Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2010-06-29

Bahasa Bapak Aku Muda-Muda Dulu Laa

Aku tulis entry ni pada waktu pagi-pagi buta dalam pukul 9 lebih (bagi aku buta lagi pagi tuh taim-taim macam ni). Dengan secawan kopi radix yang dicilok dari umah abang ipar aku, berpakaian baju plkn, seluar jeans, dan beralaskan sofa yang lembut lagi memengantukkan, aku menaip entry ini dengan hati yang sejuk... (sebab hujan kat luar).


Mata masih berair tatkala otak menghantar isyarat bahawa semalam aku tidak tidur dek bola, aku gagahkan juga diri yang sedia gagah ini untuk menghadap laptop cq40 yang berdebu.


Berjuta-juta mata manusia tertumpu di bumi Afrika sekarang ni, termasuk la mata aku. Namun, aku masih tidak melupakan tragedi kapal Mavi Marmala yang membawa seramai 540 orang penumpang diserang komando Israel sehingga mengakibatkan 9 orang sukarelawan terbunuh. Dan aku yakin korang pun sama macam aku. Cuma korang tak tunjuk atau bagitau kat orang lain macam aku yang kononnya prihatin. Aku yakin korang tiap-tiap hari berdoa agar saudara Islam kita di Palestin, Iraq, dan di semua bumi Islam yang sedang bergolak beroleh keamanan. Harapnya, korang masih marah terhadap tindakan kejam rejim yahudi tersebut. Dan aku harap kemarahan korang tu masih lagi membuak-buak dan takkan padam sampai bila-bila. Dan harapnya, kemarahan tu lebih besar daripada marahnya korang apabila pasukan pilihan tersingkir dari kejohanan piala dunia.


Oh ya, semalam satu-satunya wakil asia yang tinggal (Jepun) tersingkir di pusingan 16 Piala Dunia gara-gara pemainnya menyahut cabaran rakan sepasukan supaya menjadikan palang gol sebagai sasaran. Alhamdulillah, beliau berjaya. Terlupa pulak nama beliau dek terlalu salutekan kejayaannya. Japgi tengok balik highlight kat astro 805. heh.


Ok, pagi tadi aku dengar siaran radio Langkawi.fm. Walaupun mata masih sepet, kepala tengah mamai kerana aktiviti yang langsung tidak menyihatkan badan semalam, aku dapat mengenali suara DJ Sham yang berkeroncong(?) kat corong radio. erkk erkk, maksud aku, speaker radio. Siapa kat langkawi ni yang tidak kenal DJ Sham? Individu yang membuatkan mak aku cepat-cepat bukak radio pada pagi isnin (Sembang Utara) dengan pagi Jumaat (Soal Jawab Agama). Bukak kuat-kuat pulak tuh sampai suara DJ Sham masuk lam mimpi aku. Sampai masuk lam mimpi tuh. Arituh mimpi orang bacakan doa kat sebelah aku yang tengah tidur. Punya la takut, bukak-bukak mata jek, rupanya radio. Korang bayangkan la. Cuma aku xtahu kenapa pagi ni beliau bekerja. Ntahlah... no es mi negocio... (translate kat google)


Pagi ni, dorang (DJ Sham dengan siapa ntah sorang lagi yang tak berapa nak best), dorang bersembang pasal bahasa(loghat) lama Kedah. Memang lama betul, aku pun smpai dh nak lupa dah. bukan apa, sebab orang-orang zaman sekarang dah xpakai dah bahasa-bahasa camtuh. Nway, DJ, mekasih daun keladi sebab kembalikan nostalgia zaman dolu-dolu eden. Ahaha...


