Followers

Taip link korang... aku nk pergi klik nuffnang... muehehehe...

2010-02-05

Cinta Semasa Kecil - Sarah



Sarah... Saya takkan lupakan nama dia. Saya masih ingat lagi masa pertama kali Sarah datang ke dalam hidup saya. Masa tu, keluarga Sarah baru berpindah ke kampung saya. Mama Sarah dapat kerja sebagai cikgu. Sebab tu Sarah pindah ke kampung saya. Rumah Sarah dekat je dengan rumah saya. Saya sayang Sarah sangat.

Saya memang tak boleh lupakan saat pertama kali saya berkenalan dengan Sarah. Masa tu, saya dibuli oleh Hashim lepas waktu sekolah. Saya menangis sorang-sorang dalam kelas. Nasib baik mama Sarah lalu kat kelas saya. Dia pujuk, tolong bersihkan baju saya, lapkan air mata saya, dan bawa saya balik ke rumah. Saya suka mama Sarah. Dia baik sangat. Selalu senyum. Tak macam mama saya. Mama saya garang. Selalu pukul saya kalau saya buat salah.

Masa saya sampai kat rumah Sarah, saya nampak Sarah sedang makan aiskrim. Sarah comel sangat. Sarah makan aiskrim sampai comot-comot. Mama Sarah kenalkan saya dengan Sarah. Saya malu sangat masa tu. Tapi, Sarah senyum jek kat saya. Sarah comel sangat. Masa mama Sarah hantar saya balik ke rumah, mama dah tunggu kat depan rumah. Dia menangis. Bila nampak saya, mama terus datang dan peluk saya. Mama risau sebab saya balik lambat. Saya tahu mama sayang saya sebab tu dia menangis risaukan saya. Saya pun sayangkan mama. Sayang sangat-sangat.

Semenjak hari tu, saya selalu nak balik sekolah cepat-cepat. Saya terus pergi rumah Sarah. Sarah selalu tunggu saya balik sekolah. Kadang-kadang Sarah belikan saya aiskrim. Kami makan sama-sama. Bila waktu petang, kami naik basikal pergi ke padang. Kami main tolak-tolak. Saya pernah tertolak Sarah sampai jatuh. Sarah menangis sebab lututnya berdarah. Saya takut sangat. Saya balut lutut Sarah guna baju saya dan dukung Sarah balik ke rumahnya. Masa tu, Sarah tertidur kat belakang saya. Sarah comel sangat masa tu. Saya dah berjanji, bila dah besar, saya nak kahwin dengan Sarah. Saya sayang Sarah sangat-sangat.

Hari tu, masa di kantin, saya nampak mama Sarah bergegas nak balik ke rumah. Dia menangis. Masa saya pergi ke rumah Sarah lepas balik sekolah, saya nampak ramai orang. Saya lihat, papa Sarah peluk mama Sarah yang tengah menangis. Saya tak pernah tengok mama Sarah menangis. Lepas tu, saya nampak orang kampung pikul kotak kayu. Mereka berjalan beramai-ramai sambil pikul kotak kayu tu. Mama saya pun ada sekali. Mama peluk saya, dia pun menangis macam mama Sarah. Saya hairan bila tengok ramai orang menangis.

Tiba-tiba saya teringatkan Sarah. Saya takut kalau-kalau Sarah pun menangis macam semua orang. Saya cari Sarah. Tapi, Sarah takde. Saya tanya mama,"mama, mana Sarah?" Mama cuma diam jek sambil lap air mata dia. Lepas tu, mama tarik nafas dalam-dalam. Mama cakap, "Sarah dah tinggalkan kita, Sarah dah tinggalkan Iman, Sarah dah tinggalkan mama, Sarah dah tinggalkan semua orang." Air mata mama mengalir. Dia peluk saya erat-erat. Saya tanya lagi, "Kenapa Sarah tinggalkan saya? Kenapa Sarah tinggalkan semua orang? Sarah dah janji nak kahwin dengan saya. Saya benci Sarah! Sarah pembohong! Saya tak nak kawan dengan Sarah!" Saya terus lari balik ke rumah. Saya masuk bilik dan menangis. Saya tak sangka Sarah sanggup tinggalkan saya. Saya benci Sarah sangat-sangat. Saya menangis sampai tertidur.

