Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2010-10-04

Sketching My Campus Life Part. 1

Semester 1 tahun 2008 (Where the tales begin...)


Hari ini dalam sejarah, merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke UMP. UMP? Ape tu? Swasta ke kerajaan? Dah lama ke? Bagus ke situ? Tak pernah dengar pun... Camtu la selalunya soalan yang member-member aku tanya bila aku cakap pasal UMP. Sampai berbuih-buih aku jawab soalan dorang neh. Dan aku tak marah pun dorang tanya soalan camtuh. Sebab aku sendiri pun tak pernah kenal UMP sebelum ni. Dalam borang UPU pun, aku xpernah ambik bab pasal UMP ni sebab nafsu aku lebih berselera terhadap universiti-universiti lain yang lebih terkenal. Yang selalu orang sebut-sebut. Dan aku langsung tak tahu di situlah bakal terciptanya suatu kisah yang paling aku susah nak lupakan dalam sejarah hidup aku...

Aku ingat lagi, hari pertama pendaftaran, suasana kat UMP meriah giler. Semua orang sibuk bekejar ke sana-sini dengan urusan masing-masing. Aku cuma ikut jek arahan sorang kakak tuh bila aku bagitau sebab aku datang kesini. Selesai daftar, aku mengekor sorang abang neh. Tak tahula dia ni staff ke fasi untuk tunjuk-tunjuk bilik hostel aku. Dan kesian kat abang aku(bukan abang fasi tuh), sebab dia pikul beg besar aku tuh sampai ke tingkat 3. Sampai berpeluh-peluh. Kesian. Haha. Patutnya UMP sediakan tukang pikul beg. Senang sket. Tapi xpelah, sape suruh badan abang aku besar dan jadi abang. Ngahahaha.

Kat bilik, 1st roomate yang aku jumpa, Ijok. Haha. Ijok, haihh... aku dah macam terlupa dah yang ko la roomate pertama yang aku jumpa. Ijok pun same gak, abang dia anto. Dan abang dia muka sebijik cam dia. Siyes beb. Hahaha... (gelak?)

Sepanjang orientation week, xbeh pun. So, aku malas nak cite. Minggu kedua tuh, baru la aku dapat masuk dalam kelas. Tu pun tak kenal saper-saper lagi. Cuma ijok, godak(sebab aku pernah bersembang dengan dia masa orientation week), dan saper ntah lagi. Aku tak kenal sangat. Kelas pertama, English For Communication. Pn. Azlinda yang ajar. Salah sorang lecturer yang paling sporting. Entah lah, sebab macam semua lecturer-lecturer bahasa kat UMP neh memang sempoi kot. Nanti la aku citer pasal tuh. First kelas, biasalah, ice breaking. Dan pada masa tu, Cuma hade separuh jek dari budak-budak kelas aku yang sekarang ni. Sebab ni baru 1st intake. Dan memang tak ramai. Sebab dorang tak kenal kot UMP neh. Katak bawah tempurung macam aku neh la.

Dalam kelas hari tuh, memang aku naik kepala sket la. Kelas english beb. Memang peberet neh. Terus aku maen spiking-spiking landen. Bebudak tuh dah anti dah dengan aku. Haha. Teros dorang cop aku budak skema. Shit! Weh2, baik korang cakap jek dulu aku camtuh, mungkin aku akan insaf sket maser tuh. Neh tak, diam jek. Haha... Dan akibatnya bebudak neh seme pakat-pakat undi aku jadi wakil kelas. Dan aku yang memang tak suka jadi ketua kelas, terus aku point bo untuk jadi wakil. Dan baru-baru ni aku dapat tahu, Bo memang bengang giler masa aku cadangkan nama dia tuh. Haha... Blah la Bo... dongdongdong... Hahahahaha...

Pastuh, budak-budak 2nd intake pun masuk. Dan kami memang tak ambik maser yang lama untuk ngam satu kepala. Memang cepat masuk. Ntah la. Sebab perangai kami lebih kurang sama jek kot. Dan aku masa tuh masih lagi poyo skema. Haihh... kalo la aku boleh reversekan balik masa ke sem 1, memang aku kutuk-kutuk aku yang masa tuh. Poyo la sangat. Haha.



Babyface jek memasing... Haha...



Aksi bigbro semasa menunggu lecturer datang ke kelas... Erkk... Sem 1 dulu memang kitaorang selalu g kelas awal...



Aku tak ingat neh kat mne... tapi, mudenya lah aku... hahaha...


Snapshot kat pancing... budak2 neh pegi... dan aku tak ingat cemane aku leh termiss trip neh... shit...


Tunggu lecturer lagik?? rajinnye lah korang... Setengah jam lagi awal dari lecturer oo... Haha...


sape lagi pendek? kanan ka kiri? ngah3...


Aku masih ingat lagi masa kelas Pn. Azlinda, yang mana kami kena formkan satu group dalam 4-5 orang untuk mempersembahkan sesuatu untuk The King. Dan insan yang bertuah menjadi raja pada masa tu tak lain dan tak bukan adalah Rosin... hahahaha... Syaratnya, persembahan tu mestilah dapat memikat hati raja. Kalau raja tidak suka, mereka-mereka ini akan dihumbankan dalam penjara. Kebanyakan group-group kami mempersembahkan beraneka macam benda. Ada yang berlakon, ada yang berpuisi, ada yang menghadiahkan kerusi beroda untuk raja dan macam-macam lagi la. Tapi yang paling aku susah nak lupakan, persembahan kumpulan bigbro yang menari. Hahahaha... menari? (angguk2).. Hahahahahaha... Ok2, dengan berbackgroundmusickan lagu Warisan Wanita Terakhir, bigbro ngan ahli kumpulan dia pun terus menari-nari seolah-olah ngahahahahaha... aku dah takleh nak taip, korang tengok la video kat bawah neh. Hahahaha...



(p/s: audio kurang clear, siler pahamkan sendiri.)



