Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

Showing posts with label Merapu2. Show all posts
Showing posts with label Merapu2. Show all posts

2010-10-04

Sketching My Campus Life Part. 1

Semester 1 tahun 2008 (Where the tales begin...)


Hari ini dalam sejarah, merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke UMP. UMP? Ape tu? Swasta ke kerajaan? Dah lama ke? Bagus ke situ? Tak pernah dengar pun... Camtu la selalunya soalan yang member-member aku tanya bila aku cakap pasal UMP. Sampai berbuih-buih aku jawab soalan dorang neh. Dan aku tak marah pun dorang tanya soalan camtuh. Sebab aku sendiri pun tak pernah kenal UMP sebelum ni. Dalam borang UPU pun, aku xpernah ambik bab pasal UMP ni sebab nafsu aku lebih berselera terhadap universiti-universiti lain yang lebih terkenal. Yang selalu orang sebut-sebut. Dan aku langsung tak tahu di situlah bakal terciptanya suatu kisah yang paling aku susah nak lupakan dalam sejarah hidup aku...

Aku ingat lagi, hari pertama pendaftaran, suasana kat UMP meriah giler. Semua orang sibuk bekejar ke sana-sini dengan urusan masing-masing. Aku cuma ikut jek arahan sorang kakak tuh bila aku bagitau sebab aku datang kesini. Selesai daftar, aku mengekor sorang abang neh. Tak tahula dia ni staff ke fasi untuk tunjuk-tunjuk bilik hostel aku. Dan kesian kat abang aku(bukan abang fasi tuh), sebab dia pikul beg besar aku tuh sampai ke tingkat 3. Sampai berpeluh-peluh. Kesian. Haha. Patutnya UMP sediakan tukang pikul beg. Senang sket. Tapi xpelah, sape suruh badan abang aku besar dan jadi abang. Ngahahaha.

Kat bilik, 1st roomate yang aku jumpa, Ijok. Haha. Ijok, haihh... aku dah macam terlupa dah yang ko la roomate pertama yang aku jumpa. Ijok pun same gak, abang dia anto. Dan abang dia muka sebijik cam dia. Siyes beb. Hahaha... (gelak?)

Sepanjang orientation week, xbeh pun. So, aku malas nak cite. Minggu kedua tuh, baru la aku dapat masuk dalam kelas. Tu pun tak kenal saper-saper lagi. Cuma ijok, godak(sebab aku pernah bersembang dengan dia masa orientation week), dan saper ntah lagi. Aku tak kenal sangat. Kelas pertama, English For Communication. Pn. Azlinda yang ajar. Salah sorang lecturer yang paling sporting. Entah lah, sebab macam semua lecturer-lecturer bahasa kat UMP neh memang sempoi kot. Nanti la aku citer pasal tuh. First kelas, biasalah, ice breaking. Dan pada masa tu, Cuma hade separuh jek dari budak-budak kelas aku yang sekarang ni. Sebab ni baru 1st intake. Dan memang tak ramai. Sebab dorang tak kenal kot UMP neh. Katak bawah tempurung macam aku neh la.

Dalam kelas hari tuh, memang aku naik kepala sket la. Kelas english beb. Memang peberet neh. Terus aku maen spiking-spiking landen. Bebudak tuh dah anti dah dengan aku. Haha. Teros dorang cop aku budak skema. Shit! Weh2, baik korang cakap jek dulu aku camtuh, mungkin aku akan insaf sket maser tuh. Neh tak, diam jek. Haha... Dan akibatnya bebudak neh seme pakat-pakat undi aku jadi wakil kelas. Dan aku yang memang tak suka jadi ketua kelas, terus aku point bo untuk jadi wakil. Dan baru-baru ni aku dapat tahu, Bo memang bengang giler masa aku cadangkan nama dia tuh. Haha... Blah la Bo... dongdongdong... Hahahahaha...

Pastuh, budak-budak 2nd intake pun masuk. Dan kami memang tak ambik maser yang lama untuk ngam satu kepala. Memang cepat masuk. Ntah la. Sebab perangai kami lebih kurang sama jek kot. Dan aku masa tuh masih lagi poyo skema. Haihh... kalo la aku boleh reversekan balik masa ke sem 1, memang aku kutuk-kutuk aku yang masa tuh. Poyo la sangat. Haha.



Babyface jek memasing... Haha...



Aksi bigbro semasa menunggu lecturer datang ke kelas... Erkk... Sem 1 dulu memang kitaorang selalu g kelas awal...



Aku tak ingat neh kat mne... tapi, mudenya lah aku... hahaha...


Snapshot kat pancing... budak2 neh pegi... dan aku tak ingat cemane aku leh termiss trip neh... shit...


Tunggu lecturer lagik?? rajinnye lah korang... Setengah jam lagi awal dari lecturer oo... Haha...


sape lagi pendek? kanan ka kiri? ngah3...


Aku masih ingat lagi masa kelas Pn. Azlinda, yang mana kami kena formkan satu group dalam 4-5 orang untuk mempersembahkan sesuatu untuk The King. Dan insan yang bertuah menjadi raja pada masa tu tak lain dan tak bukan adalah Rosin... hahahaha... Syaratnya, persembahan tu mestilah dapat memikat hati raja. Kalau raja tidak suka, mereka-mereka ini akan dihumbankan dalam penjara. Kebanyakan group-group kami mempersembahkan beraneka macam benda. Ada yang berlakon, ada yang berpuisi, ada yang menghadiahkan kerusi beroda untuk raja dan macam-macam lagi la. Tapi yang paling aku susah nak lupakan, persembahan kumpulan bigbro yang menari. Hahahaha... menari? (angguk2).. Hahahahahaha... Ok2, dengan berbackgroundmusickan lagu Warisan Wanita Terakhir, bigbro ngan ahli kumpulan dia pun terus menari-nari seolah-olah ngahahahahaha... aku dah takleh nak taip, korang tengok la video kat bawah neh. Hahahaha...



(p/s: audio kurang clear, siler pahamkan sendiri.)



