Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

Showing posts with label Events2. Show all posts
Showing posts with label Events2. Show all posts

2010-10-04

Sketching My Campus Life Part. 1

Semester 1 tahun 2008 (Where the tales begin...)


Hari ini dalam sejarah, merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke UMP. UMP? Ape tu? Swasta ke kerajaan? Dah lama ke? Bagus ke situ? Tak pernah dengar pun... Camtu la selalunya soalan yang member-member aku tanya bila aku cakap pasal UMP. Sampai berbuih-buih aku jawab soalan dorang neh. Dan aku tak marah pun dorang tanya soalan camtuh. Sebab aku sendiri pun tak pernah kenal UMP sebelum ni. Dalam borang UPU pun, aku xpernah ambik bab pasal UMP ni sebab nafsu aku lebih berselera terhadap universiti-universiti lain yang lebih terkenal. Yang selalu orang sebut-sebut. Dan aku langsung tak tahu di situlah bakal terciptanya suatu kisah yang paling aku susah nak lupakan dalam sejarah hidup aku...

Aku ingat lagi, hari pertama pendaftaran, suasana kat UMP meriah giler. Semua orang sibuk bekejar ke sana-sini dengan urusan masing-masing. Aku cuma ikut jek arahan sorang kakak tuh bila aku bagitau sebab aku datang kesini. Selesai daftar, aku mengekor sorang abang neh. Tak tahula dia ni staff ke fasi untuk tunjuk-tunjuk bilik hostel aku. Dan kesian kat abang aku(bukan abang fasi tuh), sebab dia pikul beg besar aku tuh sampai ke tingkat 3. Sampai berpeluh-peluh. Kesian. Haha. Patutnya UMP sediakan tukang pikul beg. Senang sket. Tapi xpelah, sape suruh badan abang aku besar dan jadi abang. Ngahahaha.

Kat bilik, 1st roomate yang aku jumpa, Ijok. Haha. Ijok, haihh... aku dah macam terlupa dah yang ko la roomate pertama yang aku jumpa. Ijok pun same gak, abang dia anto. Dan abang dia muka sebijik cam dia. Siyes beb. Hahaha... (gelak?)

Sepanjang orientation week, xbeh pun. So, aku malas nak cite. Minggu kedua tuh, baru la aku dapat masuk dalam kelas. Tu pun tak kenal saper-saper lagi. Cuma ijok, godak(sebab aku pernah bersembang dengan dia masa orientation week), dan saper ntah lagi. Aku tak kenal sangat. Kelas pertama, English For Communication. Pn. Azlinda yang ajar. Salah sorang lecturer yang paling sporting. Entah lah, sebab macam semua lecturer-lecturer bahasa kat UMP neh memang sempoi kot. Nanti la aku citer pasal tuh. First kelas, biasalah, ice breaking. Dan pada masa tu, Cuma hade separuh jek dari budak-budak kelas aku yang sekarang ni. Sebab ni baru 1st intake. Dan memang tak ramai. Sebab dorang tak kenal kot UMP neh. Katak bawah tempurung macam aku neh la.

Dalam kelas hari tuh, memang aku naik kepala sket la. Kelas english beb. Memang peberet neh. Terus aku maen spiking-spiking landen. Bebudak tuh dah anti dah dengan aku. Haha. Teros dorang cop aku budak skema. Shit! Weh2, baik korang cakap jek dulu aku camtuh, mungkin aku akan insaf sket maser tuh. Neh tak, diam jek. Haha... Dan akibatnya bebudak neh seme pakat-pakat undi aku jadi wakil kelas. Dan aku yang memang tak suka jadi ketua kelas, terus aku point bo untuk jadi wakil. Dan baru-baru ni aku dapat tahu, Bo memang bengang giler masa aku cadangkan nama dia tuh. Haha... Blah la Bo... dongdongdong... Hahahahaha...

Pastuh, budak-budak 2nd intake pun masuk. Dan kami memang tak ambik maser yang lama untuk ngam satu kepala. Memang cepat masuk. Ntah la. Sebab perangai kami lebih kurang sama jek kot. Dan aku masa tuh masih lagi poyo skema. Haihh... kalo la aku boleh reversekan balik masa ke sem 1, memang aku kutuk-kutuk aku yang masa tuh. Poyo la sangat. Haha.



Babyface jek memasing... Haha...



Aksi bigbro semasa menunggu lecturer datang ke kelas... Erkk... Sem 1 dulu memang kitaorang selalu g kelas awal...