Beralaskan alasan teknologi sudah maju, aku memilih nset berbanding pen dan kertas lantas menaip perkataan-perkataan yang dorang sebutkan. Sebab aku nak share dengan korang-korang kat sini. Mungkin ada di antara perkataan-perkataan ini membawa maksud kurang menyenangkan dalam loghat-loghat kenegerian korang. Tapi aku peduli apa kan? Lantak korang la. eheks...


ok, jum kita survey satu persatu. Mana tau kan kot-kot korang pernah dengar atau cakapkan.



1.Tembun.
-biasanya digunakan untuk menyatakan @ memuji @ bagi sesetengah makcik-makcik kat tempat aku, mengata kat seseorang yang terlalu gemuk.

Contoh: hang ni, pelan lama pelan tembun noh.
Translate: engkau neh, semakin lama semakin gemuk eh?


2. Manis 'melecaih'.
-bagi menyatakan tahap kemanisan yang terlalu sangat manis disertakan dengan mimik muka.

Contoh: Amboih buah pelam neh, manis melecaih aihh...
Translate: Amboi buah mempelam ni, manisnyaa..



3. Penakut 'hangit'.
-menyindir seseorang yang mempunyai tahap ketakutan yang tinggi.

Contoh: Penakut hangit betui hang ni, nak pi jamban pun kena teman.
Translate: Penakut betul engkau ni, nak pergi ke tandas pun nak berteman.



4. Hijau 'Berjahang' @ Hijau 'Merenga'
-pernyataan terhadap warna hijau yang terlalu terang.

Contoh: Amboi baju hang hari ni, hijau berjahang.
Translate: Terangnya warna baju engkau hari ni (erk erk, lebih kurang kot)



5. Panas 'berdesing' @ 'lit lit'
-Pernyataan terhadap sesuatu yang terlampau panas.

Contoh: Cerah langit hari ni, sampai panas berdesing.
Translate: Terangnya langit hari ni, sampai panas terik.



6. 'Baloq Liat'
-Pernyataan terhadap seseorang yang pemalas.

Contoh: Hang jangan jadi baloq liat noh kat rumah ni.
Translate: Engkau jangan nak jadi pemalas kat rumah ni.



7. Bodoh 'piang'
-Menyindir sesorang yang terlalu err err, kurang pandai.

Contoh: Hang ni, bodoh piang betui.
Translate: engkau ni, bodohnyaa lah. (aku ske ayat neh)



8. 'Hapak Paraie'
-Membantah bau yang tidak menyenangkan.

Contoh: Tadi aku dok tepi dia, hang nak tau, bau hapa paraie betui, tak mandi ka apa...
Translate: Tadi aku duduk sebelah dia, engkau tau, busuknya lah bau badan dia, entah-entah tak mandi...





9. Hitam 'merelit'
-Menyatakan terhadap sesuatu yang gelap keadaannya.

Contoh: Mat Keri tuh, hitam merelit dah sejak-sejak kerja kilang arang tuh.
Translate: Mat Keri tuh, dah semakin gelap sejak bekerja di kilang arang tuh.



10. Pahit 'Berdengung'
-bagi menyatakan tahap kepahitan yang terlalu sangat pahit disertakan dengan mimik muka.

Contoh: Pucuk mengkudu tu, ya ALLAH, pahit berdengung.
Translate: Pucuk mengkudu tu, pahitnyaa lah.


selain itu;

gostan = mengundur
kecik gedemik = terlalu kecil
sentap kedengkoi = terkejut (kot)
kurus koroi = terlalu kurus
halus lait = terlalu halus
geli geleman = geli yang amat sangat
panjang merewang = terlalu panjang
sempei = sempit
rompon = rapat
merewah = buang air
carak = silau
pengek = pengait
kue kue = (xingat)
meraban = compang-camping


cukup la banyak tuh sahaja. Tetiba lak mood berblogging kurang. hujan pun dah berhenti. So, sebelum aku pergi sambung buat kerja... jangan lupa klik2 nuffnang aku. Nak sedekah kat shopping kompleks. Nanti boleh dapat resit. Ngahahaha...

K lah, assalamualaikum...