Aku baru tahu kat universiti hade subjek tamadun islam dan tamadun asia tenggara(titas) yang mana ada satu masa tu kami terpaksa pergi ke sekolah-sekolah di sekitar negeri pahang untuk membuat program motivasi. Dan aku yang langsung tak pernah bermotivasi neh, tetiba kena pergi memotivasikan budak-budak. Pergi jelah. Dok kampus lelame, asek belajar belajar belajar, mau pecah kepala otak. Aku dah tak ingat nama sekolah tu hape. Sebab kebanyakan gambar kat situ, aku dah padamkan... Tambah pulak dengan laptop asek kena format jek. Haihhh... Rugi2... Tapi, kat situ hade satu insiden yang memang aku takleh nak lupakan. Sape la yang boleh lupakan, bila Godak dengan eksitednya menari tarian Chicken Dance yang berstep songsang. Main hentam jek. Haihhh... Godak2, dan terpaksa la adik-adik kat situ pulak yang tunjukkan balik kat die. Haha... Dan aku terjumpa sorang budak kat situ yang baru pindah dari negeri Kedah... Bangga2... =)


Majlis berbuka puasa, memang meriah. Itu free, ini free, dan yang paling best, event tuh dilangsungkan didalam dewan besar UMP. Tak macam yang baru-baru ni, dorang buat kat luar. Memang panas giler la. Serius xbeh. Btol, tak beh langsung. Sebab aku tak dapat pegi. Ciss... Tapi kan, kalau diingatkan balik, masa tu memang yang paling baik la. Aras 3 blok C10, kami seolah-olah macam dah kenal satu aras. Tolak bilik JPK(PeKa) jek. Ngeh3. Dan masa nak pergi tu, berbaju melayu berjalan dari KK1 ke dewan, budak-budak neh menjerit-jerit konon-konon macam tengah berarak mende la. Haha... Sekbek tak kena tangkap. Dan memang bodoh, sebab aku dah terdelete banyak gambar-gambar masa tuh... Haihhh...



Another 'babyface' snapshot... Miahahaha...


Perjalanan ke majlis berbuka puasa yang digembar-gemburkan seolah-olah sedang berarak...


Tapi yang paling manis, bila kami berkonvoi ke Air Terjun Berkelah. Bukan satu kelas la. Tapi dalam 1 kereta, 1 van, 1 motor... Cukup la. Watpe bebanyak. Sebelum pergi, kami singgah di rumah Mira untuk wat hape tah. Aku tak ingat lak. Dan itulah pertama kalinya kami singgah kat rumah Mira sebab lepas-lepas tu memang kerap jugak la kami pergi situ. Dan aku pun suka gak pergi rumah Mira sebab ayah dia asalnya orang Kedah. Tapi berpindah ke Pahang untuk menjadi peneroka. Dan bila aku ceritakan pasal tuh kat mak ngan ayah, dorang pun cakap yang dulu dorang pun hampir-hampir berpindah ke sana gak untuk jadi peneroka, tapi tak jadi. Kalo tak, mesti aku dah berjiran ngan Mira dah mase neh. Haha... Dan untuk sesaper yang berhajat nak berkenalan dengan Mira pasneh, sila berhubung secara terus dengan Bigbro. Mekaseh... muehehehehe...

Kat Berkelah, ada 3 insiden yang mana kalau benda tu dengan seriusnya terjadi, maybe suasana dalam kelas kami dah berubah dari sekarang. Serius neh. Jom kita ikuti kisah-kisah tersebut yang mana aku kenkadang nak tergelak kalau dipikirkan balik. Hahahaha... Tapi, untuk korang, ayuh kita ubah suasana insiden tuh jadi kritikal sket. Challoo...

· Insiden 1 :

Kami baru sampai. Dan ketika itu hujan tengah turun. Pengunjung-pengunjung lain semuanya dah balik sebab air terjun disitu memang laju kalau lepas hujan turun. Lepas semua dah pakai short jek, masing-masing pun pergi kat tempat yang air terjun dia tuh tinggi sket. Dan ketika itulah Bigbro mula beraksi. Dia dengan selambanya pergi terjun kat suatu kawasan yang agak dalam. Dan ape yang bestnya, walaupun dia dah lama berenang, tapi kedudukan dia langsung tak berubah dari tempat dia terjun tadi. Hahahahaha... Dan aku tak berapa ingat cemana dia berjaya naik ke atas balik... Tapi apa yang pasti, peristiwa tuh menjadi point penting yang kami masih gunakan turun-temurun sampaila ke sem 5 neh... Hahahaha...

· Insiden 2:

Dah puas memaku Bigbro, Bo pun turut mengambil tempat untuk berenang, dan bebudak neh dah bagi warning yang tempat yang Bo nak terjun neh dalam sket. Tapi Bo cakap dia cuma nak ukur kedalaman jek. Lalu dia pun berjalan la ke tempat tuh dalam keadaan tersengih-sengih kerang busuk. Budak-budak ni pun biar la dia dan bersembang-sembang balik. Dan bila dorang berpaling tengok Bo, dalam sekelip mata, Bo dah takde. Hilang. Dalam sekelip mata yang tak tahan tuh. Cam biskut jep. Kejap hade, kejap takde. Tengok-tengok dia dah terkapai-kapai kelemasan. Hahahaha... Nasib baiklah budak-budak sempat tengok Bo terkapai-kapai lagi. Kalo tak, mesti jalan cerita blog neh berbeza sket. Anyway, Bo, gudluck my brother in law... ehehehe...

· Insiden 3:

Gordak sedang berehat-rehat di tepian batu sambil bingung memikirkan tentang makan malamnya. Dikala itulah dia terlihat-lihat seekor itik yang tidak pandai berenang sedang kelemasan menuju kearahnya. Dan dengan sekali sentapan, beliau berjaya menyelamatkan itik tersebut. Lalu mereka berpelukan dan menangis kegembiraan. Akhirnya mereka bersahabat baik sehinggalah ke hari ini. The End. Ok, ending dia aku tambah. Dan kalau korang nak tau, itulah insiden ijok yang hampir-hampir lemas tapi berjaya diselamatkan oleh Gordak. Haha... Ok2, ijok baru jek lepas berenang dan berjaya berpaut pada suatu tunggul kat tengah-tengah kawasan air terjun tuh. Pastuh dia pun berenang balik pergi ke tepi-tepi batu sebab nak naik balik ke atas. Tapi, elok jek dia sampai kat batu-batu tuh, tangan dia licin. So, terkapai-kapai la dia kat situ. Sekbek la gordak tengah mencari makanan taim tuh lalu ternampak ijok. Maka, terselamatlah ijok. Haha.. Dan kalaulah gordak takde kat situ pada masa dan waktu tuh...