Aku baru tahu kat universiti hade subjek tamadun islam dan tamadun asia tenggara(titas) yang mana ada satu masa tu kami terpaksa pergi ke sekolah-sekolah di sekitar negeri pahang untuk membuat program motivasi. Dan aku yang langsung tak pernah bermotivasi neh, tetiba kena pergi memotivasikan budak-budak. Pergi jelah. Dok kampus lelame, asek belajar belajar belajar, mau pecah kepala otak. Aku dah tak ingat nama sekolah tu hape. Sebab kebanyakan gambar kat situ, aku dah padamkan... Tambah pulak dengan laptop asek kena format jek. Haihhh... Rugi2... Tapi, kat situ hade satu insiden yang memang aku takleh nak lupakan. Sape la yang boleh lupakan, bila Godak dengan eksitednya menari tarian Chicken Dance yang berstep songsang. Main hentam jek. Haihhh... Godak2, dan terpaksa la adik-adik kat situ pulak yang tunjukkan balik kat die. Haha... Dan aku terjumpa sorang budak kat situ yang baru pindah dari negeri Kedah... Bangga2... =)


Majlis berbuka puasa, memang meriah. Itu free, ini free, dan yang paling best, event tuh dilangsungkan didalam dewan besar UMP. Tak macam yang baru-baru ni, dorang buat kat luar. Memang panas giler la. Serius xbeh. Btol, tak beh langsung. Sebab aku tak dapat pegi. Ciss... Tapi kan, kalau diingatkan balik, masa tu memang yang paling baik la. Aras 3 blok C10, kami seolah-olah macam dah kenal satu aras. Tolak bilik JPK(PeKa) jek. Ngeh3. Dan masa nak pergi tu, berbaju melayu berjalan dari KK1 ke dewan, budak-budak neh menjerit-jerit konon-konon macam tengah berarak mende la. Haha... Sekbek tak kena tangkap. Dan memang bodoh, sebab aku dah terdelete banyak gambar-gambar masa tuh... Haihhh...



Another 'babyface' snapshot... Miahahaha...


Perjalanan ke majlis berbuka puasa yang digembar-gemburkan seolah-olah sedang berarak...


Tapi yang paling manis, bila kami berkonvoi ke Air Terjun Berkelah. Bukan satu kelas la. Tapi dalam 1 kereta, 1 van, 1 motor... Cukup la. Watpe bebanyak. Sebelum pergi, kami singgah di rumah Mira untuk wat hape tah. Aku tak ingat lak. Dan itulah pertama kalinya kami singgah kat rumah Mira sebab lepas-lepas tu memang kerap jugak la kami pergi situ. Dan aku pun suka gak pergi rumah Mira sebab ayah dia asalnya orang Kedah. Tapi berpindah ke Pahang untuk menjadi peneroka. Dan bila aku ceritakan pasal tuh kat mak ngan ayah, dorang pun cakap yang dulu dorang pun hampir-hampir berpindah ke sana gak untuk jadi peneroka, tapi tak jadi. Kalo tak, mesti aku dah berjiran ngan Mira dah mase neh. Haha... Dan untuk sesaper yang berhajat nak berkenalan dengan Mira pasneh, sila berhubung secara terus dengan Bigbro. Mekaseh... muehehehehe...

Kat Berkelah, ada 3 insiden yang mana kalau benda tu dengan seriusnya terjadi, maybe suasana dalam kelas kami dah berubah dari sekarang. Serius neh. Jom kita ikuti kisah-kisah tersebut yang mana aku kenkadang nak tergelak kalau dipikirkan balik. Hahahaha... Tapi, untuk korang, ayuh kita ubah suasana insiden tuh jadi kritikal sket. Challoo...

· Insiden 1 :

Kami baru sampai. Dan ketika itu hujan tengah turun. Pengunjung-pengunjung lain semuanya dah balik sebab air terjun disitu memang laju kalau lepas hujan turun. Lepas semua dah pakai short jek, masing-masing pun pergi kat tempat yang air terjun dia tuh tinggi sket. Dan ketika itulah Bigbro mula beraksi. Dia dengan selambanya pergi terjun kat suatu kawasan yang agak dalam. Dan ape yang bestnya, walaupun dia dah lama berenang, tapi kedudukan dia langsung tak berubah dari tempat dia terjun tadi. Hahahahaha... Dan aku tak berapa ingat cemana dia berjaya naik ke atas balik... Tapi apa yang pasti, peristiwa tuh menjadi point penting yang kami masih gunakan turun-temurun sampaila ke sem 5 neh... Hahahaha...

· Insiden 2:

Dah puas memaku Bigbro, Bo pun turut mengambil tempat untuk berenang, dan bebudak neh dah bagi warning yang tempat yang Bo nak terjun neh dalam sket. Tapi Bo cakap dia cuma nak ukur kedalaman jek. Lalu dia pun berjalan la ke tempat tuh dalam keadaan tersengih-sengih kerang busuk. Budak-budak ni pun biar la dia dan bersembang-sembang balik. Dan bila dorang berpaling tengok Bo, dalam sekelip mata, Bo dah takde. Hilang. Dalam sekelip mata yang tak tahan tuh. Cam biskut jep. Kejap hade, kejap takde. Tengok-tengok dia dah terkapai-kapai kelemasan. Hahahaha... Nasib baiklah budak-budak sempat tengok Bo terkapai-kapai lagi. Kalo tak, mesti jalan cerita blog neh berbeza sket. Anyway, Bo, gudluck my brother in law... ehehehe...

· Insiden 3:

Gordak sedang berehat-rehat di tepian batu sambil bingung memikirkan tentang makan malamnya. Dikala itulah dia terlihat-lihat seekor itik yang tidak pandai berenang sedang kelemasan menuju kearahnya. Dan dengan sekali sentapan, beliau berjaya menyelamatkan itik tersebut. Lalu mereka berpelukan dan menangis kegembiraan. Akhirnya mereka bersahabat baik sehinggalah ke hari ini. The End. Ok, ending dia aku tambah. Dan kalau korang nak tau, itulah insiden ijok yang hampir-hampir lemas tapi berjaya diselamatkan oleh Gordak. Haha... Ok2, ijok baru jek lepas berenang dan berjaya berpaut pada suatu tunggul kat tengah-tengah kawasan air terjun tuh. Pastuh dia pun berenang balik pergi ke tepi-tepi batu sebab nak naik balik ke atas. Tapi, elok jek dia sampai kat batu-batu tuh, tangan dia licin. So, terkapai-kapai la dia kat situ. Sekbek la gordak tengah mencari makanan taim tuh lalu ternampak ijok. Maka, terselamatlah ijok. Haha.. Dan kalaulah gordak takde kat situ pada masa dan waktu tuh...

