Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2011-05-06

Puisi Aku Untuk Emak


aku taip puisi neh sambil dengar lagu selamat hari ibu - hujan... so kalo korang nk raser ape yang aku raser, do da same things... kalau nak la... heee... =)





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Andainya aku diberi pilihan memilih satu perkataan diantara beribu,

Tentu sekali aku akan memilih namamu, ibu…

Kerana sekali namamu ku ucap, sepanjang hayat kekal bergema dihatiku…



Andainya aku diberi pilihan memilih satu dari sejuta manusia,

Tentu sekali akanku pilih insan yang bernama bonda,

Kerana hanya beliau yang mengajar aku erti sebenar cinta…



Andainya aku diberi pilihan memilih satu dari beratus santapan yang enak,

Tentunya aku akan memilih susumu wahai emak,

Kerana berkat susumu itulah yang menjadikan aku sebagai seorang yang kau gelar anak…



Andainya aku diberi pilihan memilih satu dari berjuta filem yang pernah dihasilkan,

Takkan aku lupa wahai ummi, babak aku dilahirkan,

Kerana disitulah bermulanya saat segala-gala untukku kau korbankan…



Andainya aku diberi pilihan memilih perasaan antara cinta, rindu, kasih dan sayang,

Tentulah aku akan memilih kesemua perasaan yang masih kekal sehingga sekarang,

Kerana rasa cintaku padamu tak pernah luntur sejak ku dilahirkan sehinggalah saat puisi ini kukarang…



Yang Benar,

ANAK PUAN MAHANI




p/s: mak, selamat hari ibu… ingat nak wat video cover… tapi tali gitar putus… so terpaksalah tulis puisi… =)


kadangkala kita sangka senyuman pasangan kitalah yang membina bahagia, tapi kita sentiasa lupa, bahawasanya senyum seorang ibulah ubat segala-galanya



till then, salam... =)


8 comments:

Ariffin Khomeini said...

selamat hari ibu!!! sama-samalah kita menghargai mereka sementara mereka masih disisi kita

Apek_JADIANjr said...

khomeini, tula... semoga ktia sama-sama tidak mensia-siakan ibu kita selama mereka masih ada ni... =)

syarifah radiah ibrahim said...

suwitttt~

selamat hari ibu kepada semua ibu, mak, ummi, mama, mummy.
takde siapa yang boleh ganti mereka.

Apek_JADIANjr said...

betul sipah... dan al-fatihah untuk semua ibu yang telah meninggal dunia... moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa... =)

syazana.not.single said...

comel ja puisi tu.
selamat hari ibu utk semua ibu.
=)

Apek_JADIANjr said...

zana, mekasih, nway, selamat hari ibu gak untuk semua ibu termasuklah ibu kita... =)

apik pehe said...

hehe..kim salam kt ibu tau..

Apek_JADIANjr said...

insyaALLAH apik... =)