Kat situlah jugak terciptanya tarian I like to movin2 versi budak-budak neh. Haha... Video tuh kelakar, tapi aku takleh nak sharekan kat sini sebab terlampau seksi. Ternampak muscle-muscle kat badan kami neh masa tuh. Takut ada yang terpikat pulak nanti. Cehh... Ekekekeke...

Dan kalau korang nak tahu, sem 1 ni la saat dimana aku telah menerima gelaran yang mana terus menjadi popular sampailah ke hari neh. Terima kaseh ijok sebab ko... arrgghhhhh!!! Itik btol la... haihhh... kalo la ko tak ciptakan gelaran tuh... tapi, terima kasihlah sebab ko menghadiahkan gelaran neh kat aku... cam shit... haha...






Seram giler... haihhh...



Poyo la weh... Yusuff Tayyumm...



Baju tuck-in, kemeja, pakai kad matriks... Stendet la junior... ngahahaha...



Bergambo ngan prof mende tah nme dia kat majlis jamuan aidilfitri...


Dan kepada korang-korang, sila tunggukan part 2 nanti yang berkisarkan tentang kegilaan yang lebih teruk dari sem 1. Bagaimana Bigbro disimbah air teh basi, birthday bash yang gila-gila, kegilaan mengejutkan satu aras untuk bangun solat subuh, dan seribu satu lagi peristiwa manis dan masam.. Dan kalau korang rse entry neh boring, siler klik2 nuffnang aku... dari situ, aku akan tau korang boring dengan entry2 neh... Dan aku akan berhenti publish mende-mende camni dah pasneh... ngeh3...

Dan untuk pengakhiran part 1 neh, aku selitkan satu video yang diambil sewaktu kelas terakhir Pn. Azlinda. Layan weh.. beh neh... takkan ade lagi memori camneh... =)









Step up,
Leave those memories behind ,
Cause we know they will never fade away...
=)

2010-08-26

Hampir Dua Tahun Sudah Berblogging - Part II??



Okeh, ini adalah entry pendek untuk sambungan yang lepas... Entry yang mana aku sudah editkan tajuknya kerana aku yang selalu berlakon seolah-olah bijak neh baru perasan satu mende yang korang dah lama perasan kalau korang selalu blogwalking kat blog orang... Ataupun korang selalu lepak kat blog sendiri...


Aku baru tersedar yang bila aku tekan button 'View My Complete Profile', ada tertulis kat situ 'Blogging Since October 2008'.


Dan ini sudah tentunya menyebabkan tajuk entry aku sebelum ini sudah lari dari fakta asal... Situasi yang mana jika terdapat fakta yang ditanya dalam soalan exam, boleh menyebabkan markah aku dipotong oleh En Lecturer... cehh...



Dan abaikan kemerapuan diatas... Sebab aku publishkan entry ini adalah untuk menyambung sisa-sisa yang entry yang tak habis semalam... Haaa... Untuk pengetahuan korang-korang, selepas terbitnye entry semalam, bertambah lagi seorang family blogger dari kalangan member-member aku... Alhamdulillah... Dan kepada Due aka chakueh aka Lelaki Romantik, tahniah kepada anda sebab niat untuk membina blog sudah tercapai...


Dan tahniah jugak sebab tajuk blog kita hampir-hampir nak sama... Bijok ahh mung... haha... erkk, btw, siler cek tajuk blog aku... dah tukar baru dah... sebab nak elakkan dari salah tanggapan mahupun salah paham dari kalangan korang... Hohoho...


Nway, neh link beliau, http://gitarletrik.blogspot.com/



chakueh = ? entahlah... haha...



Siler2 follow beliau... He is a good man in a good world... wahahaha... =)

Sekian dulu kot... Assalamualaikum... =)

2010-08-25

Setahun Sudah Berblogging

Pagi nanti pukul 9 ada kelas Engineering Lab 5... Untuk adik-adik junior siswi (eheh!) yang baru masuk sem neh, khabarnya korang takde subjek ni dah dalam silibus korang... Untung la... sebab takyah nak pening-pening kepala tidur awal untuk bersiap ke kelas nanti macam aku ni hah...



Sebab aku ada kelas Eng Lab tuh pagi nanti, so aku telah buat keputusan tido awal semalam... Dalam pukul 2 lebih cenggitu... Awal la dari tak tido langsung... kot... Dan tiba-tiba... hade bunyi letupan yang kuat sangat dari tingkat bawah... Aku yang tengah mamai ala-ala sepet, dah redi-redi dah nak lompat ikut tingkap bilik... Masa tuh, tingkat 2 pun raser cam tak takut dah... nak larikan diri+mamai punya pasal... Ingatkan KK5 nak runtuh... Siyes beb... Dan nasib baik la roomate aku yang masih menghadap internet cakap tuh bunyik mercun... Kalau aku sorang-sorang taim tuh, memang dah lobos lubang tingkap tuh aku lompat... Pewhh...



Pukul 3.30 pagi, turun makan... eh, sahur. Memang awal sangat sebab kafe tutup pukul 4... Kenkadang pergi pukul 3.45 pun nasik dah habis... Sebab tu la kenkadang subuh tuh terbawak ke pagi... Tunggu waktu imsak nak habis lama sangat... eheh!



Lepas habis sahur, aku ngan membe-membe angkat kaki naik ke bilik... Watpe nak tunggu kat kafe lama sangat, bukan ada adik-adik siswi junior pun yang turun bersahur... yang ada pun cuma akak-akak senior dan makcik-makcik kafe cenggitu... So, pas naik, aku dok termenung jap... aku terfikir... Boleh pulak tu berfikir taim subuh-subuh...