Aku tak ingat neh kat mne... tapi, mudenya lah aku... hahaha...


Snapshot kat pancing... budak2 neh pegi... dan aku tak ingat cemane aku leh termiss trip neh... shit...


Tunggu lecturer lagik?? rajinnye lah korang... Setengah jam lagi awal dari lecturer oo... Haha...


sape lagi pendek? kanan ka kiri? ngah3...


Aku masih ingat lagi masa kelas Pn. Azlinda, yang mana kami kena formkan satu group dalam 4-5 orang untuk mempersembahkan sesuatu untuk The King. Dan insan yang bertuah menjadi raja pada masa tu tak lain dan tak bukan adalah Rosin... hahahaha... Syaratnya, persembahan tu mestilah dapat memikat hati raja. Kalau raja tidak suka, mereka-mereka ini akan dihumbankan dalam penjara. Kebanyakan group-group kami mempersembahkan beraneka macam benda. Ada yang berlakon, ada yang berpuisi, ada yang menghadiahkan kerusi beroda untuk raja dan macam-macam lagi la. Tapi yang paling aku susah nak lupakan, persembahan kumpulan bigbro yang menari. Hahahaha... menari? (angguk2).. Hahahahahaha... Ok2, dengan berbackgroundmusickan lagu Warisan Wanita Terakhir, bigbro ngan ahli kumpulan dia pun terus menari-nari seolah-olah ngahahahahaha... aku dah takleh nak taip, korang tengok la video kat bawah neh. Hahahaha...



(p/s: audio kurang clear, siler pahamkan sendiri.)



Aku baru tahu kat universiti hade subjek tamadun islam dan tamadun asia tenggara(titas) yang mana ada satu masa tu kami terpaksa pergi ke sekolah-sekolah di sekitar negeri pahang untuk membuat program motivasi. Dan aku yang langsung tak pernah bermotivasi neh, tetiba kena pergi memotivasikan budak-budak. Pergi jelah. Dok kampus lelame, asek belajar belajar belajar, mau pecah kepala otak. Aku dah tak ingat nama sekolah tu hape. Sebab kebanyakan gambar kat situ, aku dah padamkan... Tambah pulak dengan laptop asek kena format jek. Haihhh... Rugi2... Tapi, kat situ hade satu insiden yang memang aku takleh nak lupakan. Sape la yang boleh lupakan, bila Godak dengan eksitednya menari tarian Chicken Dance yang berstep songsang. Main hentam jek. Haihhh... Godak2, dan terpaksa la adik-adik kat situ pulak yang tunjukkan balik kat die. Haha... Dan aku terjumpa sorang budak kat situ yang baru pindah dari negeri Kedah... Bangga2... =)


Majlis berbuka puasa, memang meriah. Itu free, ini free, dan yang paling best, event tuh dilangsungkan didalam dewan besar UMP. Tak macam yang baru-baru ni, dorang buat kat luar. Memang panas giler la. Serius xbeh. Btol, tak beh langsung. Sebab aku tak dapat pegi. Ciss... Tapi kan, kalau diingatkan balik, masa tu memang yang paling baik la. Aras 3 blok C10, kami seolah-olah macam dah kenal satu aras. Tolak bilik JPK(PeKa) jek. Ngeh3. Dan masa nak pergi tu, berbaju melayu berjalan dari KK1 ke dewan, budak-budak neh menjerit-jerit konon-konon macam tengah berarak mende la. Haha... Sekbek tak kena tangkap. Dan memang bodoh, sebab aku dah terdelete banyak gambar-gambar masa tuh... Haihhh...



Another 'babyface' snapshot... Miahahaha...


Perjalanan ke majlis berbuka puasa yang digembar-gemburkan seolah-olah sedang berarak...


Tapi yang paling manis, bila kami berkonvoi ke Air Terjun Berkelah. Bukan satu kelas la. Tapi dalam 1 kereta, 1 van, 1 motor... Cukup la. Watpe bebanyak. Sebelum pergi, kami singgah di rumah Mira untuk wat hape tah. Aku tak ingat lak. Dan itulah pertama kalinya kami singgah kat rumah Mira sebab lepas-lepas tu memang kerap jugak la kami pergi situ. Dan aku pun suka gak pergi rumah Mira sebab ayah dia asalnya orang Kedah. Tapi berpindah ke Pahang untuk menjadi peneroka. Dan bila aku ceritakan pasal tuh kat mak ngan ayah, dorang pun cakap yang dulu dorang pun hampir-hampir berpindah ke sana gak untuk jadi peneroka, tapi tak jadi. Kalo tak, mesti aku dah berjiran ngan Mira dah mase neh. Haha... Dan untuk sesaper yang berhajat nak berkenalan dengan Mira pasneh, sila berhubung secara terus dengan Bigbro. Mekaseh... muehehehehe...