2010-06-17

Titanic 2 Trailer : Jack Dawson Is Alive

video ni aku dapat dari youtube mse tengah cari modal untuk post baru... Film sekuel Titanic ni mengisahkan Jack Dawson yang sebenarnya masih hidup dan berusaha mencari kembali kekasihnya Rose... Bagaimana Jack boleh hidup kembali? Korg tontonlah trailer neh... baru la puas hati... =)











Xleh buffer ke? tenet slow? hahaha... hmmm... biar la aku cite... senonye trailer neh bukanlah yang asli... video neh sengaja direka oleh pihak tertentu untuk tujuan yang tidak diketahui... tapi, kalaulah betul Titanic 2 kembali, mungkinkah ia akan kembali menjadi box office di seluruh dunia mengalahkan filem Titanic yang pertama? ntahh...

2010-06-16

Hadiah Harijadi Kita Untuk Siapa?




Kadangkala kita lupa menghargai orang di sekeliling kita yang telah banyak mengorbankan keinginan dan impian mereka semata-mata mahu memenuhi kehendak kita......



Sambutan hari jadi... sape yang x penah sambut? bermula dari bayi yang berumur setahun jagung sehinggalah kepada atok2, nenek2 yang berusia 80 tahun, 90 tahun mahupun 100 tahun, semua orang pasti akan melaluinya tatkala tarikh ulangtahun kelahiran mereka tiba... begitu juga dengan kita dan mereka-mereka... bagi yang dilahirkan pada tahun lompat(29 februari), terpaksa la korang tunggu selang setiap empat tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran korang tuh... tapi ada jugak yang curi-curi sambut pada 28 feb @ 1 mac... hmmm... ikot lah... korang dh besar panjang... kang nasihat bebanyak... kaki naik muka plak... ngahahaha...



mungkin jugak ada di antara korang yang menyambut harijadi hari ini... tahniah untuk korang... selamat hari jadi... nanti dapat duit ptptn aku post hadiah ye... tunggu tau... haha..



ada jugak yang menerima hadiah yang diimpikan selama ini... tidak kurang juga kepada yang sekadar menerima ucapan selamat daripada kenalan dan keluarga... dorang tade bajet nak beli hadiah... ataupun dorang memang tak suka nk sambut birthday korang... terima je kenyataan... tu yang dekat ngan family... bagi yang berjauhan pulak... teman rapatlah yang menjadi pengganti... biarpun lagu Happy Birthday yang dinyanyikan oleh rakan-rakan bertune lari, namun hakikat itu terpaksa ditelan demi menghargai rakan-rakan konon... erkkk...



tidak kurang juga yang kena prank pada harijadi dorang... salunya orang yang kne bash neh dorang sje buat-buat tak tahu... terkejut la konon ble kne ambush... haha... birthday bash la, dibaling kek, dilumur tepung, dimandikan air busuk , diikat di pagar dan dibaling telur ayam mentah(yang kne ikat tiang pon dikira gak wehh... ngeh3...), semua tu adalah suatu memori yang sangat bermakna untuk dikenang dalam lipatan sejarah hidup kita... rugi sape yang tak pernah kena... aku pun tak pernah sebenarnya... so, aku=rugi?



Ok, bukan pasal rugi yang aku nak citer... korang tentu tahu kan... apabila tibanya ulang tahun kelahiran seseorang insan, itu tandanya usianya semakin meningkat... kalau jerawat tumbuh... boleh lari pergi beli oxy kat farmasi untuk licinkan kembali muka cam dalam iklan penipu kat tv tuh... pakai sket jek... esok tros ilang... kalau muka berkedut, ada jugak sesetengah manusia yang perasan cantik pergi buat pembedahan plastik la, cucuk botox la, cucuk susuk la... haihhhh... sedar la sket... kalo dah mangkuk tandas tuh, mane bleh plaster pakai simen... cuci jek pakai clorox... ngahahaha....