Kat situlah jugak terciptanya tarian I like to movin2 versi budak-budak neh. Haha... Video tuh kelakar, tapi aku takleh nak sharekan kat sini sebab terlampau seksi. Ternampak muscle-muscle kat badan kami neh masa tuh. Takut ada yang terpikat pulak nanti. Cehh... Ekekekeke...

Dan kalau korang nak tahu, sem 1 ni la saat dimana aku telah menerima gelaran yang mana terus menjadi popular sampailah ke hari neh. Terima kaseh ijok sebab ko... arrgghhhhh!!! Itik btol la... haihhh... kalo la ko tak ciptakan gelaran tuh... tapi, terima kasihlah sebab ko menghadiahkan gelaran neh kat aku... cam shit... haha...






Seram giler... haihhh...



Poyo la weh... Yusuff Tayyumm...



Baju tuck-in, kemeja, pakai kad matriks... Stendet la junior... ngahahaha...



Bergambo ngan prof mende tah nme dia kat majlis jamuan aidilfitri...


Dan kepada korang-korang, sila tunggukan part 2 nanti yang berkisarkan tentang kegilaan yang lebih teruk dari sem 1. Bagaimana Bigbro disimbah air teh basi, birthday bash yang gila-gila, kegilaan mengejutkan satu aras untuk bangun solat subuh, dan seribu satu lagi peristiwa manis dan masam.. Dan kalau korang rse entry neh boring, siler klik2 nuffnang aku... dari situ, aku akan tau korang boring dengan entry2 neh... Dan aku akan berhenti publish mende-mende camni dah pasneh... ngeh3...

Dan untuk pengakhiran part 1 neh, aku selitkan satu video yang diambil sewaktu kelas terakhir Pn. Azlinda. Layan weh.. beh neh... takkan ade lagi memori camneh... =)









Step up,
Leave those memories behind ,
Cause we know they will never fade away...
=)

2010-09-09

Happy Eid People!!

Hari ni, hari terakhir Ramadhan... Kalau diikutkan kalendar Hijrah, hari ni bertarikh 30 Ramadhan 1431... Memang ngam-ngam 30 hari kita berpuasa tahun ni... Tapi bagi yang uzur, yang pura-pura uzur, yang sebulan uzurnya, yang asal puasa jek, uzur, asal puasa jek, uzur, korang memang takleh nak mengaku la korang berpuasa penuh sebulan Ramadhan tahun ni... Tapi takpelah, masing-masing punya alasan sendiri kan... Jadi, kita tinggalkan hal tu kat tepi dulu...

Dah sebulan berpuasa ni, ada yang dapat merasa sebulan berpuasa disamping keluarga... Ada juga yang hanya berpeluang berpuasa kurang dari seminggu... Ada jugak yang dapat berpuasa sehari jek dengan keluarga dorang... Tu pun sebab esok baru raya... Kalau hari ni dah sambut raya, kompem-kompem la takleh langsung nak berpuasa dengan keluarga... Ada yang dah balik kampung... Alhamdulillah, moga-moga korang sambut hari raya ni dengan gembira dengan keluarga korang... Janganlah ada yang sambut ‘Raya Berdarah’ tahun ni...

Di kesempatan ini jugak, aku nak ucapkan takziah untuk keluarga bapa saudara aku yang kehilangan anak perempuan mereka (sepupu aku) 2 hari lepas sebab penyakit leukimia... Arwah sepupu aku ni dah berkahwin dan dah ada 2 orang anak... Dua-dua masih kecil lagi... Sekolah pon belum... Daripada apa yang aku dengar, masa orang nak kafankan mayat arwah, keluarga bapa saudara aku suruh 2 orang anak arwah kucup pipi ibu mereka buat kali terakhir... Masa anak-anak arwah nak cium tu la yang paling sebak sekali... Sampai ada yang lari keluar rumah... Kesian tengok anak-anak yang masih kecil tak paham apa yang sebenarnya sedang berlaku... Kalaulah mereka tahu yang tu la kali terakhir mereka boleh sentuh dan kucup ibu mereka...

Ok la..Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa untuk arwah... Moga-moga roh beliau ditempat bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa... Amin...

...(Al-Fatihah)...

Sebelum aku akhiri entry yang lemau dan aku rasa dah hilang mood neh, aku nak mengucapkan

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Kepada semua umat Islam di seluruh dunia... Tak kira la kita beraya dikampung, dibandar, ditempat kerja, di perantauan, di sempadan, di kala kelaparan, di kala kesedihan, di kala kesibukan, di kala kesesakan, di kala kesakitan, sambutlah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang mulia ini dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran... Moga-moga kita beroleh rahmat darinya... Amin... Dan jangan pula dilupakan kepada mereka yang sudah tiada...

Dan aku nak mintak maaf kepada semua insan yang pernah terasa hati atau tersentuh dengan apa yang pernah aku lakukan sebelum ini... Almaklum la, aku neh selalu lepas cakap... Heee...

P/s: Jempt-Jemput la datang kerumah esok... Bawak sekali duit raya... =)

2010-09-01

Bola Kita - Siapa Lim Teong Kim?

Sekarang bulan Ramadhan, Liga Malaysia dah tamat, Piala Malaysia belum lagi mula... Dan aku tak tahu kenapa aku boleh pulak taip entry pasal bolasepak Malaysia taim-taim cenggini... Waktu petang-petang pulak tuh... Padahal, waktu-waktu macam ni memang sedap tidur di billlikkk sayer...



Sedikit perkembangan senario di bumi tercinta kita sempena bulan kemerdekaan ini... Kebanyakan pasukan sedang bersiap sedia menghadapi musim Piala Malaysia yang akan bermula pada 17 September nanti... Dan aku tak tahu apa persiapan pasukan lain.. Kecuali pasukan Kedah Darulaman! hehe...