Dah setahun lebih aku maen blog... Apa pro ngan kons yang aku dapat? Apa pulak input ngan output yang aku dah bagi? Ada orang yang jadi baek ke bila baca blog aku? Ada kaki bangku yang terer maen bola ke lepas baca blog aku? Ada mat-mat rempit yang tukar profesyen kepada yang lebih berpaedah ke lepas baca blog buruk neh? Apa pulak yang dah ubah diri aku? Entah lah...



Yang aku tau, lepas aku maen blog, dah semakin ramai member-member aku yang dulu tadek blog, dah ada blog memasing... Baek lelaki mahupun perempuan, mahupun yang tengah-tengah... haaa... rosin, ko tau aku maksudkan sape... hehehe...

Bermula dengan ijok, yang turut berjinak-jinak dengan dunia blog lepas kenal ngan aku... eh, lepas aku kenal ngan dia... hmmm... ntah la... mana-mana la yang korang suka... Dalam blog http://wakakakukena.blogspot.com/, ijok banyak menceritakan ceritakan cerita-cerita yang berkaitan dengan agama, pengajaran dan pasal hidup dia... dan ok, dia memang pandai bagi tazkirah... (eheh!)


Jok, aku pilih gambar ni sebab ko nampak macho jek... bukan sebab hade pic aku kat belakang tu... tapi sebab ko... Aku ulang bukan sebab aku yg tengah pegang gitar kat belakang tuh...



Pastuh, muncul pulak blog Life As Allah Creation yang dicipta oleh Leman... dia ni bukan la wajah baru dalam dunia blog neh... dulu dia pernah buat blog yang diletakkan tag2 yang bukan2 untuk menarik perhatian pengunjung supaya klik2 iklan Google, adsense ngan mende-mende ntah lagi... Dan aku la salah sorang tukang klik tuh...



Asal aku takde lam pic nehh???


Lepas leman, Wan Melake pun turut menyertai geng-geng blog sedunia... Tapi, blog dia masih lagi dalam construction (dah dekat setahun dah), dan takpe... kita tunggu blog dia siap, baru aku kongsikan link kat sini... ehehehe...



kamon weh, update blog anda...




Kemudian, Meni pun turut buat blog... Alhamdulillah... Semakin ramai member-member aku... Dan aku selalu jugak jenguk blog dia sebab Meni banyak menceritakan pasal game, kehidupan dan agama... Bukan apa, nak memperbaiki diri la katakan... Link beliau: http://menikomando.blogspot.com/



meni, sori pakai pic lme... ngeh3... btw, teringin nak amek pic terrorist ko... muahahaha...



Dan baru2 ni, dah ada seorang lagi pendatang baru... Bulat aka Zulfikar Zahid... Kenapa Bulat? entahlah... mungkin kerana terkenang peristiwa di Genting semester lepas? Mungkin? =p



Rilek jek ko kan... Dush2... haha...



Bulat turut menjadi salah seorang blogger... Dan aku yang tak berapa pandai neh, terpaksa la tunjuk2 macam pandai ajar itu ini padahal aku pun sebenarnya zero je... Dan untuk Bulat, teruskan perjuangan anda dalam dunia blog ni sebab kehidupan blogger ni boleh diibarat seperti telur dihujung tanduk... berhati-hati semasa bercakap... silap cakap, orang boleh point kita balik... tambah-tambah lagi budak kelas aku... (eheh!) btw, ni link beliau...


Dan malam tadi, bertambah lagi sorang family blogger, rossaifuddin aka epu aka budin aka saif (muahahaha), dah mendaftar kat blogger.com... Dan harap-harap, lepas ni, blog ko lagi gempak dari aku... Dan oh yes, ko sentiasa lagi best dari aku... Cuma aku lagi hensem dari ko...


Raser cam nak upload pic payung pink... tapi... ahaks...


Dari dunia blog, aku kenal ramai orang yang mana aku langsung tak pernah jumpa dorang... Rasa-rasanya setakat ni baru sorang kot yang aku penah jumpa... Yang laen-laen tuh sekadar watak imaginasi aku jek... Belum pernah berjumpa secara nyata... Dan aku teringin sekali nak follow blog Lisa Surihani... Dan Lisa, please berhenti menipu... blog yang anda taip dalam filem Semerah Cinta Stiletto tuh takde... penat aku search... I need ur valid url... PM me!!! miahahaha...


Dan aku tahu, dah ada orang yang buat blog lepas baca blog aku... aku taknak la cakap banyak, harap-harap blog beliau semaken sukses di masa akan datang... =)


Kalau dulu, masa aku mula-mula berblogging, konteks yang banyak aku taip hanyalah sekadar diari seorang lelaki semata-mata... Cerita itu ini pasal hidup aku supaya korang yang baca akan fikir yang hidup aku neh cambest walaupun realitinya sama jek ngan orang laen... Sampaila sorang member tegur yang blog aku 'perempuan'. Dan aku tak suka orang pandang aku sebagai seorang perempuan sebab aku lelaki sejati... Makan banyak, usha awek orang, tidur mati ngan sembang kosong(sejati kot)... Alasan, diari... Dan aku yang masa tu ingat orang enjoy baca diari kat blog, mindset tiba-tiba bagai diflush... bluuweekkk...


Dan aku tau yang bukan semua orang suka baca diari orang... Kecuali la orang-orang yang memang kerja dia suka baca diari orang... Dan dari situ, aku ubah content blog... Sampai la ke hari korang baca entry aku neh... Dan aku harap, penulisan kat blog aku neh dapat aku tingkatkan lagi untuk tatapan generasi akan datang... Mana tau boleh blog neh boleh catat rekod sebagai blog paling lama bertahan ke... (eheh!)


siyesli, ini bukan bilik aku... korang, kemas2 la sket bilik tuh... hahaha...



Kalau dulu, aku buat blog sebab nak kongsi cerita-menarik kat sini... aku nak ramai orang yang tahu... tapi, semakin lama aku berblogging, semakin ramai orang yang baca, aku rasa kebebasan untuk aku meluahkan kat sini semakin terhad... aku tak boleh bagi direct example dalam kehidupan seharian aku sebab nak jaga banyak hati... dan berdasarkan entry-entry aku yang dulu, aku amek dan jadikan pengajaran...