Kat Berkelah, ada 3 insiden yang mana kalau benda tu dengan seriusnya terjadi, maybe suasana dalam kelas kami dah berubah dari sekarang. Serius neh. Jom kita ikuti kisah-kisah tersebut yang mana aku kenkadang nak tergelak kalau dipikirkan balik. Hahahaha... Tapi, untuk korang, ayuh kita ubah suasana insiden tuh jadi kritikal sket. Challoo...

· Insiden 1 :

Kami baru sampai. Dan ketika itu hujan tengah turun. Pengunjung-pengunjung lain semuanya dah balik sebab air terjun disitu memang laju kalau lepas hujan turun. Lepas semua dah pakai short jek, masing-masing pun pergi kat tempat yang air terjun dia tuh tinggi sket. Dan ketika itulah Bigbro mula beraksi. Dia dengan selambanya pergi terjun kat suatu kawasan yang agak dalam. Dan ape yang bestnya, walaupun dia dah lama berenang, tapi kedudukan dia langsung tak berubah dari tempat dia terjun tadi. Hahahahaha... Dan aku tak berapa ingat cemana dia berjaya naik ke atas balik... Tapi apa yang pasti, peristiwa tuh menjadi point penting yang kami masih gunakan turun-temurun sampaila ke sem 5 neh... Hahahaha...

· Insiden 2:

Dah puas memaku Bigbro, Bo pun turut mengambil tempat untuk berenang, dan bebudak neh dah bagi warning yang tempat yang Bo nak terjun neh dalam sket. Tapi Bo cakap dia cuma nak ukur kedalaman jek. Lalu dia pun berjalan la ke tempat tuh dalam keadaan tersengih-sengih kerang busuk. Budak-budak ni pun biar la dia dan bersembang-sembang balik. Dan bila dorang berpaling tengok Bo, dalam sekelip mata, Bo dah takde. Hilang. Dalam sekelip mata yang tak tahan tuh. Cam biskut jep. Kejap hade, kejap takde. Tengok-tengok dia dah terkapai-kapai kelemasan. Hahahaha... Nasib baiklah budak-budak sempat tengok Bo terkapai-kapai lagi. Kalo tak, mesti jalan cerita blog neh berbeza sket. Anyway, Bo, gudluck my brother in law... ehehehe...

· Insiden 3:

Gordak sedang berehat-rehat di tepian batu sambil bingung memikirkan tentang makan malamnya. Dikala itulah dia terlihat-lihat seekor itik yang tidak pandai berenang sedang kelemasan menuju kearahnya. Dan dengan sekali sentapan, beliau berjaya menyelamatkan itik tersebut. Lalu mereka berpelukan dan menangis kegembiraan. Akhirnya mereka bersahabat baik sehinggalah ke hari ini. The End. Ok, ending dia aku tambah. Dan kalau korang nak tau, itulah insiden ijok yang hampir-hampir lemas tapi berjaya diselamatkan oleh Gordak. Haha... Ok2, ijok baru jek lepas berenang dan berjaya berpaut pada suatu tunggul kat tengah-tengah kawasan air terjun tuh. Pastuh dia pun berenang balik pergi ke tepi-tepi batu sebab nak naik balik ke atas. Tapi, elok jek dia sampai kat batu-batu tuh, tangan dia licin. So, terkapai-kapai la dia kat situ. Sekbek la gordak tengah mencari makanan taim tuh lalu ternampak ijok. Maka, terselamatlah ijok. Haha.. Dan kalaulah gordak takde kat situ pada masa dan waktu tuh...

Kat situlah jugak terciptanya tarian I like to movin2 versi budak-budak neh. Haha... Video tuh kelakar, tapi aku takleh nak sharekan kat sini sebab terlampau seksi. Ternampak muscle-muscle kat badan kami neh masa tuh. Takut ada yang terpikat pulak nanti. Cehh... Ekekekeke...