tapi, kalau berbicara perihal umur, dijamin... tiada satupun produk mahupun rawatan di dunia ni yang mampu mereversekan umur seseorang manusia... pendek kata(bukan ijok), ketuaan itu pasti... ngahahahaha...


dah2, bukan pasal pendek yang aku nak citer.... tapi, korang pernah dengar tak pasal lilin itu melambangkan umur... aku pernah dengar cerita yang ada seorang insan tu diraikan dengan kek yang dihiasi bilangan lilin disusun mengikut umur beliau... haiihhh... pelik2... aku bukan ape, korang ingat lagi tak filem Tiga Abdul... yang P. Ramlee berlakon tu... Ingat tak mse Ismet Ulam Raja tiup lilin dia, belum sempat nak potong, teros die rebah... haaaa... dari situ... try kaitkan... cahaya lilin ibarat nyawa @ kehidupan @ kebahagiaan @ penunjuk kita... tetibe korang padamkan... secara automatiknya, korang dah buangkan nyawa @ kehidupan @ kebahagiaan @ penunjuk korang... logik ke kalo wat camtu... tapi tu pandangan aku la...tak tahu la kalo2 korang setuju... ikut pandangan memasing la kan... tapi memandangkan ni blog aku, so, ikut pandangan aku la kat sini... ngahahaha...



ok, bukan pasal pandangan aku yang aku nak utarakan kat sini... semua yang aku cakap kat atas tu sekadar mukadimah jek... dah terlajak korang bace tuh, nak buat cemane kan? teruskan je la... haha... ok, skang, bace balik tajuk post... haaa... ni baru aku mulakan topik...so, fokus skang... tutupkan facebook, kunci pintu, ambil kedudukan... kalo dah selesa, pasang tali pinggang keledar... ingatlah orang yang tersayang... dan yang paling penting, tutup aurat... wajib tuh...



Ok, persoalannya sekarang, harijadi korang, birthday korang, hadiah korang, birthday bash korang, korang punya parti, korang boleh buat apa yang korang suka, kepada siapa yang korang nak... so, kenapa korang perlu berikan hadiah kepada orang lain sedangkan itu adalah harijadi korang...?? korang yang sepatutnya menerima hadiah...



Disini lah yang menjadi masalahnya... mindset kita sudah diprogramkan semasa korang membesar supaya menarik perhatian orang di sekeliling kita daripada menghargai mereka... sebab tu la kat facebook hade jek manusia-manusia yang kejap tukar status jadi 'single', pastuh seminit pastuh 'in a relationship', pastuh xsampai 20 saat tukar jadi 'single' blk... kita hade keinginan untuk orang ambil berat tentang diri kita... mahukan perhatian... supaya semua orang akan tahu apa yang terjadi... kerana itulah bila persoalan hadiah untuk orang lain dihari jadi kita dikemukakan, pasti ada yang tidak bersetuju....






Ok2, ada manusia yang mengaku yang mereka mengambil berat akan orang disekeliling... tapi, soalannya, siapakah insan yang layak menjadi penerima hadiah tersebut...?

jeng3...



Kalo hade orang yang tanye soalan tu, nampak sangat yang korang cuma mengaku mengambil berat mereka-mereka yang berada disekeliling... kerana, sekiranya betul korang ambil berat akan mereka-mereka ini, korang tentu dah boleh agak siapa yang berhak menerima hadiah tuh... Siapakah dia? Abang kacak bertubuh sasa seiras Aaron Aziz? atau awek cantik putih melepak yang mati kepala terhentak pasu bunga secantik Lisa surihani?


Jawapannya:



3 orang... MAK, IBU, DAN UMMI...