Dan sebab tu, ak sedang dalam pertimbangan menghasilkan blog kedua... tanpa ada follower, tanpa ada sebarang komen... just luahan apa yang aku nak sajer ada kat situ... ok kan? hehehe...


Rasa-rasa... cukup kot sampai kat sini... Dah azan subuh dah... tunggu la aku update pulak nanti... mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan? tahun depan? mungkin?
Assalamualaikum... =)



p/s: jok, aku bagi can kat ko untuk apdate citer pasal menatang-menatang tuh... kang aku update dulu... menggigit jari ko... ehehehe...

2010-08-08

Memori Ramadhan

Petang-petang ni aku tergelak bila pikir balik pasal keadaan aku skang neh... Dah dekat sebulan stay kat bumi Pekan neh, rasanya hati aku neh dah berkenan dengan keadaan kat sini... Yelah, environment kampung kat sini memang melekat habis... Sampaikan kalau aku hirup udara tuh, bau-bau rumput, sawah padi, laut semua, sampai terserlah kenangan masa kecik-kecik kat kampung... Behnye lah... =)


Cakap pasal kenangan kat kampung, aku nak cerita pasal kenangan ramadhan aku dari zaman nostalgia kanak-kanak sampai la dah besar panjang sekarang neh... erkk, panjang jek kot... nk kata besar tuh tak la sangat...


Malam esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan muncul kat kaca tv, radio, erkk, bukan muncul kat radio, suara dia akan dirakamkan dan disiarkan oleh siaran radio tuh, fuhh... tujuan dia muncul kat tv tuh cume kerana dua sebab jek... yang aku tau la... kalau tak nak isytiharkan tarikh mula puasa, mesti nak isytiharkan Tarikh Hari Raya Aidilfitri...



Dan kalau aku masa kecik-kecik dulu, mesti tak berapa suka sangat pengumuman tarikh mula puasa neh berbanding Tarikh Hari Raya... ye lah... kalau diisytiharkan esok mula puasa, kompem la esok tuh dah tak leh nak makan-makan, korek hidung, pergi main-main kat padang waktu siang... kena dok jek kat rumah.. kang keluar pergi main, letih.. dah terletih, pastuh kena la curik-curik minum air kat dapur... konon-konon kuat lagi la despite dah melompat sana-sini masa tengah panas terik...



Kalau dulu-dulu, masa sahur la yang paling aku malas sekali... masa tuh, mindset cakap, kenapa la aku bangun sahur, kang tengah hari lapar balik... baik tido jek... beh pun beh... tapi tu lah, langit tak selalunye cerah... masa aku dok mimpi-mimpi langit cerah, tiba-tiba mak datang siramkan hujan... ekekekeke... so, terpaksa la bangun jugak... siap ngan selimut tuh duduk depan makanan...
mak tanye, "nak lauk apa?"
aku jawab la, "takmau la... kenyang... nak minum air mio ja..." -merajuk la konon sebab terpaksa bangun-
mak baik jek.. tak marah pun... last-last lepas minum air milo, mak suruh pergi sambung tidur balik... alahaii... baiknya lah mak...

p/s: mak, i love u... malu nak cakap depan2... =)



Kalau dulu kecik, selalu jek rajin tolong mak pecahkan ais batu nak masukkan dalam air kelapa... Yelah, masa isi balik air tuh dalam bekas ais, leh hirup-hirup sket... bagi hilang haus la katakan... pastuh tolong abang siapkan air kelapa... kenapa aku baik sangat masa tuh? sebab masa abang suruh pergi buang kulit kelapa tuh, leh makan-makan isi kelapa yang tertinggal... hahahaha... erkk.. masa tuh, belum matang lagi kot... ingat-ingat balik, cam bodoh jek... yelah, dah nak dekat waktu berbuka pun, tapi masih lagi boleh curi-curi ponteng... =)







Tapi aku tak la camtuh selalu... aku ingat lagi, masa darjah 1 @ 2, pestaim aku puasa penuh... aah... penuh beb... masa tuh cikgu Saodah jadi cikgu kelas, dia tanya saper yang puasa penuh? hanya 2, 3 kerat jek yang angkat tangan... dan salah seorangnya adalah aku... hahaha... bangganya lah waktu tuh... bukan senang budak darjah satu nak puasa penuh wehh.... erkk... riakkah disitu?


Masa terawih, cakap kat mak, nak pergi surau sembahyang tarawih, tapi, bayang-bayang pun tak sampai kat pagar surau tuh... yelah, merayau main mercun... dan bila main mercun berhampiran kawasan surau, pasti ada suara-suara yang kedengaran di speaker surau... selalunya suara atuk aku la... Hj Hassan bin Abdullah... nasihat budak-budak suruh pergi main jauh-jauh sikit... kacau orang nak sembahyang terawih katanya... erkk, tokwan, semoga tokwan cepat sembuh... nanti bila dah hari raya, kita boleh beraya sesama... =)



Masuk sekolah menengah, form 4... pertama kalinya aku berbuka puasa sendiri tanpa mak ayah di hostel... haiihhh... saat yang paling sukar aku penah hadapi masa tuh... nak balik, tapi warden tak bagi... tapi takper... sebab mak datang hantar makanan... masa datang tuh memang beh, tapi masa dorang nak balik tuh, hatiku bagai dihiris sembilu... cewwahhh... ekekekeke... tapi aku kuatkan semangat jugak la... yelah, kalau semangat tak kuat pun bukan leh balik...tapi aku dok hostel tak lama, setahun jek... pastuh aku keluar... kena homesick... ngeh3...



Perjalanan dari rumah ke sekolah lebih kurang 20 kilometer... memang letih...tambahan pulak bulan puasa... Balik rumah jek, kompem-kompem letih... tapi nak buatmacam mana... aku yang pilih nak duduk luar... kena la tanggung... dan selalunya, bila aku balik rumah lepas sekolah masa bulan puasa tuh, mak mesti tengah bakar kuih... sebab tempahan membukit... kalau hari-hari biasa, selalunya aku yang tolong bakar... tolong sket-sket jek pun... tapi, kalau bulan puasa, mak sikit pun tak kacau kalau aku tertidur kat tempat mak bakar kuih tu... dia yang bakar sorang-sorang... haihh... mak, mak... besar sungguh pengorbananmu...





