Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2010-02-26

Kenalkan... Mia, Jebat, Dan errr... Kepala...

salam...

semalam... aku dan 3 orang sahabat(bo, ijok, bigbro) pergi ke Kuantan beralasankan sesuatu yang menggembirakan hati... biarpun keadaan fizikalku kurang sihat kerana dipengaruhi suhu badan yang meningkat naik, namun aku gagahi jua untuk meneruskan nawaitu suci kami ini...

kami bertolak pukul 2 petang... dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Taman Tas untuk membeli 'sesuatu' untuk 'sesuatu'... 4 helai not RM10 ringgit diserahkan kepada tokey kedai tersebut... dia tersenyum... kami lagi tersenyum... Alhamdulillah... selesai satu bab... perjalanan diteruskan...

perhentian kedua, kami memilih untuk singgah di Terminal Bas Makmur... kerana mahu membelikan tiket bas untuk Melake(bukan nama sebenar) yang telah tertinggal bas semasa mahu pulang ke Melaka... selesai hal kedua... perjalanan diresumekan...

sampailah di destinasi kemuncak... rumah bigbro... bigbro melangkah masuk ke dalam rumah... lalu ayahnya muncul di muka pintu... salam bersalam berlaku... selepas sedikit bual berbual, lalu ayah bigbro pun berkata... "pilihlah yang mana berkenan"... kami pun memulakan langkah...

ada 3 pilihan... namun, aku sudahpun mempunyai pilihan yang tetap... kerana sejak dari berberapa minggu yang lepas, aku sudahpun mengecop yang satu tu... brownish+orange... kamu pilihanku...

ijok dan bigbro yang mengikuti, membisikkan sesuatu kepada aku... menurut mereka, kasihan kalau diambil satu, nanti tiada teman pula... tapi, kalau dipilih dua, kasihan satu yang ditinggalkannya... berbekalkan alasan murah tersebut, maka kami nekad untuk mengambil ketiga-tiganya...

perjalanan pulang terasa begitu berseri-seri... kadangkala lucu rasanya melihat sesuatu yang aku telah idam-idamkan dahulu kini akhirnya menjadi nyata... dan ada di depan mata...

ketika di suatu persimpangan lampu isyarat, kami sepakat mengangkat ketiga-tiganya ke luar tingkap kereta untuk ditunjukkan kepada orang ramai... seorang makcik yang sedikit teruja, bertanya itu ini tentang 3 benda tersebut... dia meminta untuk mengambil brownish+orangeku... namun, aku tolak mentah-mentah permintaannya... sampai satu simpang lain, kami keluarkan lagi 3 benda tersebut di luar tingkap... bodoh rasanya... =)

sampai di rumah, ketiga-tiganya dimasukkan ke dalam rumah... lalu aku mengeluarkan 'sesuatu' tersebut dari kereta... pemasangan dilakukan... 'sesuatu' itu aku letakkan di sebelah pintu bilik... telahku lokasi tersebut akan memudahkan kerja... budak-budak rumah semuanya teruja tatkala melihat 3 benda tersebut... dan tatkala mereka mula bertanya, lalu aku pun berkata...


Kenalkan, Mia, Jebat, Dan... eerrr... Kepala...




Nama: Jebat
Pemilik: Iyoi
Catatan: Seekor yang Nerd... pendiam... Kadangkala
dipanggil pelupa... sebab? ntah... hehe...





Nama: Kepala
Pemilik: Ijok
Catatan: Paling agresif dan aktif antara ketiga-tiga
kucing tersebut... And paling comel antara semua...





Nama: Mia
Pemilik: Aku
Catatan: tak terlalu nerd n tak terlalu aktif... n something
special about her is that she got blue eyes!





ketika dipaksa ambil gambar oleh kerinting... =)

p/s: jijah still apart of our family... and she got mixed well with these newcomer... although there some difficulties at the first...

cairr bohh aku speaking... ekekeke...

k lah... salam... =)

2010-02-25

Solat 3 remaja

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekoq tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka~? Takpa2, nnt ptg sat g kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekoq tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk ja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang nuu, biaq saya jadi imam."

Tok imam pun unduq la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jaa tokkkk!!"

Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.

Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji laa si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknya si Ciko berkata,

"He he he, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.

He he he he..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

2010-02-23

Episod Terakhir Doraemon


Salam...

semalam mse aku dok carik2 cite chuck kat sharing ump neh, tetibe aku tjumpe sesuatu yang sangat2 menyebabkan aku bernafsu untuk mengklik mende tuh... tp bukan mende bukan2 weh... ngahahha...

korang ingat lagi Doraemon? alah... cite yang masa kecik-kecik dulu korang la yang dok terpacak depan tv tunggu cite neh... yang kalau ada orang laen tukar siaran, terus menangis-nangis... konon-konon beh sangat cite tuh... pastuh siap beli-beli komik die lagi... haha... erkk... walaupun aku minat gak cite Doraemon neh, tapi kriteria-kriteria yang diatas neh bukanlah mewakili sifat aku tau... ngeh3...

Doraemon... cite neh dah lama aku tinggalkan... sejak biler tah... aku pun dah tak ingat dah... aku layan cite neh taim-taim power rangers, usop sontorian, keluang man dulu neh...

tapi tadi dalam sharing MATA, aku terjumpa satu link yang menyiarkan episod terakhir siri Doraemon... maybe dah ada orang yang tau pasal neh.. so, untuk spe2 yang dah tau... siler abaikan post neh... =)

saper2 yang nak bce cite tuh dalam versi digital(dialog Indonesia), leh klik kat sini.

Dalam episod terakhir ni... diceritakan bahawa Nobita yang telah pulang ke rumah untuk meminta bantuan Doraemon... Namun, Nobita terkejut apabila mendapati Doraemon tidak bergerak2... Lalu Nobita menghubungi Doralin... Adik Doraemon... Doralin menyatakan bahawa kemungkinan Doraemon telah kehabisan bateri... Sepatutnya telinga Doraemon mempunyai suatu peralatan memori untuk menyimpan segala ingatannya sekiranya kehabisan bateri... Namun, setelah telinganya digigit tikus, menyebabkan ingatan Doraemon akan hilang sebaik sahaja bateri baru digantikan... Peristiwa ini telah mengubah kehidupan Nobita selama-lamanya... Dari seorang pemalas, Nobita telah menjadi seorang yang popular di sekolahnya... Dia juga turut menjadi ulat buku... Segala yang dilakukannya hanyalah untuk memulihkan Doraemon... Apakah yang akan terjadi? Adakah Nobita akan berjaya membaiki Doraemon? Siapakah sebenarnya pencipta Doraemon? sila klik di link di atas tersebut untuk mengetahui pengakhiran cerita tersebut... Hehehe...


salam.... =)