Aku bukanlah seorang genius... tapi aku akhirnya terfikir tentang satu perkara neh yang aku tak penah sedar selama ni... dan aku baru sedar pasal perkara ni malam tadi... sewaktu aku sedang mandi, then satu idea dengan pantasnya menerjah ruang fikiran aku... aku terhenti sekejap... lantas sambung mandi... dan bila aku ondaway balik ke bilik, aku tepuk dahi... dan berpatah balik pergi ke bilik air... sebab? aku terlupa gosok gigi... haihhh...
Bila aku dah kat dalam bilik, aku terus fikirkan pasal idea tu.. .sama jugak bila sedang makan, sedang berangan-angan, sedang berfikir... dan pagi tadi, bila aku kat dalam kereta on da way nak pergi kelas pun, aku masih fikirkan pasal idea tersebut...
dan tahu apa idea yang aku fikirkan?
Einstein sebenarnya SALAH tentang idea cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi...
Einstein telah kemukakan general theory of relativity yang mana memang sah-sah salah sebab dia menyatakan bahawa segala yang ada di cakerawala ni terjadi secara semula jadi walaupun kita semua telah sedia tahu bahawa ALLAH S.W.T. yang ciptakan semua ni...
dan dalam general theory of relativity tuh, Einstein turut sebutkan tentang cahaya adalah benda yang bergerak paling laju kat dunia neh... lantas menyimpulkan cahaya bergerak lebih laju dari bunyi... dan kat sini la aku nak buktikan Einstein sekali lagi salah... kerana aku tahu, dan korang pun tahu, tapi mungkin kita tak perasan ataupun kita sengaja buat-buat tak perasan... Padahal perkara ni sentiasa bermain-main dalam kehidupan seharian kita...
Dan Einstein, kalau ko hidup lagi sekarang ni, aku nak cakap satu perkara jek kat ko... kerana teori cahaya bergerak lebih laju ko tuh, sebenarnya aku dapat sangkalkan... dan untuk pengetahuan ko, sebenarnya,
DUIT BERGERAK KELUAR LEBIH LAJU DARI CAHAYA... ahaks...
k lah, sekian pengarutan untuk petang neh... salam...
(p/s: nak g usha but jap... duit pt dah di approvekan... muehehe...)
tenung mata dia lelame dan korang akan nampak diri korang mse tua nanti... haha...
8 comments:
kot ye pon excited nak tengok duit pt takyah la buat entri 2 kali weh haha
boleh ambik fizik laaa apek kekeke :p
kambeng ang!!!
mati2 ak igt ang lg genius dpd dy..grrrr
alahai.. amende lah merepek ni pakcik? haha.. seb bek tengok gambo dye kejap je, takut mengigau malam neh :p
ijok, aku terpkasa delete komen ko sebab berunsur kependekkan... haha...
sipah, i`m forwarding to that... hoho...
cat, betui la tu... kan ka einstein salah... ekekeke...
mirah, jge la takot die muncul dlm cermin pulak nnt... :p
mirah punye ko xdelete plak.. cipan
Post a Comment