Lalu aku pun menjejakkan kaki ke UMP... Alhamdulillah... berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading... kat sini, kawan-kawan la pengubat rindu kat keluarga... lebih-lebih lagi mak ayah... aku tau, mak ngan ayah pun mesti sunyi jek... sebab dorang bukak puasa pun 2 orang... dah jadi cam zaman muda-muda balik... takpe mak, mie dh tempah tiket untuk balik kampung raya neh... kang kite bukak pose sesame, sahur sesame, g karok sesamer... erkk2, abaikan situ...



Hari neh, aku dok kat depan laptop, sekali kala melihat di luar tingkap... mengharapkan ramadhan akan tiba dengan sempurna... dan tiada halangan untuk aku beribadat dan beramal jariah... dan harapnya, amalan-amalan aku di bulan yang mulia ini lebih berat di sebelah kanan berbanding sebelah kiri... InsyaALLAH...




dan kalau entry kali neh berbunyi seperti kebudak-budakan sket... sori lah... aku tengah homesick... ehehehehe... lain la kalau ada rumah-rumah mentua yang dekat-dekat kat sini... leh la tumpang-tumpang... ekekeke...

dan untuk korang, aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia neh...

k lah... salam... =)

2010-06-29

Bahasa Bapak Aku Muda-Muda Dulu Laa

Aku tulis entry ni pada waktu pagi-pagi buta dalam pukul 9 lebih (bagi aku buta lagi pagi tuh taim-taim macam ni). Dengan secawan kopi radix yang dicilok dari umah abang ipar aku, berpakaian baju plkn, seluar jeans, dan beralaskan sofa yang lembut lagi memengantukkan, aku menaip entry ini dengan hati yang sejuk... (sebab hujan kat luar).


Mata masih berair tatkala otak menghantar isyarat bahawa semalam aku tidak tidur dek bola, aku gagahkan juga diri yang sedia gagah ini untuk menghadap laptop cq40 yang berdebu.


Berjuta-juta mata manusia tertumpu di bumi Afrika sekarang ni, termasuk la mata aku. Namun, aku masih tidak melupakan tragedi kapal Mavi Marmala yang membawa seramai 540 orang penumpang diserang komando Israel sehingga mengakibatkan 9 orang sukarelawan terbunuh. Dan aku yakin korang pun sama macam aku. Cuma korang tak tunjuk atau bagitau kat orang lain macam aku yang kononnya prihatin. Aku yakin korang tiap-tiap hari berdoa agar saudara Islam kita di Palestin, Iraq, dan di semua bumi Islam yang sedang bergolak beroleh keamanan. Harapnya, korang masih marah terhadap tindakan kejam rejim yahudi tersebut. Dan aku harap kemarahan korang tu masih lagi membuak-buak dan takkan padam sampai bila-bila. Dan harapnya, kemarahan tu lebih besar daripada marahnya korang apabila pasukan pilihan tersingkir dari kejohanan piala dunia.


Oh ya, semalam satu-satunya wakil asia yang tinggal (Jepun) tersingkir di pusingan 16 Piala Dunia gara-gara pemainnya menyahut cabaran rakan sepasukan supaya menjadikan palang gol sebagai sasaran. Alhamdulillah, beliau berjaya. Terlupa pulak nama beliau dek terlalu salutekan kejayaannya. Japgi tengok balik highlight kat astro 805. heh.


Ok, pagi tadi aku dengar siaran radio Langkawi.fm. Walaupun mata masih sepet, kepala tengah mamai kerana aktiviti yang langsung tidak menyihatkan badan semalam, aku dapat mengenali suara DJ Sham yang berkeroncong(?) kat corong radio. erkk erkk, maksud aku, speaker radio. Siapa kat langkawi ni yang tidak kenal DJ Sham? Individu yang membuatkan mak aku cepat-cepat bukak radio pada pagi isnin (Sembang Utara) dengan pagi Jumaat (Soal Jawab Agama). Bukak kuat-kuat pulak tuh sampai suara DJ Sham masuk lam mimpi aku. Sampai masuk lam mimpi tuh. Arituh mimpi orang bacakan doa kat sebelah aku yang tengah tidur. Punya la takut, bukak-bukak mata jek, rupanya radio. Korang bayangkan la. Cuma aku xtahu kenapa pagi ni beliau bekerja. Ntahlah... no es mi negocio... (translate kat google)


Pagi ni, dorang (DJ Sham dengan siapa ntah sorang lagi yang tak berapa nak best), dorang bersembang pasal bahasa(loghat) lama Kedah. Memang lama betul, aku pun smpai dh nak lupa dah. bukan apa, sebab orang-orang zaman sekarang dah xpakai dah bahasa-bahasa camtuh. Nway, DJ, mekasih daun keladi sebab kembalikan nostalgia zaman dolu-dolu eden. Ahaha...


Beralaskan alasan teknologi sudah maju, aku memilih nset berbanding pen dan kertas lantas menaip perkataan-perkataan yang dorang sebutkan. Sebab aku nak share dengan korang-korang kat sini. Mungkin ada di antara perkataan-perkataan ini membawa maksud kurang menyenangkan dalam loghat-loghat kenegerian korang. Tapi aku peduli apa kan? Lantak korang la. eheks...


ok, jum kita survey satu persatu. Mana tau kan kot-kot korang pernah dengar atau cakapkan.



1.Tembun.
-biasanya digunakan untuk menyatakan @ memuji @ bagi sesetengah makcik-makcik kat tempat aku, mengata kat seseorang yang terlalu gemuk.

Contoh: hang ni, pelan lama pelan tembun noh.
Translate: engkau neh, semakin lama semakin gemuk eh?


2. Manis 'melecaih'.
-bagi menyatakan tahap kemanisan yang terlalu sangat manis disertakan dengan mimik muka.

Contoh: Amboih buah pelam neh, manis melecaih aihh...
Translate: Amboi buah mempelam ni, manisnyaa..



3. Penakut 'hangit'.
-menyindir seseorang yang mempunyai tahap ketakutan yang tinggi.

Contoh: Penakut hangit betui hang ni, nak pi jamban pun kena teman.
Translate: Penakut betul engkau ni, nak pergi ke tandas pun nak berteman.