Dan kalau korang nak tahu, sem 1 ni la saat dimana aku telah menerima gelaran yang mana terus menjadi popular sampailah ke hari neh. Terima kaseh ijok sebab ko... arrgghhhhh!!! Itik btol la... haihhh... kalo la ko tak ciptakan gelaran tuh... tapi, terima kasihlah sebab ko menghadiahkan gelaran neh kat aku... cam shit... haha...






Seram giler... haihhh...



Poyo la weh... Yusuff Tayyumm...



Baju tuck-in, kemeja, pakai kad matriks... Stendet la junior... ngahahaha...



Bergambo ngan prof mende tah nme dia kat majlis jamuan aidilfitri...


Dan kepada korang-korang, sila tunggukan part 2 nanti yang berkisarkan tentang kegilaan yang lebih teruk dari sem 1. Bagaimana Bigbro disimbah air teh basi, birthday bash yang gila-gila, kegilaan mengejutkan satu aras untuk bangun solat subuh, dan seribu satu lagi peristiwa manis dan masam.. Dan kalau korang rse entry neh boring, siler klik2 nuffnang aku... dari situ, aku akan tau korang boring dengan entry2 neh... Dan aku akan berhenti publish mende-mende camni dah pasneh... ngeh3...

Dan untuk pengakhiran part 1 neh, aku selitkan satu video yang diambil sewaktu kelas terakhir Pn. Azlinda. Layan weh.. beh neh... takkan ade lagi memori camneh... =)









Step up,
Leave those memories behind ,
Cause we know they will never fade away...
=)

2010-09-09

Happy Eid People!!

Hari ni, hari terakhir Ramadhan... Kalau diikutkan kalendar Hijrah, hari ni bertarikh 30 Ramadhan 1431... Memang ngam-ngam 30 hari kita berpuasa tahun ni... Tapi bagi yang uzur, yang pura-pura uzur, yang sebulan uzurnya, yang asal puasa jek, uzur, asal puasa jek, uzur, korang memang takleh nak mengaku la korang berpuasa penuh sebulan Ramadhan tahun ni... Tapi takpelah, masing-masing punya alasan sendiri kan... Jadi, kita tinggalkan hal tu kat tepi dulu...

Dah sebulan berpuasa ni, ada yang dapat merasa sebulan berpuasa disamping keluarga... Ada juga yang hanya berpeluang berpuasa kurang dari seminggu... Ada jugak yang dapat berpuasa sehari jek dengan keluarga dorang... Tu pun sebab esok baru raya... Kalau hari ni dah sambut raya, kompem-kompem la takleh langsung nak berpuasa dengan keluarga... Ada yang dah balik kampung... Alhamdulillah, moga-moga korang sambut hari raya ni dengan gembira dengan keluarga korang... Janganlah ada yang sambut ‘Raya Berdarah’ tahun ni...

Di kesempatan ini jugak, aku nak ucapkan takziah untuk keluarga bapa saudara aku yang kehilangan anak perempuan mereka (sepupu aku) 2 hari lepas sebab penyakit leukimia... Arwah sepupu aku ni dah berkahwin dan dah ada 2 orang anak... Dua-dua masih kecil lagi... Sekolah pon belum... Daripada apa yang aku dengar, masa orang nak kafankan mayat arwah, keluarga bapa saudara aku suruh 2 orang anak arwah kucup pipi ibu mereka buat kali terakhir... Masa anak-anak arwah nak cium tu la yang paling sebak sekali... Sampai ada yang lari keluar rumah... Kesian tengok anak-anak yang masih kecil tak paham apa yang sebenarnya sedang berlaku... Kalaulah mereka tahu yang tu la kali terakhir mereka boleh sentuh dan kucup ibu mereka...

Ok la..Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa untuk arwah... Moga-moga roh beliau ditempat bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa... Amin...

...(Al-Fatihah)...

Sebelum aku akhiri entry yang lemau dan aku rasa dah hilang mood neh, aku nak mengucapkan

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Kepada semua umat Islam di seluruh dunia... Tak kira la kita beraya dikampung, dibandar, ditempat kerja, di perantauan, di sempadan, di kala kelaparan, di kala kesedihan, di kala kesibukan, di kala kesesakan, di kala kesakitan, sambutlah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang mulia ini dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran... Moga-moga kita beroleh rahmat darinya... Amin... Dan jangan pula dilupakan kepada mereka yang sudah tiada...

