Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2010-06-29

Bahasa Bapak Aku Muda-Muda Dulu Laa

Aku tulis entry ni pada waktu pagi-pagi buta dalam pukul 9 lebih (bagi aku buta lagi pagi tuh taim-taim macam ni). Dengan secawan kopi radix yang dicilok dari umah abang ipar aku, berpakaian baju plkn, seluar jeans, dan beralaskan sofa yang lembut lagi memengantukkan, aku menaip entry ini dengan hati yang sejuk... (sebab hujan kat luar).


Mata masih berair tatkala otak menghantar isyarat bahawa semalam aku tidak tidur dek bola, aku gagahkan juga diri yang sedia gagah ini untuk menghadap laptop cq40 yang berdebu.


Berjuta-juta mata manusia tertumpu di bumi Afrika sekarang ni, termasuk la mata aku. Namun, aku masih tidak melupakan tragedi kapal Mavi Marmala yang membawa seramai 540 orang penumpang diserang komando Israel sehingga mengakibatkan 9 orang sukarelawan terbunuh. Dan aku yakin korang pun sama macam aku. Cuma korang tak tunjuk atau bagitau kat orang lain macam aku yang kononnya prihatin. Aku yakin korang tiap-tiap hari berdoa agar saudara Islam kita di Palestin, Iraq, dan di semua bumi Islam yang sedang bergolak beroleh keamanan. Harapnya, korang masih marah terhadap tindakan kejam rejim yahudi tersebut. Dan aku harap kemarahan korang tu masih lagi membuak-buak dan takkan padam sampai bila-bila. Dan harapnya, kemarahan tu lebih besar daripada marahnya korang apabila pasukan pilihan tersingkir dari kejohanan piala dunia.


Oh ya, semalam satu-satunya wakil asia yang tinggal (Jepun) tersingkir di pusingan 16 Piala Dunia gara-gara pemainnya menyahut cabaran rakan sepasukan supaya menjadikan palang gol sebagai sasaran. Alhamdulillah, beliau berjaya. Terlupa pulak nama beliau dek terlalu salutekan kejayaannya. Japgi tengok balik highlight kat astro 805. heh.


Ok, pagi tadi aku dengar siaran radio Langkawi.fm. Walaupun mata masih sepet, kepala tengah mamai kerana aktiviti yang langsung tidak menyihatkan badan semalam, aku dapat mengenali suara DJ Sham yang berkeroncong(?) kat corong radio. erkk erkk, maksud aku, speaker radio. Siapa kat langkawi ni yang tidak kenal DJ Sham? Individu yang membuatkan mak aku cepat-cepat bukak radio pada pagi isnin (Sembang Utara) dengan pagi Jumaat (Soal Jawab Agama). Bukak kuat-kuat pulak tuh sampai suara DJ Sham masuk lam mimpi aku. Sampai masuk lam mimpi tuh. Arituh mimpi orang bacakan doa kat sebelah aku yang tengah tidur. Punya la takut, bukak-bukak mata jek, rupanya radio. Korang bayangkan la. Cuma aku xtahu kenapa pagi ni beliau bekerja. Ntahlah... no es mi negocio... (translate kat google)


Pagi ni, dorang (DJ Sham dengan siapa ntah sorang lagi yang tak berapa nak best), dorang bersembang pasal bahasa(loghat) lama Kedah. Memang lama betul, aku pun smpai dh nak lupa dah. bukan apa, sebab orang-orang zaman sekarang dah xpakai dah bahasa-bahasa camtuh. Nway, DJ, mekasih daun keladi sebab kembalikan nostalgia zaman dolu-dolu eden. Ahaha...


Beralaskan alasan teknologi sudah maju, aku memilih nset berbanding pen dan kertas lantas menaip perkataan-perkataan yang dorang sebutkan. Sebab aku nak share dengan korang-korang kat sini. Mungkin ada di antara perkataan-perkataan ini membawa maksud kurang menyenangkan dalam loghat-loghat kenegerian korang. Tapi aku peduli apa kan? Lantak korang la. eheks...


ok, jum kita survey satu persatu. Mana tau kan kot-kot korang pernah dengar atau cakapkan.



1.Tembun.
-biasanya digunakan untuk menyatakan @ memuji @ bagi sesetengah makcik-makcik kat tempat aku, mengata kat seseorang yang terlalu gemuk.

Contoh: hang ni, pelan lama pelan tembun noh.
Translate: engkau neh, semakin lama semakin gemuk eh?