4. Hijau 'Berjahang' @ Hijau 'Merenga'
-pernyataan terhadap warna hijau yang terlalu terang.

Contoh: Amboi baju hang hari ni, hijau berjahang.
Translate: Terangnya warna baju engkau hari ni (erk erk, lebih kurang kot)



5. Panas 'berdesing' @ 'lit lit'
-Pernyataan terhadap sesuatu yang terlampau panas.

Contoh: Cerah langit hari ni, sampai panas berdesing.
Translate: Terangnya langit hari ni, sampai panas terik.



6. 'Baloq Liat'
-Pernyataan terhadap seseorang yang pemalas.

Contoh: Hang jangan jadi baloq liat noh kat rumah ni.
Translate: Engkau jangan nak jadi pemalas kat rumah ni.



7. Bodoh 'piang'
-Menyindir sesorang yang terlalu err err, kurang pandai.

Contoh: Hang ni, bodoh piang betui.
Translate: engkau ni, bodohnyaa lah. (aku ske ayat neh)



8. 'Hapak Paraie'
-Membantah bau yang tidak menyenangkan.

Contoh: Tadi aku dok tepi dia, hang nak tau, bau hapa paraie betui, tak mandi ka apa...
Translate: Tadi aku duduk sebelah dia, engkau tau, busuknya lah bau badan dia, entah-entah tak mandi...





9. Hitam 'merelit'
-Menyatakan terhadap sesuatu yang gelap keadaannya.

Contoh: Mat Keri tuh, hitam merelit dah sejak-sejak kerja kilang arang tuh.
Translate: Mat Keri tuh, dah semakin gelap sejak bekerja di kilang arang tuh.



10. Pahit 'Berdengung'
-bagi menyatakan tahap kepahitan yang terlalu sangat pahit disertakan dengan mimik muka.

Contoh: Pucuk mengkudu tu, ya ALLAH, pahit berdengung.
Translate: Pucuk mengkudu tu, pahitnyaa lah.


selain itu;

gostan = mengundur
kecik gedemik = terlalu kecil
sentap kedengkoi = terkejut (kot)
kurus koroi = terlalu kurus
halus lait = terlalu halus
geli geleman = geli yang amat sangat
panjang merewang = terlalu panjang
sempei = sempit
rompon = rapat
merewah = buang air
carak = silau
pengek = pengait
kue kue = (xingat)
meraban = compang-camping


cukup la banyak tuh sahaja. Tetiba lak mood berblogging kurang. hujan pun dah berhenti. So, sebelum aku pergi sambung buat kerja... jangan lupa klik2 nuffnang aku. Nak sedekah kat shopping kompleks. Nanti boleh dapat resit. Ngahahaha...

K lah, assalamualaikum...

2010-06-17

Titanic 2 Trailer : Jack Dawson Is Alive

video ni aku dapat dari youtube mse tengah cari modal untuk post baru... Film sekuel Titanic ni mengisahkan Jack Dawson yang sebenarnya masih hidup dan berusaha mencari kembali kekasihnya Rose... Bagaimana Jack boleh hidup kembali? Korg tontonlah trailer neh... baru la puas hati... =)











Xleh buffer ke? tenet slow? hahaha... hmmm... biar la aku cite... senonye trailer neh bukanlah yang asli... video neh sengaja direka oleh pihak tertentu untuk tujuan yang tidak diketahui... tapi, kalaulah betul Titanic 2 kembali, mungkinkah ia akan kembali menjadi box office di seluruh dunia mengalahkan filem Titanic yang pertama? ntahh...

2010-06-07

Ingat Lagi Kat Petra Nabila??

Korang ingat lagi x? SUKMA 2002... Tiba-tiba bumi Malaysia kita ni dikejutkan oleh kelibat seorang remaja yang memecahkan rekod 100m wanita... Petra Nabila...


DAHULU

apa-apa sahaja yang berkaitan

Dikatakan fizikal dan keupayaannya seakan budak lelaki. Masa tu budak ni masih bersekolah di TKC (Tunku Kurshiah College). Selepas menang sukma, budak ni terus senyap, khabarnya mengejar cita-cita menjadi pakar forensik.

Tahukah anda apa sudah jadi dengan bentuk fizikalnya sekarang??


SEKARANG






Tak tau la betul ke tak gambar-gambar ni... mungkin jugak orang lain yang memiliki iras-iras seperti beliau... Jadi siapa-siapa yang tau pasal Petra Nabila sila la kongsi kat sini... Ye la aku rasa dia ni kalau terus bersukan mampu pegi jauh dan boleh gantikan ratu pecut negara, Mumtaz Jaafar...

2010-05-05

Surat Dari Langkawi



Akhirnyaaa....



Aku suda pulang... =)

2010-03-18

Tambah Sorang Lagi Blogger

salam...

arineh...
aku sangat-sangat bersyukur kerana...
Malaysia telah melahirkan seorang lagi blogger tempatan...
Beliau bukanlah orang asing dalam dunia tanpa sempadan ni...
beliau telah lama bergiat aktif dalam bidang-bidang camneh...
So...
Tanpa membuang masa...
Aku mempromosikan....

blog:
http://wakakakukena.blogspot.com/

yang dicipta oleh...
Saudara Mohammad Shahrul Nirwan Shah...

tepuk2...


ijok, aku dh promote blog ngko... siler2 la klik nuffnang aku weh... ngahahahaha...

salam...

2010-03-15

Ais Kiub Rubik

salam...

korang penah dengar pasal kiub rubik...? mesti penah punyalah... paling tak pun penah nmpk... alah... yang mainan 4 segi tuh... yg kaler2 tuh... xingat lagi? sila rujuk pic kat bawah nehh...




haaa... ni la yang dinamakan kiub rubik...


kiub rubik neh pestaim sekali dicipta oleh Erno Rubik pada 1974... idea asal mamat neh sebenarnya nak memperincikan mengenai pandangan 3 dimensi, tup2, terjadi pulak permainan yang paling diminati di dunia ni...