Berdasarkan desas desus dari media, facebook, Kedah tidak akan mengambil sebarang pemain pinjaman musim ini, dan hanya akan menyerap 4 pemain dari pasukan Piala Presiden... Bagus, banyak bakat baru akan naik pasneh... Dan pasukan kedah juga telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab dari dalam dan luar negara... Antara yang aku tahu ialah menang 0-2 menentang kelab Thailand... Pastuh menang 0-8 menentang kelab dari Thailand jugak... Alhamdulillah, harap rentak kemenangan dapat diteruskan sehingga ke Piala Malaysia nanti... InsyaALLAH...

Dan aku masih lagi tak leh lupakan kejayaan Pasukan U15 MSS Kedah yang berjaya menjadi antara 20 pasukan terbaik dunia dalam perlawanan Piala Manchester United... Walaupun kalah, pengalaman tu yang penting... Sebab mereka-mereka inilah yang akan mencorakkan bolasepak Malaysia suatu hari nanti... yelah, mereka lah... takkan aku pulak kot... Anyway, ni result pasukan Malaysia semasa kejohan tersebut berlangsung;



MSS KEDAH 1-2 MANCHESTER UNITED(ENG)
MSS KEDAH 0-O SUTHERLANDS UNITED(AUS)
MSS KEDAH 0-3 FC BARCELONA(SPAIN)
MSS KEDAH 0-2 ALTA LOMA ARSENAL(USA)
MSS KEDAH 9-8 ULSAN HYUNDAI MS(KOREA)
MSS KEDAH 5-4 BUCASPOR(TURKEY)



Ok, tutup cerita... Cukuplah mukadimah banyak tuh... Sekarang, back to topic....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Korang pernah dengar pasal Lim Teong Kim? Dulu pernah ada ura-ura FAM nak ambil dia jadi jurulatih Malaysia... tapi, lepas tu, diam jek... ok, aku taknak buang masa korang untuk menggoogglekan nama tersebut... so, sebab aku dah google dulu, biar la aku yang detailskan kat sini... Aku kan baik... suka tolong ringankan beban orang... eheks...

Apa definisi bagi Lim Teong Kim?

Lim Teong Kim pernah bermain untuk Kuala Lumpur FC di zaman semi-pro pada tahun 1985 hingga 1989. Beliau kemudian melanjutkan kerjaya bolasepaknya di Jerman dengan menyertai Hertha BSC Berlin dan FC Bayern Munich. Beliau juga adalah salah satu pemain beberapa Malaysia yang berhijrah ke Eropah dan berjaya mendapat tempat disana. Selain itu, beliau adalah sebahagian daripada pasukan gergasi KLFA yang memenangi banyak gelaran semasa zaman kegemilangan beliau bersama Fandi Ahmad (Singapura).





Ok, Lim Teong Kim menang banyak piala, main kat oversea dulu... Tapi, the point is, kenapa malaysia nak ambil dia pulak jadi jurulatih Malaysia? Bagus sangat ke dia neh? Berbakat ke jadi jurulatih? Sedangkan banyak pemain yang pernah try jadi jurulatih tapi gagal... dia pulak macam mana?



This is because, Lim Teong Kim is currently working as the assistant manager of Bayern Munich U19!


Yup, dan korang baca berapa kali pun ayat kat atas tu, memang saiz dan perkataan dia takkan berubah, kecuali la kalau aku yang edit... Dan cuba korang tengok gambar kat bawah ni pulak...







Sepertimana keadaan gambar tu, memang ada benarnya... Ini kerana Lim Teong Kim la individu yang bertanggungjawab melatih Thomas Muller dan Holger Badstuber... Sekarang kedua-duanya bermain untuk pasukan utama Bayern Munich... Amacam, hebat tak air tangan orang kita? Dan tak mustahil, sekiranya beliau terus melatih pasukan bawah19 Bayern untuk tempoh 4-5 tahun lagi, beliau boleh memegang jawatan jurulatih bagi salah satu kelab gergasi Eropah @ Dunia...



Tapi dia ni tak pernah terpikir ke nak balik Malaysia dan mencurahkan bakti kat tanah air tercinta kita neh? Takkan la tak kenang budi kot... oppss... Tarik balik kata-kata korang tu... Sebab baru-baru ni beliau ada kembali ke Malaysia untuk mengadakan klinik bolasepak untuk anak-anak muda kita neh... Dan aku ada copytranslatekan wawancara oleh wartawan NST, Ajitpal Singh dengan beliau... Jom kita tengok apa yang beliau perkatakan tentang bola sepak malaysia...

dan


Berikut adalah sedutan wawancara beliau yang aku copy translate, dan pastekan dari http://gary-mark.blogspot.com/:

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Q: Apa pendapat anda tentang idea Menteri Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk membentuk pasukan kebangsaan sepenuh waktu?

J: Perkara ini tidak praktikal jika anda berbicara tentang teknikal permainan. Satu usaha yang sia-sia untuk menhantar pemain keluar ke kelab yang berbeza di Eropah kerana gaya permainan mereka akan berbeza ketika mereka bermain sebagai satu unit. Ini akan menjadi masalah besar bagi pelatih dan pemain. Setiap negara Eropah mempunyai cara permainan mereka sendiri. Kerajaan seharusnya tidak menghabiskan berjuta-juta kerana ini merupakan pembaziran dana bolasepak. Ada cara lain untuk membangunkan bola sepak tempatan tapi tidak seperti ini.



Q: Apa yang anda cadangkan?

J: Pemain pasukan kebangsaan harus tetap dalam Liga Malaysia. Saya cadangkan mereka pergi bermain di Eropah tiga atau empat kali setahun. Namun, mereka harus bermain dengan pasukan dan kelab utama. Jangan bimbang jika kalah 5-0 atau 10-0. Mereka tidak akan putus harapan jika mereka kalah diperingkat awal.


Q: Pandangan anda terhadap pasukan B23 yang berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA Laos baru-baru ini?

J: Saya tidak terkejut dengan prestasi mereka kerana sering ada kejutan dalam bolasepak. Saya harus mengucapkan tahniah kepada para pemain dan jurulatih K. Rajagobal atas usaha mereka. Tapi bagaimana mereka membangunkan bolasepak mereka dari sini? Perancangan yang tepat perlu dilakukan untuk memastikan pasukan kebangsaan menunjukkan kemajuan.


