah dua orang lecturer lagi join... haihhh... behnyelah blajar dengan lecturer pempuan... banyak gak dorang sponsor... dan aku rasa, tu la jamuan perpisahan terbaik kelas kami setakat ni yang melibatkan lecturer...


asal bbq jek mesti bako-bako... takde takleh ke?


cik-cik lecturer... memasing dah kawen skang neh rasenye...


korang jangan tak perasan aku insan kelima dari hadapan gambo... ekekeke...



seorang lecturer dan seorang pelajar... dan cik terlalu redah... pheww...

cik fizah, cik akma,cik ciken, mekasih sebab ajar kami... seronok belajar dengan cik semua... harap-harap, degree nanti dapat belajar lagi dengan cik... =)


btw, random pic from our second semester...



Rekod bowling terburuk... hahaha...



Moments sumbat 13 orang dalam alphard lentik... yup, lebih kurang la...



Koya blajo... baru bangun tido taim neh... hahaha...


Erk2, no komen... hahaha...


Ops cegah tiru.



Suspek meniru ditangkap... miahahaha...



Ops luruskan rambut kerinting



Ops sembunyi barang dalam rambut kerinting


Ops sumbat kepala kerinting dalam beg beliau... hahaha...


Erk, tiru lagi ke pakcik? haha...



Walaupun begitu, nasihat tetap diberikan kepada anak-anak muda di waktu maghrib... hahaha...


Mende la bo... hahaha...


Moonwalk... ceh... tak jadik langsung...


Pergi dengan kerinting tengok member uitm dari langkawi debate kat UMP.. dan oh ye... debater tersebut seorang perempuan.. tak kose aku nak g tengok budak laki debate... ahaha... =)


Eden ngan esah... haha... (kawan jekk weh, no gosip2)


Abon dengan zenab... (dorang neh musuh)


Boring2, semua jadik... hahaha...



Q: pembonceng itu seorang lelaki atau perempuan? Muahahaha...


Maner la korang semua skang... =(

Till then, salam... =)

p/s: rekod entry paling panjang dalam sejarah aku berblogging... muahahaha... agak-agak bape keping gambo lagi blogger.com neh nak bagi aku upload eh? ehehehe...

2011-04-25

She is still there...

Seronok bila tetiba sesuatu yang baik yang kita tak rancang terjadi dengan sendiri...
Aku bangun pagi tengah mamai-mamai ayah soh pergi anto ikan kat satu restoran neh... so aku pun tukar pakaian, basuh muka kat paip air kat luar rumah, terus bawak motor dalam keadaan masih lagi mamai...

Lagi seronok bila reaksi dari individu yang berkenaan yang dok malu2..
Waktu balik, aku masih lagi dalam mamai mengantuk, dan tetiba, ternampak ada motor follow dari belakang... oh ya, aku nampak kat side mirror lah... it was somebody... =)
mula-mula dia bawak motor laju dan masih tak perasankan aku... so aku pun tekan brek dan slowkan motor supaya dia boleh potong dan aku boleh tengok dia... hehehe...


But then, bila dia dah betul-betul nak potong motor aku, rasanya dia dah perasan yang tu aku dan dia pun turut slowkan motor... haihhh... idak jadi le teman nok tengok dia... =)

Tambah seronok bila kita dah lama tak jumpa orang tu...
Last aku nampak dia, rasanya masa cuti sebelum masuk praktikal arituh... tu pun dia tak perasan aku... dan dia naik motor memang laju masa tu... mungkin dah lambat nak masuk keje kot... tulah... sape soh bangun lambat... ngeh3...

Memanglah seronok bila sama peristiwa dengan yang dulu...
Last peristiwa bila dia perasan aku masa aku berselilsih dengan dia kat jalan yang sama... masa tu dia tengah dok dalam kete yang berselisih dengan motor aku... dan dia melihat aku tatkala aku melihat dia.. tp tu la last time bila dia perasan kehadiran aku.... amboihh ayat aku... hahaha...

Dan paling seronok bila tengok dia masih tersenyum... =)
Masa aku dok usha-usha dia melalui side mirror sebab dia dah drive motor sangat slow untuk elakkan aku... then motor aku terjatuh dalam lubang... damnn... masa tuh jugak... tapi yang seronoknya masa aku tgk dalam side mirror balik, nampak sebuah senyuman disebalik cermin helmet beliau... =)


dan untuk beliau, i am still her..., as a friend... =)


p/s: Oh ya, patutnya aku risau kucing aku belum balik... haihhh...