2. Manis 'melecaih'.
-bagi menyatakan tahap kemanisan yang terlalu sangat manis disertakan dengan mimik muka.

Contoh: Amboih buah pelam neh, manis melecaih aihh...
Translate: Amboi buah mempelam ni, manisnyaa..



3. Penakut 'hangit'.
-menyindir seseorang yang mempunyai tahap ketakutan yang tinggi.

Contoh: Penakut hangit betui hang ni, nak pi jamban pun kena teman.
Translate: Penakut betul engkau ni, nak pergi ke tandas pun nak berteman.



4. Hijau 'Berjahang' @ Hijau 'Merenga'
-pernyataan terhadap warna hijau yang terlalu terang.

Contoh: Amboi baju hang hari ni, hijau berjahang.
Translate: Terangnya warna baju engkau hari ni (erk erk, lebih kurang kot)



5. Panas 'berdesing' @ 'lit lit'
-Pernyataan terhadap sesuatu yang terlampau panas.

Contoh: Cerah langit hari ni, sampai panas berdesing.
Translate: Terangnya langit hari ni, sampai panas terik.



6. 'Baloq Liat'
-Pernyataan terhadap seseorang yang pemalas.

Contoh: Hang jangan jadi baloq liat noh kat rumah ni.
Translate: Engkau jangan nak jadi pemalas kat rumah ni.



7. Bodoh 'piang'
-Menyindir sesorang yang terlalu err err, kurang pandai.

Contoh: Hang ni, bodoh piang betui.
Translate: engkau ni, bodohnyaa lah. (aku ske ayat neh)



8. 'Hapak Paraie'
-Membantah bau yang tidak menyenangkan.

Contoh: Tadi aku dok tepi dia, hang nak tau, bau hapa paraie betui, tak mandi ka apa...
Translate: Tadi aku duduk sebelah dia, engkau tau, busuknya lah bau badan dia, entah-entah tak mandi...





9. Hitam 'merelit'
-Menyatakan terhadap sesuatu yang gelap keadaannya.

Contoh: Mat Keri tuh, hitam merelit dah sejak-sejak kerja kilang arang tuh.
Translate: Mat Keri tuh, dah semakin gelap sejak bekerja di kilang arang tuh.



10. Pahit 'Berdengung'
-bagi menyatakan tahap kepahitan yang terlalu sangat pahit disertakan dengan mimik muka.

Contoh: Pucuk mengkudu tu, ya ALLAH, pahit berdengung.
Translate: Pucuk mengkudu tu, pahitnyaa lah.


selain itu;

gostan = mengundur
kecik gedemik = terlalu kecil
sentap kedengkoi = terkejut (kot)
kurus koroi = terlalu kurus
halus lait = terlalu halus
geli geleman = geli yang amat sangat
panjang merewang = terlalu panjang
sempei = sempit
rompon = rapat
merewah = buang air
carak = silau
pengek = pengait
kue kue = (xingat)
meraban = compang-camping


cukup la banyak tuh sahaja. Tetiba lak mood berblogging kurang. hujan pun dah berhenti. So, sebelum aku pergi sambung buat kerja... jangan lupa klik2 nuffnang aku. Nak sedekah kat shopping kompleks. Nanti boleh dapat resit. Ngahahaha...

K lah, assalamualaikum...

12 comments:

Amirah Madihah said...

manis melecaih..haha..sweet2..kalo kat kelate manis 'leting'..hee..

Apek_JADIANjr said...

haha... xpe2 amirah, pasneh kne belatih ckp klate... ekekekeke...

syarifah radiah ibrahim said...

peh ai.
belajaq bahasa kedah aku la ni.
haha~

Apek_JADIANjr said...

hang nii pah... baloq liat... ngahahahaha...

Syida Shukor said...

haha saya rasa saya dah tembun haha

Apek_JADIANjr said...

hahaha... tembun itu best.. ekekeke...

Amirah Madihah said...

ok2.meh blaja bhse kelate..ekeke..

Apek_JADIANjr said...

wat la entry bahse kelantan... ngeh3...

si gadis! said...

hamboi.. byk nye taw kosa kate org lame. hehe..

Apek_JADIANjr said...

haha... bese la... kn tau ilmu org2 lme neh... byk faedah... ekekeke...

Shafika Syuhada Rosli said...

kalau ak an.. merewang tu g berfoye2~ kat luar... harharharhar~

Apek_JADIANjr said...

ko mmg... aku tau dh... ngahahaha...