Q: Apakah ada di antara pemain tempatan mempunyai kemampuan untuk berjaya di Eropah?

J: Saya tidak pasti dengan kemampuan pamain Malaysia buat masa ini. Tapi FAM, sebelum membuat perancangan besar, harus bertanya kepada pemain apakah mereka ingin bermain di Eropah. Pada masa lalu, Akmal Rizal dan Rudie Ramli menjalani latihan sementara dengan Bayern Munich pada tempoh yang berbeza. Mereka tinggal dan tidur di rumah saya di Munich, tetapi saya melihat bahawa mereka mulai bosan hanya selepas tiga minggu. Pemain perlu memiliki kecekalan atau mereka akan gagal. Namun, jika pemain mempunyai kemampuan, maka dia harus mencuba nasibnya di Eropah.


Q: Penilaian keseluruhan anda terhadap infrastruktur di Malaysia?

A: Bagaimana orang boleh berbicara tentang bolasepak, di mana tidak ada infrastruktur yang tepat. Infrastruktur bolasepak di Malaysia ketika ini adalah ketinggalan 30 tahun daripada yang sepatutnya. Bola sepak Malaysia tidak akan berkembang melainkan infrastruktur di sini dinaiktarafkan. Apa yang kita miliki dan apa yang saya lihat di sini adalah tidak cukup baik. Mungkin itu cukup baik 20 atau 30 tahun lalu tetapi tidak pada masa kini. Di Bayern Munich, misalnya, ada tujuh padang dan kemudahan lain juga kelas pertama . Kami mempunyai 11 pasukan remaja yang berumur antara 8-23 tahun, dengan lebih daripada 100 pemain. Kelab memperuntukkan E2 juta (RM9.7 juta) per tahun untuk pasukan-pasukan tersebut. Sistem ini hampir sama dengan kelab lain di Eropah. Tetapi kita tidak memiliki sistem sebegitu di Malaysia. Sebaliknya, kerajaan dan badan-badan tempatan berebut untuk mendapatkan padang bolasepak. Saya selalu bermain di padang di Bandar Hilir, Melaka, semasa muda dahulu. Tapi sekarang, kawasan tersebut telah dibangunkan dan dibina pusat membeli-belah disitu. Apakah faedah yang diperolehi daripada pembinaan pusat membeli-belah? Apakah ianya membantu dalam pembangunan budaya sukan di Malaysia? Kita memerlukan infrastruktur yang sepatutnya di Malaysia. Wang yang kerajaan ingin gunakan untuk menghantar pasukan kebangsaan ke Eropah, harus diperuntukkan untuk membina kemudahan untuk bolasepak. Jika anda ingin anak-anak untuk bermain bolasepak, maka anda perlu melabur untuk membangunkannya.


Q: Siapa yang harus bertanggung jawab untuk mengembangkan bolasepak remaja di Malaysia?

J: Negara-negara harus memainkan peranan lebih besar dalam mengembangkan bolasepak remaja. Mereka harus melakukan program tapi harus ada infrastruktur terlebih dulu. Sekolah sukan seperti Bukit Jalil dan Bandar Penawar harus menjadi bahan tambahan dalam kes ini.


Q: Apa pendapat anda tentang Liga Malaysia?

J: Ianya adalah mengarut untuk tidak memiliki pemain import di dalam liga. Ini tidak membantu dalam pembangunan pemain tempatan. Bagaimana pasukan Malaysia akan bersaing dengan kelab Asia yang lebih besar di Champions League dan Piala AFC? Pasukan Malaysia tidak boleh mempertaruhkan pemain tempatan menentang kelab dengan pemain import. Ini adalah kerugian besar kerana mereka tidak cukup bagus untuk bersaing dengan yang terbaik di Asian. Kenapa FAM mengharamkan penglibatan pemain import di dalam liga? Adakah kerana beberapa pasukan tidak mampu membeli pemain import? Persatuan harus membenarkan pasukan-pasukan yang mampu untuk menggaji mereka. FAM tidak seharusnya melihat semua pasukan di dalam liga sebagai sama. Pasukan yang tidak memiliki dana untuk pembangunan dan pemain import, harus ditinggalkan. Itu harus diserahkan kepada kelab masing-masing sama ada mahu membeli pemain import atau tidak. Ini adalah bolasepak profesional. Anda tidak boleh menghantar Bayern Munich yang tidak memiliki pemain import kerana mereka memerlukan perkhidmatan mereka di liga domestik dan Champions League. Pendapatan kelab bergantung pada prestasi pasukan pertama Bayern di Bundesliga dan Champions League dan jika mereka tidak melakukan dengan baik, kelab tidak boleh menghasilkan pendapatan.


Q: Adakah bolasepak tempatan bergantung kepada jurulatih asing?

A: Ya, kerana jurulatih asing mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang permainan. Saya tidak mengatakan bahawa jurulatih tempatan tidak bagus tetapi kami memerlukan bantuan asing untuk membawa bolasepak kita ke tahap berikutnya. Jika cita-cita kita adalah untuk membangunkan pemain yang baik, maka kita harus mempunyai jurulatih yang baik. Sebagai contoh, Jepun sekarang adalah gergasi Asia kerana mereka mempunyai jurulatih asing untuk membangunkan permainan mereka di awal.


Q: Adakah anda akan mempertimbangkan jawatan sebagai jurulatih pasukan Malaysia?

A: Saya telah dikaitkan dengan FAM sebelum ini tetapi itu hanya spekulasi. Saya akan mempertimbangkan tawaran di Malaysia tetapi beberapa syarat saya harus diterima. Yang saya inginkan adalah infrastruktur. Saya akan mempertimbangkan tawaran di sini bila ada kemudahan yang sesuai. Kerajaan harus bermula dengan mengembangkan infrastruktur yang tepat untuk sebuah pasukan beberapa negara sebelum berkembang lain. Ini adalah proses yang lambat tetapi akan memberikan impak dalam jangka panjang.

....


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

My Tic-Tac-Toe Puzzles for FAM:


1. Wondering why coach always fired if there any failure occurs eventhough the coach was the best among the best at the moment? We are not Spain who filled with world class player and world class coach who can do the magic for every moments on the pitch. The player and coaches should be stick together for some time to gain understanding.