Erno Rubik





Model rubik pertama ciptaan Erno Rubik pada 1947

sekarang ni, kiub rubik dh melalui pelbagai inovasi... bermula daripada kiub rubik 3x3x3, skang dah dikomersialkan menjadi 2x2x2, 4x4x4, sampailah berbelas2xberbelas2xberbelas2...

selain tu, rubik jugak dah berinovasi bukan saja dari segi saiz, tapi jugak bentuk... bukan lagi hanya terdapat dalam bentuk 4 segi, korang jugak leh main rubik yang berbentuk segitiga ngan bulat...

antara ciptaan kiub rubik yang canggih atau lain daripada yang biasa adalah Rubik Snake, Rubik touch, Rubik Slide, Rubik Magic ngan Rubik 360. Untuk yang terbaru, Rubik Touch cube telah dikeluarkan...


Rubik Slide




Latest; Rubik Touch Cube


"Cubing" adalah panggilan bagi permainan kiub rubik neh...

"Cubaholic" lak adalah panggilan bagi orang yang ketagih bercubing...

ada sesetengah orang cakap, main kiub rubik ni mainan budak2... yelah, sebab colourful sangat... aku pun ingat camtuh jugak dulu... tapi sejak pestaim bob bawak balik mainan tuh... aku jadi ketagih semacam... bukan ketagih dadah, tapi ketagih bercubing... ngahahaha...

so, jum kita tgk bakat seorang anak muda malaysia bernama daniel asyraff bercubing....





setakat ni saje kot post aku... sje post entry neh... lme sgt xpost blog... hehehe... k lah... salammm... =)

2010-03-02

addicted kepada anak kucen

salam... sebelum korang pikir-pikir mende negatip pasal tajuk entry aku neh, aku declare kan dulu... bahawa tajuk di atas tiada kena mengena dengan ketagihan seksualiti ke atas haiwan!

erkkk... mia dh makin besar skang... ijok ternak dengan baik sekali... tadi dia baru pas kena mandi... terketar-ketar maunye... tapi best la... sebab mia dah wangi... hehe...

tapi korang tayah susah bukak pon tape... entry neh pendek jek kali neh... sje nk mengepost agar blog aku neh updated weekly la kunun... ngahaha... erkk... peeka, asal nuffnang aku neh cam xfunction jek...


Jijah, mia, jebat ngan belang sedang ketiduran... =)

-tamat-

2010-02-26

Kenalkan... Mia, Jebat, Dan errr... Kepala...

salam...

semalam... aku dan 3 orang sahabat(bo, ijok, bigbro) pergi ke Kuantan beralasankan sesuatu yang menggembirakan hati... biarpun keadaan fizikalku kurang sihat kerana dipengaruhi suhu badan yang meningkat naik, namun aku gagahi jua untuk meneruskan nawaitu suci kami ini...

kami bertolak pukul 2 petang... dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Taman Tas untuk membeli 'sesuatu' untuk 'sesuatu'... 4 helai not RM10 ringgit diserahkan kepada tokey kedai tersebut... dia tersenyum... kami lagi tersenyum... Alhamdulillah... selesai satu bab... perjalanan diteruskan...

perhentian kedua, kami memilih untuk singgah di Terminal Bas Makmur... kerana mahu membelikan tiket bas untuk Melake(bukan nama sebenar) yang telah tertinggal bas semasa mahu pulang ke Melaka... selesai hal kedua... perjalanan diresumekan...

sampailah di destinasi kemuncak... rumah bigbro... bigbro melangkah masuk ke dalam rumah... lalu ayahnya muncul di muka pintu... salam bersalam berlaku... selepas sedikit bual berbual, lalu ayah bigbro pun berkata... "pilihlah yang mana berkenan"... kami pun memulakan langkah...

ada 3 pilihan... namun, aku sudahpun mempunyai pilihan yang tetap... kerana sejak dari berberapa minggu yang lepas, aku sudahpun mengecop yang satu tu... brownish+orange... kamu pilihanku...

ijok dan bigbro yang mengikuti, membisikkan sesuatu kepada aku... menurut mereka, kasihan kalau diambil satu, nanti tiada teman pula... tapi, kalau dipilih dua, kasihan satu yang ditinggalkannya... berbekalkan alasan murah tersebut, maka kami nekad untuk mengambil ketiga-tiganya...

perjalanan pulang terasa begitu berseri-seri... kadangkala lucu rasanya melihat sesuatu yang aku telah idam-idamkan dahulu kini akhirnya menjadi nyata... dan ada di depan mata...

ketika di suatu persimpangan lampu isyarat, kami sepakat mengangkat ketiga-tiganya ke luar tingkap kereta untuk ditunjukkan kepada orang ramai... seorang makcik yang sedikit teruja, bertanya itu ini tentang 3 benda tersebut... dia meminta untuk mengambil brownish+orangeku... namun, aku tolak mentah-mentah permintaannya... sampai satu simpang lain, kami keluarkan lagi 3 benda tersebut di luar tingkap... bodoh rasanya... =)

sampai di rumah, ketiga-tiganya dimasukkan ke dalam rumah... lalu aku mengeluarkan 'sesuatu' tersebut dari kereta... pemasangan dilakukan... 'sesuatu' itu aku letakkan di sebelah pintu bilik... telahku lokasi tersebut akan memudahkan kerja... budak-budak rumah semuanya teruja tatkala melihat 3 benda tersebut... dan tatkala mereka mula bertanya, lalu aku pun berkata...


Kenalkan, Mia, Jebat, Dan... eerrr... Kepala...




Nama: Jebat
Pemilik: Iyoi
Catatan: Seekor yang Nerd... pendiam... Kadangkala
dipanggil pelupa... sebab? ntah... hehe...





Nama: Kepala
Pemilik: Ijok
Catatan: Paling agresif dan aktif antara ketiga-tiga
kucing tersebut... And paling comel antara semua...





Nama: Mia
Pemilik: Aku
Catatan: tak terlalu nerd n tak terlalu aktif... n something
special about her is that she got blue eyes!





ketika dipaksa ambil gambar oleh kerinting... =)

p/s: jijah still apart of our family... and she got mixed well with these newcomer... although there some difficulties at the first...

cairr bohh aku speaking... ekekeke...

k lah... salam... =)