Petang tu, saya terjaga dari tidur. Saya pergi ke padang sebab nak main dengan Sarah. Mesti Sarah lama dah tunggu saya. Saya pakai baju cepat-cepat. Sampai kat padang. Sarah takde kat situ. Saya tunggu Sarah sampai senja. Tiba-tiba, mama Sarah datang. Mama Sarah pakai cermin mata hitam. Saya tanya mana Sarah. Mama Sarah cakap, dia nak bawa saya berjumpa dengan Sarah. Saya suka sangat. Saya dah tak sabar nak jumpa dengan Sarah. Saya rindukan Sarah. Mama Sarah berhenti dekat kubur. Saya hairan kenapa mama Sarah masih menangis.

Mama Sarah bawa saya pergi dekat satu kubur. Kubur tu pendek jek. Ada payung. Ada kain putih balut batu nesan kat kubur tu. Saya hairan kenapa mama Sarah bawa saya pergi situ. Saya tak suka kubur. Saya ajak mama Sarah balik ke rumah dia. Sarah mesti tengah tunggu saya dekat rumah. Mama Sarah cakap, "Iman, Sarah dah tak boleh balik rumah. Ni rumah baru Sarah. Sarah akan tinggal kat sini mulai hari ni." Saya tanya mama Sarah, "kenapa Sarah mesti tinggal kat kubur? Ni tempat orang mati. Kenapa Sarah kena tinggal kat tempat orang yang dah mati?" Mama Sarah peluk saya erat-erat. Lama mama Sarah peluk. Lepas tu, mama Sarah bisikkan kat telinga saya, "Iman, Sarah kena tinggal kat sini sebab Sarah dah tak ade. Sarah dah meninggal dunia sebab dilanggar kereta masa nak beli aiskrim untuk Iman pagi tadi. Sebab tu Sarah kena tinggal kat sini. Iman bersabar tau." Saya terkejut sangat. Sanggup mama SArah cakap macam tu. Saya tahu, mama Sarah tipu. Mesti mama Sarah tak nak saya berkawan dengan Sarah. Sebab tu dia tipu saya. Airm ta saya mengalir. Saya cuba nak bercakap dengan mama Sarah. Belum sempat saya nak bercakap, saya rasakan pandangan saya tiba-tiba bertukar menjadi gelap. Saya pitam.

Sekarang, dah 10 tahun Sarah tinggalkan saya. Bila waktu petang, saya selalu pergi ke kubur Sarah. Saya siram kubur Sarah dengan air mawar. Saya bersihkan kubur Sarah. Saya bacakan surah Yassin untuk Sarah. Saya berdoa untuk Sarah. Saya rindukan Sarah sangat-sangat. Saya takkan lupakan kenangan saya dengan Sarah. Saya takkan lupakan, cinta semasa kecil saya... Sarah...



Karya ni hanyalah rekaan semata-mata.. tiada kena mengena dengan lagu Cinta Semasa Kecil Tersebut... =)

8 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

pesal ak nmpk kotak putih jep..

Apek_JADIANjr said...

yelah, ump tersayang kite neh kan ke block sebarang application video... pakai lah web proxy peeka oit kalo nk tgk video tuh... hehehe...

syarifah radiah ibrahim said...

ler aku ingat kan ko yang nyanyi lagu cerita semasa kecit tuh.
muehehehe~~

weit apek ko gune web proxy pe tgk utube?
aku gune vtunnel da tabley ah.
ngengss~

Apek_JADIANjr said...

haha... aku kalo nyanyi, maunye popular beb.. ekekeke...


erkk.. web proxy aku? haha... nnt la aku bgtau.. private sket...

Shafika Syuhada Rosli said...

ceh..cip2~
gune beatfiltering plak..
stakat neh da complete 18 episod sailormoon R ak nengok~

Mr. Vanilla said...

pergh..
aq bulat2 percaye awek ko si Sarah tuh..
pastuh tgk2 last2 xde kene mgena..
bru nk ckp ko nih org baik@jiwang..haha

Apek_JADIANjr said...

wehh... pe kes tgk sailormoon weh... wakakaka... cam bebudak... pelis... hahaha...

Apek_JADIANjr said...

hoh... pecaye gak ko... salunye bdk2 jek yg caye cite aku neh... so ko kire bebudak la.. hahaha...