2. Why forbid foreign player when the clubs can move further in competition around Asia? You FAM people keep using 'to educate local player' excuses eventhough these 'awang import' can be another kinda teaching matter. Is there any political issues? No comment.

3. We as a Malaya Ultras can see sponsor by sponsor being handed to FAM anually. But why the insufficient funds matter arise?

4. We know that by building those 'economic' things can improve our country income, but please, improve those football facilities too.

5. Stop construct the 'futsal court' things. Just covert unused ground into stadium or pitch or whatever. We want to create a football player, not futsal one!!

6. And why there are always same face who stood in the FAM eventhough there are always misjugde decision being made? Are they immune or what?

7. And why our national team wears FAM logo on the jersey rather than our Malaysian Jalur Gemilang?



ok lah... aku dah malas nak ulas bebanyak... kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal dia ni, boleh la menggoogglekan dari incek googgle... hehehe... apepun, majulah sukan untuk negara...




Assalamualaikum... =)



p/s: untuk mengelakkan dari aku yang bersalah... segala translate tuh aku gunakan language tool dari google... So kalau ada bahasa yang kurang sesuai tu, tu salah translator tu la... hahahaha...

2010-08-26

Hampir Dua Tahun Sudah Berblogging - Part II??



Okeh, ini adalah entry pendek untuk sambungan yang lepas... Entry yang mana aku sudah editkan tajuknya kerana aku yang selalu berlakon seolah-olah bijak neh baru perasan satu mende yang korang dah lama perasan kalau korang selalu blogwalking kat blog orang... Ataupun korang selalu lepak kat blog sendiri...


Aku baru tersedar yang bila aku tekan button 'View My Complete Profile', ada tertulis kat situ 'Blogging Since October 2008'.


Dan ini sudah tentunya menyebabkan tajuk entry aku sebelum ini sudah lari dari fakta asal... Situasi yang mana jika terdapat fakta yang ditanya dalam soalan exam, boleh menyebabkan markah aku dipotong oleh En Lecturer... cehh...



Dan abaikan kemerapuan diatas... Sebab aku publishkan entry ini adalah untuk menyambung sisa-sisa yang entry yang tak habis semalam... Haaa... Untuk pengetahuan korang-korang, selepas terbitnye entry semalam, bertambah lagi seorang family blogger dari kalangan member-member aku... Alhamdulillah... Dan kepada Due aka chakueh aka Lelaki Romantik, tahniah kepada anda sebab niat untuk membina blog sudah tercapai...


Dan tahniah jugak sebab tajuk blog kita hampir-hampir nak sama... Bijok ahh mung... haha... erkk, btw, siler cek tajuk blog aku... dah tukar baru dah... sebab nak elakkan dari salah tanggapan mahupun salah paham dari kalangan korang... Hohoho...


Nway, neh link beliau, http://gitarletrik.blogspot.com/



chakueh = ? entahlah... haha...



Siler2 follow beliau... He is a good man in a good world... wahahaha... =)

Sekian dulu kot... Assalamualaikum... =)

2010-08-25

Setahun Sudah Berblogging

Pagi nanti pukul 9 ada kelas Engineering Lab 5... Untuk adik-adik junior siswi (eheh!) yang baru masuk sem neh, khabarnya korang takde subjek ni dah dalam silibus korang... Untung la... sebab takyah nak pening-pening kepala tidur awal untuk bersiap ke kelas nanti macam aku ni hah...



Sebab aku ada kelas Eng Lab tuh pagi nanti, so aku telah buat keputusan tido awal semalam... Dalam pukul 2 lebih cenggitu... Awal la dari tak tido langsung... kot... Dan tiba-tiba... hade bunyi letupan yang kuat sangat dari tingkat bawah... Aku yang tengah mamai ala-ala sepet, dah redi-redi dah nak lompat ikut tingkap bilik... Masa tuh, tingkat 2 pun raser cam tak takut dah... nak larikan diri+mamai punya pasal... Ingatkan KK5 nak runtuh... Siyes beb... Dan nasib baik la roomate aku yang masih menghadap internet cakap tuh bunyik mercun... Kalau aku sorang-sorang taim tuh, memang dah lobos lubang tingkap tuh aku lompat... Pewhh...



Pukul 3.30 pagi, turun makan... eh, sahur. Memang awal sangat sebab kafe tutup pukul 4... Kenkadang pergi pukul 3.45 pun nasik dah habis... Sebab tu la kenkadang subuh tuh terbawak ke pagi... Tunggu waktu imsak nak habis lama sangat... eheh!



Lepas habis sahur, aku ngan membe-membe angkat kaki naik ke bilik... Watpe nak tunggu kat kafe lama sangat, bukan ada adik-adik siswi junior pun yang turun bersahur... yang ada pun cuma akak-akak senior dan makcik-makcik kafe cenggitu... So, pas naik, aku dok termenung jap... aku terfikir... Boleh pulak tu berfikir taim subuh-subuh...



Dah setahun lebih aku maen blog... Apa pro ngan kons yang aku dapat? Apa pulak input ngan output yang aku dah bagi? Ada orang yang jadi baek ke bila baca blog aku? Ada kaki bangku yang terer maen bola ke lepas baca blog aku? Ada mat-mat rempit yang tukar profesyen kepada yang lebih berpaedah ke lepas baca blog buruk neh? Apa pulak yang dah ubah diri aku? Entah lah...



Yang aku tau, lepas aku maen blog, dah semakin ramai member-member aku yang dulu tadek blog, dah ada blog memasing... Baek lelaki mahupun perempuan, mahupun yang tengah-tengah... haaa... rosin, ko tau aku maksudkan sape... hehehe...

Bermula dengan ijok, yang turut berjinak-jinak dengan dunia blog lepas kenal ngan aku... eh, lepas aku kenal ngan dia... hmmm... ntah la... mana-mana la yang korang suka... Dalam blog http://wakakakukena.blogspot.com/, ijok banyak menceritakan ceritakan cerita-cerita yang berkaitan dengan agama, pengajaran dan pasal hidup dia... dan ok, dia memang pandai bagi tazkirah... (eheh!)


Jok, aku pilih gambar ni sebab ko nampak macho jek... bukan sebab hade pic aku kat belakang tu... tapi sebab ko... Aku ulang bukan sebab aku yg tengah pegang gitar kat belakang tuh...