Snang jek jawapan tu... tu pun nak bgtau ke... -kata salah sorang pengirim emel aku.. kononnye lah...-


ok, sebab... korang dah tau jawapan kepada persoalan kat atas... biar la aku taip artikel ni sampai habis tanpa rela...

panggillah dengan gelaran apapun... baik mak, ummi, mama, ibu, bonda, semuanya sama... merekalah insan yang bertanggungjawab mengandungkan kita... melahirkan kita... membelai kita... memberikan kasih sayang kepada kita...

korang ingat senang ke nak bawak kandungan tu kesana sini... walaupun aku neh tak pernah mengandung dan takkan mengandung(kompem), tapi aku nk nasihat la sikit kat korang dan banyak kat diri aku sendiri... cube korang pikir, kita mse kat sekolah dlu... nak galas beg sekolah pun dah sakit pinggang... tu utk bape jam jek tuh... cbe bandingkan ngan ibu mengandung... sembilan bulan kne bawak kandungan kehulu hilir... pinggang kompem2 la sakit... pernah korang dengar prempuan mengandung marah2 kat kandungan die? tade kan? hade? tade? ntah...



bersyukurlah... emak kita tak tinggalkan kita seperti mana bayi2 yang sewenang-wenangnya dibuang di tong sampah skang ni... kalau tidak... takkan la kita mampu nak sambut birthday bash dengan kawan-kawan kita... kan? =)









so, kat sini, aku nk bg cadangan la... cadang jek... ikut la kalo korang nk ikut ke tak kan? pale otak korang... bukan pale otak aku... hahaha... nasihat ni pun aku tuju untuk diri aku jugak... yelah... aku pun lom sempat praktis lagi sebelum neh... ngeh3...

hmm... nanti, bila tarikh ulangtahun harijadi korang atau dalam bahasa ringkasnya bday korang... try to give something to ur moms and says "mak, ni hadiah untuk mak... terima kasih sebab mengandungkan saya selama sembilan bulan... bersabung nyawa dalam melahirkan saya... dan bersusah payah membesarkan anak mak yang sorang ni sehingga mampu lagi menyambut hari jadi saya yang ke__ ni... terima kasih mak..."

contoh tu... korang jangan la kopi sebijik2 plak... ahahahaha...

k lah... kalau tak suka artikel ni... xpe... cuma ambil je yang mana kita rasakan penting ataupun bagi impak positif kat diri kita nanti... abaikan yang mana korang tak berkenan... segala salah silap terkasar bahasa, sori la... kesilapan adalah hobiku... ngahahaha... k lah... salam... =)

2010-06-09

Shakira - Waka Waka (This Time for Africa) Video Clip

Bersempena dengan kehangatan Piala Dunia Afrika 2010 ni, jum kita layan jap video lagu tema dorang... Waka Waka... erkk... provided with lyric... tq... =)

THIS TIME FOR THE AFRIKA!!
WAKA WAKA!!






Nah tutorial video tarian waka waka... kot2 la korang nak belajar... hehehe...


2010-06-07

Ingat Lagi Kat Petra Nabila??

Korang ingat lagi x? SUKMA 2002... Tiba-tiba bumi Malaysia kita ni dikejutkan oleh kelibat seorang remaja yang memecahkan rekod 100m wanita... Petra Nabila...


DAHULU

apa-apa sahaja yang berkaitan

Dikatakan fizikal dan keupayaannya seakan budak lelaki. Masa tu budak ni masih bersekolah di TKC (Tunku Kurshiah College). Selepas menang sukma, budak ni terus senyap, khabarnya mengejar cita-cita menjadi pakar forensik.

Tahukah anda apa sudah jadi dengan bentuk fizikalnya sekarang??


SEKARANG






Tak tau la betul ke tak gambar-gambar ni... mungkin jugak orang lain yang memiliki iras-iras seperti beliau... Jadi siapa-siapa yang tau pasal Petra Nabila sila la kongsi kat sini... Ye la aku rasa dia ni kalau terus bersukan mampu pegi jauh dan boleh gantikan ratu pecut negara, Mumtaz Jaafar...