Dan aku nak mintak maaf kepada semua insan yang pernah terasa hati atau tersentuh dengan apa yang pernah aku lakukan sebelum ini... Almaklum la, aku neh selalu lepas cakap... Heee...

P/s: Jempt-Jemput la datang kerumah esok... Bawak sekali duit raya... =)

2010-04-19

Ada insan sedang berada di dalam kesusahan... pohon bantuan kalian...

Assalamualaikum... salam sejahtera ke atas kalian... entry kali ni aku ambil daripada laman web http://www.zoompanas2.com... ini adalah emel yang dihantar kepada laman web tersebut oleh seorang ibu kepada seorang anaknya yang baru dilahirkan... emel ini telah disiarkan di laman web tersebut pada 19 april 2010... baru semalam la... mari kita hayati kisah ibu tersebut...




Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat

Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala .

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim .


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.





--
Rohaya Ali
Institute of Quality, Research and Innovation
Block B, Jln Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur
Tel: 603-2773 2463 Fax: 603-2697 8793
e-mail: rohaya@oum.edu.my
http://iqri.oum.edu.my/

2010-02-16

Perhimpunan Anak Lian 2010 di IKBN Temerloh

salam...

entry subuh... haha... hmmm... hkali neh, aku nk citekan pasal satu event yang telah menyebabkan aku blk lewat dari bercuti arituh... huahuahua...

event neh telah diadakan di IKBN temerloh... owh ya, IKBN tuh short untuk institut kemahiran belia negara... sepatutnya event neh akan diadakan selama 3 hari... tp, perubahan pada detik2 terakhir telah menyebabkan aku terpaksa menukar tiket balik... isk3... tp xpelah... dh nasib...

okeh, berbalik kepada topik asal... seramai orang telah terlibat, aku, pakcik bro, ijok, godak, bo, wanpe, lentik, ngan adik... kami bertolak pukul 3 petang... tp terpaksa patah blk ke hostel...
sebab? pakcik bro tertinggal borang lak kat umah... hadoihh... dipendekkan cite, kami pon meneruskan perjalanan blk...

aku tertidur taim on da way tuh... sedar2 van dah stop kat R&R mne tah... rupa-rupanya, temperature van leman naik... sekbek adik detect... bau dah lain mcm... kalo x, mmg spoil la plan kami nk ke IKBN tuh... so, berehat2 la kami kat R&R tuh... siap2 semayang Asar sekali, usha2 budak2 konvoi... dah 15 minit tunggu, kami pun teruskan perjalanan blk...

tepat pukul 6... sampai la kami ke destinasi yang dituju... 3 jam lewat dari masa awal... haha... sampai2, dh lewat sgt dh pun... nk daftar pun dah tade owg... sume gi makan... yelahh.. dh pukul 6 lebih, waktu makan tuh...

pas tunggu dalam 5 minit, bawu la hade bro tuh datang... so dengan jayanya, kami pun mendaftarkan diri kami... hehe...

neh la sedikir sebanyak pic2 aktiviti kami selama 1 hari 1 malam kat situ;


aktiviti berfaedah sementara menunggu waktu isya'...
p/s: pic aku tido pun hade gak... tp maleh nk upload... buruk sgt... ekekeke...





ketika latihan malam tuh... ngehehehe...



posing lak korang... tp bo, asal lu lentik semacam... ekekeke...



haha... sekali letih sampai terbaring... hekhek...





taim curik2 kuar g makan... ekekeke... pastuh menggatai amek gambar dalam van...




babyface dowh... wakakaka...



babyface lagi... hahaha... koya...




taim bangun tengahari... walaupun letih, tapi still babyface ag... ekekeke...



"saya tujukan ucapan terima kasih saya kepada kedua ibubapa, rakan2, dan semua individu yang mengundi saya untuk anugerah pelakon lelaki popular ini... mekasih...!!!" ngahahaha...



Pak Yee nak bagi ucapan taim neh... yg duduk di kiri pak yee tuh abg nan...

dah abehh ponn... so kne la salam2... tuh aku tuh... yg ujung belah kiri tuh... ekekeke...


bergambar dengan jurulatih2 sebagai kenang-kenangan...


lagi gambar kenang-kenangan... ngahahaha...


taim neh bawu pas blk dari umah mira... cam trademark plak... asal g lepar hilir jek, musti bergambar... hahaha...


taun depan, kalo aku smbung degree kat ump neh, insyaALLAH aku akan join lagi event sebegini rupa.. ngeh3...

klah... salam... =)