Pastuh, muncul pulak blog Life As Allah Creation yang dicipta oleh Leman... dia ni bukan la wajah baru dalam dunia blog neh... dulu dia pernah buat blog yang diletakkan tag2 yang bukan2 untuk menarik perhatian pengunjung supaya klik2 iklan Google, adsense ngan mende-mende ntah lagi... Dan aku la salah sorang tukang klik tuh...



Asal aku takde lam pic nehh???


Lepas leman, Wan Melake pun turut menyertai geng-geng blog sedunia... Tapi, blog dia masih lagi dalam construction (dah dekat setahun dah), dan takpe... kita tunggu blog dia siap, baru aku kongsikan link kat sini... ehehehe...



kamon weh, update blog anda...




Kemudian, Meni pun turut buat blog... Alhamdulillah... Semakin ramai member-member aku... Dan aku selalu jugak jenguk blog dia sebab Meni banyak menceritakan pasal game, kehidupan dan agama... Bukan apa, nak memperbaiki diri la katakan... Link beliau: http://menikomando.blogspot.com/



meni, sori pakai pic lme... ngeh3... btw, teringin nak amek pic terrorist ko... muahahaha...



Dan baru2 ni, dah ada seorang lagi pendatang baru... Bulat aka Zulfikar Zahid... Kenapa Bulat? entahlah... mungkin kerana terkenang peristiwa di Genting semester lepas? Mungkin? =p



Rilek jek ko kan... Dush2... haha...



Bulat turut menjadi salah seorang blogger... Dan aku yang tak berapa pandai neh, terpaksa la tunjuk2 macam pandai ajar itu ini padahal aku pun sebenarnya zero je... Dan untuk Bulat, teruskan perjuangan anda dalam dunia blog ni sebab kehidupan blogger ni boleh diibarat seperti telur dihujung tanduk... berhati-hati semasa bercakap... silap cakap, orang boleh point kita balik... tambah-tambah lagi budak kelas aku... (eheh!) btw, ni link beliau...


Dan malam tadi, bertambah lagi sorang family blogger, rossaifuddin aka epu aka budin aka saif (muahahaha), dah mendaftar kat blogger.com... Dan harap-harap, lepas ni, blog ko lagi gempak dari aku... Dan oh yes, ko sentiasa lagi best dari aku... Cuma aku lagi hensem dari ko...


Raser cam nak upload pic payung pink... tapi... ahaks...


Dari dunia blog, aku kenal ramai orang yang mana aku langsung tak pernah jumpa dorang... Rasa-rasanya setakat ni baru sorang kot yang aku penah jumpa... Yang laen-laen tuh sekadar watak imaginasi aku jek... Belum pernah berjumpa secara nyata... Dan aku teringin sekali nak follow blog Lisa Surihani... Dan Lisa, please berhenti menipu... blog yang anda taip dalam filem Semerah Cinta Stiletto tuh takde... penat aku search... I need ur valid url... PM me!!! miahahaha...


Dan aku tahu, dah ada orang yang buat blog lepas baca blog aku... aku taknak la cakap banyak, harap-harap blog beliau semaken sukses di masa akan datang... =)


Kalau dulu, masa aku mula-mula berblogging, konteks yang banyak aku taip hanyalah sekadar diari seorang lelaki semata-mata... Cerita itu ini pasal hidup aku supaya korang yang baca akan fikir yang hidup aku neh cambest walaupun realitinya sama jek ngan orang laen... Sampaila sorang member tegur yang blog aku 'perempuan'. Dan aku tak suka orang pandang aku sebagai seorang perempuan sebab aku lelaki sejati... Makan banyak, usha awek orang, tidur mati ngan sembang kosong(sejati kot)... Alasan, diari... Dan aku yang masa tu ingat orang enjoy baca diari kat blog, mindset tiba-tiba bagai diflush... bluuweekkk...


Dan aku tau yang bukan semua orang suka baca diari orang... Kecuali la orang-orang yang memang kerja dia suka baca diari orang... Dan dari situ, aku ubah content blog... Sampai la ke hari korang baca entry aku neh... Dan aku harap, penulisan kat blog aku neh dapat aku tingkatkan lagi untuk tatapan generasi akan datang... Mana tau boleh blog neh boleh catat rekod sebagai blog paling lama bertahan ke... (eheh!)


siyesli, ini bukan bilik aku... korang, kemas2 la sket bilik tuh... hahaha...



Kalau dulu, aku buat blog sebab nak kongsi cerita-menarik kat sini... aku nak ramai orang yang tahu... tapi, semakin lama aku berblogging, semakin ramai orang yang baca, aku rasa kebebasan untuk aku meluahkan kat sini semakin terhad... aku tak boleh bagi direct example dalam kehidupan seharian aku sebab nak jaga banyak hati... dan berdasarkan entry-entry aku yang dulu, aku amek dan jadikan pengajaran...



Dan sebab tu, ak sedang dalam pertimbangan menghasilkan blog kedua... tanpa ada follower, tanpa ada sebarang komen... just luahan apa yang aku nak sajer ada kat situ... ok kan? hehehe...


Rasa-rasa... cukup kot sampai kat sini... Dah azan subuh dah... tunggu la aku update pulak nanti... mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan? tahun depan? mungkin?
Assalamualaikum... =)



p/s: jok, aku bagi can kat ko untuk apdate citer pasal menatang-menatang tuh... kang aku update dulu... menggigit jari ko... ehehehe...

2010-08-08

Memori Ramadhan

Petang-petang ni aku tergelak bila pikir balik pasal keadaan aku skang neh... Dah dekat sebulan stay kat bumi Pekan neh, rasanya hati aku neh dah berkenan dengan keadaan kat sini... Yelah, environment kampung kat sini memang melekat habis... Sampaikan kalau aku hirup udara tuh, bau-bau rumput, sawah padi, laut semua, sampai terserlah kenangan masa kecik-kecik kat kampung... Behnye lah... =)


Cakap pasal kenangan kat kampung, aku nak cerita pasal kenangan ramadhan aku dari zaman nostalgia kanak-kanak sampai la dah besar panjang sekarang neh... erkk, panjang jek kot... nk kata besar tuh tak la sangat...


Malam esok, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan muncul kat kaca tv, radio, erkk, bukan muncul kat radio, suara dia akan dirakamkan dan disiarkan oleh siaran radio tuh, fuhh... tujuan dia muncul kat tv tuh cume kerana dua sebab jek... yang aku tau la... kalau tak nak isytiharkan tarikh mula puasa, mesti nak isytiharkan Tarikh Hari Raya Aidilfitri...



Dan kalau aku masa kecik-kecik dulu, mesti tak berapa suka sangat pengumuman tarikh mula puasa neh berbanding Tarikh Hari Raya... ye lah... kalau diisytiharkan esok mula puasa, kompem la esok tuh dah tak leh nak makan-makan, korek hidung, pergi main-main kat padang waktu siang... kena dok jek kat rumah.. kang keluar pergi main, letih.. dah terletih, pastuh kena la curik-curik minum air kat dapur... konon-konon kuat lagi la despite dah melompat sana-sini masa tengah panas terik...



Kalau dulu-dulu, masa sahur la yang paling aku malas sekali... masa tuh, mindset cakap, kenapa la aku bangun sahur, kang tengah hari lapar balik... baik tido jek... beh pun beh... tapi tu lah, langit tak selalunye cerah... masa aku dok mimpi-mimpi langit cerah, tiba-tiba mak datang siramkan hujan... ekekekeke... so, terpaksa la bangun jugak... siap ngan selimut tuh duduk depan makanan...
mak tanye, "nak lauk apa?"
aku jawab la, "takmau la... kenyang... nak minum air mio ja..." -merajuk la konon sebab terpaksa bangun-
mak baik jek.. tak marah pun... last-last lepas minum air milo, mak suruh pergi sambung tidur balik... alahaii... baiknya lah mak...

p/s: mak, i love u... malu nak cakap depan2... =)



Kalau dulu kecik, selalu jek rajin tolong mak pecahkan ais batu nak masukkan dalam air kelapa... Yelah, masa isi balik air tuh dalam bekas ais, leh hirup-hirup sket... bagi hilang haus la katakan... pastuh tolong abang siapkan air kelapa... kenapa aku baik sangat masa tuh? sebab masa abang suruh pergi buang kulit kelapa tuh, leh makan-makan isi kelapa yang tertinggal... hahahaha... erkk.. masa tuh, belum matang lagi kot... ingat-ingat balik, cam bodoh jek... yelah, dah nak dekat waktu berbuka pun, tapi masih lagi boleh curi-curi ponteng... =)







Tapi aku tak la camtuh selalu... aku ingat lagi, masa darjah 1 @ 2, pestaim aku puasa penuh... aah... penuh beb... masa tuh cikgu Saodah jadi cikgu kelas, dia tanya saper yang puasa penuh? hanya 2, 3 kerat jek yang angkat tangan... dan salah seorangnya adalah aku... hahaha... bangganya lah waktu tuh... bukan senang budak darjah satu nak puasa penuh wehh.... erkk... riakkah disitu?


Masa terawih, cakap kat mak, nak pergi surau sembahyang tarawih, tapi, bayang-bayang pun tak sampai kat pagar surau tuh... yelah, merayau main mercun... dan bila main mercun berhampiran kawasan surau, pasti ada suara-suara yang kedengaran di speaker surau... selalunya suara atuk aku la... Hj Hassan bin Abdullah... nasihat budak-budak suruh pergi main jauh-jauh sikit... kacau orang nak sembahyang terawih katanya... erkk, tokwan, semoga tokwan cepat sembuh... nanti bila dah hari raya, kita boleh beraya sesama... =)



Masuk sekolah menengah, form 4... pertama kalinya aku berbuka puasa sendiri tanpa mak ayah di hostel... haiihhh... saat yang paling sukar aku penah hadapi masa tuh... nak balik, tapi warden tak bagi... tapi takper... sebab mak datang hantar makanan... masa datang tuh memang beh, tapi masa dorang nak balik tuh, hatiku bagai dihiris sembilu... cewwahhh... ekekekeke... tapi aku kuatkan semangat jugak la... yelah, kalau semangat tak kuat pun bukan leh balik...tapi aku dok hostel tak lama, setahun jek... pastuh aku keluar... kena homesick... ngeh3...



Perjalanan dari rumah ke sekolah lebih kurang 20 kilometer... memang letih...tambahan pulak bulan puasa... Balik rumah jek, kompem-kompem letih... tapi nak buatmacam mana... aku yang pilih nak duduk luar... kena la tanggung... dan selalunya, bila aku balik rumah lepas sekolah masa bulan puasa tuh, mak mesti tengah bakar kuih... sebab tempahan membukit... kalau hari-hari biasa, selalunya aku yang tolong bakar... tolong sket-sket jek pun... tapi, kalau bulan puasa, mak sikit pun tak kacau kalau aku tertidur kat tempat mak bakar kuih tu... dia yang bakar sorang-sorang... haihh... mak, mak... besar sungguh pengorbananmu...





Lalu aku pun menjejakkan kaki ke UMP... Alhamdulillah... berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading... kat sini, kawan-kawan la pengubat rindu kat keluarga... lebih-lebih lagi mak ayah... aku tau, mak ngan ayah pun mesti sunyi jek... sebab dorang bukak puasa pun 2 orang... dah jadi cam zaman muda-muda balik... takpe mak, mie dh tempah tiket untuk balik kampung raya neh... kang kite bukak pose sesame, sahur sesame, g karok sesamer... erkk2, abaikan situ...



Hari neh, aku dok kat depan laptop, sekali kala melihat di luar tingkap... mengharapkan ramadhan akan tiba dengan sempurna... dan tiada halangan untuk aku beribadat dan beramal jariah... dan harapnya, amalan-amalan aku di bulan yang mulia ini lebih berat di sebelah kanan berbanding sebelah kiri... InsyaALLAH...




dan kalau entry kali neh berbunyi seperti kebudak-budakan sket... sori lah... aku tengah homesick... ehehehehe... lain la kalau ada rumah-rumah mentua yang dekat-dekat kat sini... leh la tumpang-tumpang... ekekeke...

dan untuk korang, aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia neh...

k lah... salam... =)